Bab 15

5.1K 172 0
                                    

"Sayanggg" panggil Haziq dengan nada yang manja. Manja dengan isteri sendiri je! Asha masih lagi ingin merajuk. Merajuk manja!

"Okey jom kita pergi shopping?" Kata Haziq. Perempuan kan suka pergi shopping? Asha merengus kuat. Ingat dia jenis yang suka membazir ke?

"Benci abang!" Haziq termangu seketika. Apa yang salahnya? Haziq menepuk dahinya. Baru teringat Asha tidak suka membazir. Macam mana eh? Hm ha idea!

"Sayangg jom pergi kedai haiwan?" Asha memalingkan mukanya ke Haziq.

"Ha jom!" Kata Asha teruja. Haziq menggelengkan kepala melihat telatah isterinya yang seperti kanak-kanak.

Mata Asha melilau menilik kesemua haiwan yang ada di situ. Sudah setengah jam mereka di kedai haiwan itu.

"Sayang, lama lagi?"

"Entah. Tunggu kejap. Kalau tak larat abang duduk je okey?" Kata Asha lalu meninggalkan suaminya di tempat rehat. Akhirnya dia terpaku melihat anak kucing parsi. Dia mengambil anak kucing tersebut tiba-tiba kakinya berhenti apabila melihat sepasang hamster yang sedang tidur nyenyak. Ah comel!

"Ya Allah!" Haziq terbeliak melihat Asha yang menghampirinya dengan seekor kucing yang dikendongnya dan sepasang hamster di dalam sangkar. Asha tersengeh-sengeh seperti kerang busuk. Selepas membayar mereka berdua terus pulang ke rumah Tok Nah. Di dalam kereta Asha tidak habis-habis menggomol anak kucing parsi tersebut. Hamster pula di letakkan di kakinya. Sesampai di rumah, Tok Nah menggeleng kepala apabila melihat Asha mengendong anak kucing parsi dari kereta dan ada sepasang hamster di tangan Haziq.

"Nenek cuba tengok ni! Comel kan kan?" Tanya Asha seperti budak kecil. Tok Nah tersenyum melihat Asha. Hatinya bagai digeletek apabila melihat perangai Asha. Dah jadi isteri orang tapi perangai macam budak kecil! Macam mana lah Haziq boleh terpaut dengan Asha. Haziq mendekatkan dirinya dengan Tok Nah lalu menunjukkan ibu jarinya. Tok Nah menggeleng lagi sambil tersenyum. Memang padan sangat! Dua-dua macam budak kecil!

"You are my baby boo! Aaa" jerit Asha yang keriangan. Senyumannya tidak lekang di bibir sejak dari kedai lagi. Haziq berjalan ke arah isterinya yang sedang bergelak riang. Kadang-kadang isterinya seorang yang pendiam, kadang-kadang periang dan semuanya dia lah. Haziq berharap agar kebahagian ini kekal untuk selamanya.

"Bos, kami dah dapat di mana tuan Haziq berada. Dia sekarang berada di johor bersama isterinya. Dia ada di kampung isterinya. Nak kami dapatkan alamat rumah?" Soal lelaki yang berbadan tegap dan seorang lagi hanya menjadi pemerhati dan pendengar setia.

"No thanks! Saya akan buat kejutan untuk mereka. Hahahahaha" dia gelak bagaikan orang yang tidak waras. Dia hanya mahu lelaki itu. Hanya dia. Dua lelaki yang berbadan tegap segera beredar. Mereka berdua tahu bahawa tuannya orang yang tidak waras lagi tetapi disebabkan gaji yang diberi mereka sanggup.

I Love You Mr. Ego !Where stories live. Discover now