Bab 16

5.4K 171 0
                                    

Sembilan Bulan Kemudian...

Haziq memegang perut Asha yang kelihatan semakin membesar. Asha tersenyum melihat tingkah laku Haziq. Sejak Asha di sahkan mengandung, Haziq menjaga Asha dengan penuh kasih sayang. Asha bersyukur mendapat suami yang penyayang.

"Abang, nak barbie doll" rengek Asha. Haziq menggaru kepalanya yang tidak gatal kemudian di pandangnya si isteri yang sedang memakai baju Ben 10. Susah juga nak cari baju yang bersaiz orang dewasa. Ya la biasanya hanya budak kecil sahaja yang memakainya ini? Orang mengandung!

"Nanti abang beli ya?" Asha menarik muncung sedepa. Ah sudah!

"Ye lah. Tunggu dekat rumah. Abang pergi beli ya?" Asha mengorak senyuman gembira. Dia melompat di atas katil dan menepuk tangan seperti budak kecil. Haziq memaut pinggang
isterinya.

"Sayang! Jangan lompat atas katil lah! Perut tu dah la besar nanti jatuh macam mana?" Tegur Haziq. Asha mula mencebik lalu dia memegang perutnya sendiri.

"Baby tengok papa tu. Dia marah mama. Papa jahat kan?" Ngadu Asha. Haziq menggeleng melihat telatah isterinya.

"Wait for me. HAHAHA" rambutnya yang kusut masai di kemaskan. Dia menguntum senyuman sinis. Penuh dengan dendam. Dia mengambil pisau lalu dia membenamkan ke gambar Asha yang tersenyum gembira.

"You will die!" Dia menikam beberapa kali ke gambar Asha. Dia melangkah perlahan ke keretanya dan menuju ke satu destinasi.

Perut Asha terasa lapar. Asha bangun dari katil lalu terus ke dapur. Dia sempat menjeling ke arah jam dinding. 10 malam. Kesian suaminya kerana terpaksa mencari barbie doll untuknya. Asha mengambil nasi goreng yang di masak oleh suaminya petang tadi. Belum sempat Asha makan tiba-tiba lampu rumah terpadam. Asha menggigil ketakutan. Dia benci gelap!

"Are you miss me?" Ada suara yang berbisik di telinga Asha.

"Siapa kau!? Pergi pergi!" Teriak Asha. Dia berharap agar suaminya ulang dengan cepat.

"Kau tak kenal aku? Sampai hati kau" lengan Asha ditarik supaya melihat ke arahnya. Asha membuntangkan mata apabila melihat orang di hadapannya. Miera! Asha meronta-ronta supaya di lepaskan. Pap! Miera menampar muka Asha. Asha terduduk menahan sakit. Miera mencangkung lalu tersenyum sinis.

"Kenapa lemah sangat? Oh baru aku perasan. Kau mengandung! Taniah sahabatku" Asha memandang Miera. Sayu. Miera mengeluarkan pisau dari poketnya lalu mengelap pisau tersebut di depan mata Asha.

"Apa.. apa kau nak buat Miera? Kenapa?" Asha sudah mengalirkan air matanya.

"Kenapa? Sebab kau lah! Sebab kau tahu tak?!"

"Apa yang aku buat?"

"Kau! Kau rampas segala-galanya! Kau rampas kasih sayang ibu bapa aku! Kau rampas megat dan sekarang kau rampas Haziq!"

"Takk! Aku tak rampas mereka dari hidup kau tapi kau yang terlalu menaruh hati dekat mereka!" Miera menahan amarahnya. Dia menghalakan pisau ke arah perut Asha. Asha menjerit ketakutan. Tiba-tiba pintu diketuk. Haziq!

"Abang tolong! Tolong!" Jerit Asha. Miera masih lagi tidak berganjak. Pintu rumah dirempuh oleh Haziq. Haziq terkejut apabila melihat Miera bersama Asha dan pisau di tangan Miera.

"Miera! apa yang kau nak hah?!" jerkah Haziq.

"Wow baby kenapa marah sangat? Saya tunggu awak tahu tak? Saya rindu awak" Miera meninggalkan Asha bersama pisaunya lalu dia berjalan ke arah Haziq. Dia cuba memeluk Haziq namun di tepis kasar oleh Haziq. Dia seolah-olah lupa tujuan sebenarnya. Ya dia gila.

"Apa kau nak hah?!" Tanya Haziq buat kali kedua.

"Hm i want you"

"Okey kau boleh ambil aku tapi tolong lepaskan Asha"

"She? No! kalau saya lepaskan dia, awak akan pergi dekat dia! Saya tak nak ! Tak nak!" Miera mengambil pistol di celah seluarnya kemudian menghalakan ke arah Asha. Haziq mengetip bibir.

"Sila letakkan senjanta anda" beberapa anggota polis berada di belakang Miera. Asha dan Haziq bersyukur kerana terselamat. Jiran yang berdekatan terdengar suara Asha menjerit dan rumah Asha juga gelap gelita. Ada yang ternampak susuk tubuh yang agak mencurigakan. Oleh sebab itu mereka memanggil polis. Syukur semuanya selamat.

I Love You Mr. Ego !Where stories live. Discover now