Bab 13

5.2K 182 0
                                    

Selepas Zohor, Asha dan Haziq terus bertolak ke Johor. Bila-bila masa sahaja fikiran Miera boleh berubah. Di dalam kereta mereka berdua membisu. Tiba-tiba Haziq bersuara.

" Baik juga si Megat tu kan? " Asha hanya mengangguk perlahan.

" Miera tak syak apa-apa dekat Megat ke nanti? "

" Entahlah. Hari tu dia cakap dia boleh jaga diri dia sendiri. Kenapa? "

" Hm tak ada apa. Sayang betul dia dekat Asha sampai sanggup lepaskan Asha asalkan Asha bahagia walaupun bukan di sisi dia kan? "

" Hm are you jealous? "

" Abang tak jealous tapi abang rasa bersalah sebab abang selalu burukkan dia. Abang sakit hati bila dia dekat dengan Asha " luah Haziq tanpa segan silu. Asha tersenyum.

" Eleh kalau jealous tu jealous je lah. Bagi alasan pula. Tu la ego je memanjang. Kalau boleh pendekkan ego abang tu dah lama Asha pendekkan tau! " Haziq tergelak.

" Ye lah sayang. Dah sayang jangan melalut sampai ke awangan pula "

" Dua pun dua kali lima dengan kita. Cakap orang je lebih. Porahhh "

" Sayang asal dari india ke? " Haziq buat-buat terkejut. Asha mencubit peha Haziq sekuat hatinya.

Setelah lima jam akhirnya mereka sampai juga di johor. Tok Nah menyambut kedatangan mereka dengan senang hati lagipun dia merasa sunyi duduk di kampung seorang diri. Tok Nah adalah nenek kepada Asha. Asha dan Haziq menyalam tangan tua Tok Nah.

" Asha dan Haziq pergilah berehat dulu. Tok nak siapkan makan tengah hari "

" Eh tak apa Tok lagipun Asha tak penat sangat. Yang penat tu ha " kata Asha sambil menjuihkan bibir ke Haziq yang terlena di sofa. Tok Nah dan Asha ketawa halus. Tidak mahu Haziq terjaga.

" Asha pergilah kejut suami kamu tu. Nanti sakit badan dia sebab tidur dekat sofa tu ha " Asha tersenyum. Dia menganggukkan kepala.

" Abang bagun la abang. Pergi rehat dalam bilik kalau penat sangat "

"Malasss" jawab Haziq meleret. Bukan malas tapi sengaja hendak bermanja dengan isterinya. Asha mencebik.

"Bangun cepat atau Asha bagitau dekat nenek yang abang mengada-ngada macam budak kecik! Biar nenek membebel dekat abang!" Haziq lambat laun bangun daripada sofa tersebut. Tak sanggup hendak mendengar Tok Nah membebel! Asha tersenyum meleret. Yeah menang! Ingat senang ke nak suruh Haziq buat itu ini? Susah tahap gaban oi! Setelah Haziq masuk ke dalam bilik, Asha terus menuju ke dapur untuk menolong neneknya. Dia juga ingin berbual-bual dengan nenek kesayanganya.

"Ya Allah! Kamu biar betul Miera buat begitu? Miera itu sahabat baik kamu sejak darjah enam bukan?" Asha mengangguk kecil. Tok Nah menggeleng apabila mengenangkan sikap Miera yang talam dua itu. Sungguh dia tidak sangka.

"Tapikan nek, Asha rasa macam ia belum tamat lagi lah. Asha rasa dia akan balas dendam lagi dan lagi sehingga dia berpuas hati" luah Asha. Tok Nah faham akan kegusaran di dalam hati Asha. Siapa sahaja tidak risau kan? Tok Nah mengusap umbun-umbun cucunya untuk menghilangkan kegelisahan yang hadir di dalam diri Asha. Beberapa minit kemudian, Haziq keluar dari bilik dengan t-shirt yang santai.

"Sayang oh sayang! Tak nak bawa abang jalan-jalan sekitar kampung sayang ni ke?" Jerit Haziq yang berada di ruang tamu. Tok Nah tersengeh semacam kepada Asha. Asha mengangkat kening kirinya.

"Pergi lah bawa suami kamu tu jalan-jalan. Biar bertambah mesra" serta merta pipi Asha terasa hangat apabila diusik sebegitu. Asha cepat-cepat menggalkan Tok Nah yang berada di dapur. Kang tak pasal-pasal semput dekat dapur sebab Tok Nah mengusik!

"Jalan? Jalan mana? Malas lah" kata Asha acuh tak acuh.

"Jalan ke hati sayang boleh? Sayang duduk diam-diam je. Sayang cuma tunjukkan jalan ke hati sayang ke okey?" Asha tergelak mendengarnya. Sejak akhir-akhir ini Haziq sudah pandai mengayat Asha senhingga Asha sendiri malu apabila diusik. Asha tersenyum gembira. Kegembiraan di dalam rumah tangganya muncul kembali.

"Mahu ke hati Asha? Ops maaf sudah ada orang di dalam hati ini!"

"Siapakah orangnya tuan puteri? Hanya saya sahaja yang layak menjaga hati tuan puteri tersebut"

"Hm, orangnya sungguh tampan di mata saya. Tiada cacat cela padanya. Dia seorang yang sungguh ego tetapi sungguh manis. Dia penyeri hidup saya. Tanpa dia hidup saya terasa sunyi" kata Asha selamba. Hei ingat dia je boleh berkata-kata manis? Asha pun boleh lah!

"Bertuah sungguh putera tersebut. Boleh kah patik mengetahui namanya?" Bahasa istana sudah keluar dan bermula lah drama yang tidak seberapa manis.

"Namanya ialah Muhd Haziq Akasha Bin Dato Mustafa" Hazia tersenyum girang mendengar namanya disebut oleh Asha. Tapi cepat-cepat dia kembali tenang supaya tidak kelihatan seperti kanak-kanak riang yang mendapat gula-gula di hadapan Asha. Malu weh kalau kena bahan dengan isteri tercinta. Dalam hati je lah mampu berlari seluas padang dan bergembira sepuas-puasnya. Kena cover macho beb! Asha sedar tindakan Haziq yang sedaya upaya untuk bertenang. Tanpa sedar Asha mengukir senyuman mengejek. Dari jauh Tok Nah memehartikan kegembiraan yang terbit di antara pasangan suami isteri tersebut. Dia mengukir senyuman gembira yang tidak terkata.

I Love You Mr. Ego !Where stories live. Discover now