Bab 2

7.3K 229 3
                                    

Sedang asyik Asha dan Syamim mengulangkaji tiba² Haziq datang. Syamim menjemputnya masuk untuk menyertai mereka. Asha sudah merasa tidak selesa dengan kehadiran Haziq. Asha mengulangkaji matapelajaran math manakala Syamim dan Haziq mengulangkai matapelajaran sains. Ibu Syamim memanggil Syamim untuk meghidangkan minuman dan makanan untuk mereka bertiga. Selepas Syamim pergi ke dapur maka tinggalkan mereka berdua. Asha sudah naik bosan melihat math. Sememangnya Asha tak pernah menyukai math dia lebih suka sains berbanding dengan math. Haziq menjeling soalan yang Asha fikirkan dari tadi. Haziq menulis satu note untuk Asha.

This Note For You And Please Keep This Note.
' Kajayaan Bukan Warisan, Kegagalan Bukan Tradisi, Usaha Yang Gigih, Pasti Kejayaan Menjadi Milik Kita. '
From: Haziq
To: Nur Asha Najwatul.

Selepas menulis note itu, Haziq menampalkannya di buku math Asha. Asha membacanya. Kemudian dia tersenyum. Asha menyimpan note itu dengan kemas ke dalam diarinya. Haziq merasa sedikit lega apabila melihat Asha senyum. Tak berapa lama kemudian Syamim muncul membawa satu jug air laici dan juga kuih kek coklat. Syamim juga menyediakan beberapa batang ais krim. Asha pantang nampak ais krim. Asha menyambar ais krim milo itu seperti burung helang ingin menyambar mangsanya. Haziq hanya memeharti tinggah laku Asha.

' Hmm mesti dia suka aiskrim minah ni ' Kata Haziq dalam hati.

Seteleh dua minit berehat, mereka sambung mengulangkaji. Mereka berhenti mengulangkaji pada pukul 4:00 petang. Sebelum mereka pulang, mereka berbual-bual dahulu.

" Hei Asha nanti aku jalan kaki dengan kau eh? Rumah aku tak jauh pun dari rumah kau " kata Haziq.

" Suka hati kaulah wahai playboy " kata Asha selamba.

' What? She call me playboy? Ouh damn! ' Haziq menjeling Asha tanda tidak puas hati apabila digelar playboy.

Asha memandang Haziq apabila tersedar Haziq menjelingnya. Asha hanya tersenyum sinis. Setelah puas berbual akhirnya mereka pulang pada pukul 4:30 petang. Ketika berjalan kaki ke rumah masing² tiba² datang seekor anjing. Asha sememangnya takut dengan anjing. Asha memeluk tangan Haziq dengan kuat manakala Haziq cuba meredakan ketakutan Asha. Asha begitu comel dimata Haziq. Setelah anjing itu tidak lagi mengekori mereka, Asha melepaskan tangan Haziq.

" Err maaf aku terpeluk tangan kau " kata Asha perlahan. Malu dengan dirinya sendiri.

" Eh tak apa. Kau memang takut dengan anjing ke? " soal Haziq.

" Ha ah aku takut dia gigit. Tu je "

" Oh. Kau tak payah takut sangat la. Tu bukan anjing liar, kalau anjing liar kau kena la lari. Anjing tu jinak. Jangan risau okey? " pujuk Haziq apabila melihat Asha masih dalam ketakutan.

" Macam mana kau tau tu bukan anjing liar? "

" Kalau tu anjing liar, dah lama kita kena masuk acara lumba lari "

Asha hanya menganggukkan kepalanya tanda faham apa maksud ' masuk acara lumba lari ' tiba² Asha merasa bahagia apabila berada di samping jejaka ini. Tapi Asha tidak mahu pisang berbuah buat kali kedua. Cukuplah sekali. Asha memandang Haziq. Perasaan lama datang kembali.

' Perasaan ni aku dah lama tak rasa. Aku sukakan kau ke Haziq? Oh tolonglah aku tak boleh lemah. Aku baru kenal dia dan dia bukan calang² orang. Dia ramai peminat. Jauhkan diri kau dari dia Asha! Jangan sampai sejarah lama datang kembali Asha! ' rintih Asha didalam hatinya ketika melihat wajah Haziq. Tanpa disedari Asha, air matanya mengalir perlahan. Haziq perasan akan keadaan Asha. Haziq mencangkung menghadap Asha. Haziq menyeka air mata Asha dengan penuh rasa kasih sayang.

" Are you okey Asha? " tanya Haziq.

" Ha? Aaa yaa im okey. Aku nak balik rumah. Okey bye " Asha berjalan pantas menuju ke rumahnya lagi pun rumahnya tidak jauh lagi.

' Kau kenapa Asha? ' tanya Haziq didalam hatinya sendiri.

--------------------

" Why dia macam ni Iera? Apa salah aku? Aku sayang dia sangat² Iera. Please la kenapa dia tinggalkan aku secara tiba²? " tanya Asha kepada Miera dalam keadaan sedu sedan. Apabila mendapat tahu bahawa Megat sudah mempunyai orang lain, Asha terus menangis. Miera mengeluh perlahan.

" Selama ni dia sayang aku atau pura² sayang aku? Ouh shit! I love him Iera! " sambung Asha.

" Hey Asha aku nak bagitau dekat kau and aku nak kau sematkan kata² ni dalam hati kau sampai bila² " Miera memegang dagu Asha supaya melihat wajahnya.

" Kalau dia sayang dia akan jaga hati kau, bila dia tersakitkan hati kau, dia akan mintak maaf. Dia tinggalkan kita? Kita simpan kenangan dengan dia elok². Mungkin dia bukan jodoh kita " sambung Miera apabila melihat Asha sudah reda.

" Thanks Iera "

I Love You Mr. Ego !Where stories live. Discover now