1 | Budak Baru

964 44 16
                                    

Heyy ! Saya akan cuba untuk update selang seli dengan Life ! Dan..... Life akan saya cuba habiskan dalam masa terdekat. Buku ni akan banyak video dan lirik lagu sebab saya decide nak buat novel ni penuh dengan lagu dan seakan-akan muzikal! Hihi , selamat membaca~~

-

" Mama , mana papa Hanis ? Hanis nak papa . Hanis rin--- " belum sempat kanak kanak yang berusia 10 tahun itu menghabiskan kata...

Pakk! Terteleng kepala kanak kanak itu akibat lempangan yang kuat itu. Perlahan-lahan ada air jernih yang keluar dari tubir matanya.

" Kau jangan sebut pasal bapak kau ! Jantan tu patutnya mati . Mati !! ", banglo besar itu dipenuhi jeritan si ibu.

" Hanis ! Hanis ! ", dipukul perlahan pipi adiknya yang sedang tidur itu.

" Kenapa abang ? ", tangannya mengelap air mata yang keluar ketika dia tidur.

" Are you okay , sayang ? " tanya Alfi. " Han okay , mungkin sebab esok dah kena balik asrama kut. Kena tinggal abang dengan nenek kat rumah", kata aku perlahan.

Alfi hanya menganggukkan kepala walau dia tahu pasti peristiwa 6 tahun lepas yang buatkan adiknya menangis. Jam di dinding , dipandang sekilas. " Tidurlah Han, baru pukul 2 pagi. Esok nak balik asrama dah. Abang kat bilik sebelah , ada apa apa panggil tau " pipi adiknya dicuit sebelum melangkah keluar dari bilik itu.

-

Seawal pukul 4 pagi , Hananis sudah siap untuk pulang ke asrama yang jauh nun di Terengganu. Selepas berpamitan bersama tokwan dan abang Alfi , dua terus naik ke kereta yang dipandu oleh Pak Mad. Earphone dicucuk di telinga dan dia mula menghayati setiap bait lirik lagu itu. Perjalanan dari SBCR , Saujana Utama ke MRSM Kuala Terengganu yang mengambil masa 5 ke 6 jam terasa sekejap kerana dia mengisinya dengan tidur.

Hananis melangkah masuk ke dalam aspuri , blok D Kasturi 2. Ada beberapa katil yang sudah diduduki orang dan masih banyak yang kosong. Dia melihat Ipod nano 6 generation yang seperti jam di tangan , 10.15 pagi.

Oh, patutlah kosong semacam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oh, patutlah kosong semacam. Katil bawah dan berdekataan dengan loker menjadi pilihannya. Usai mengemas katil dan menyimpan baju , Hananis mengambil baju tshirt dan seluar track kemudian berlalu ke tandas untuk menukar baju. Kasut Nike Air Max bercorak bunga disarung dan dia terus turun untuk ke tempat lain. Tak betah rasanya berlama di situ kerana melihat pelajar lain yang di temani ibu bapa manakala dia ? Melakukannya sendiri sejak tingkatan 1. Cemburu ? Sangat !

HananisWhere stories live. Discover now