Habis seminggu bercuti , sudah sampai masanya pelajar-pelajar asrama pulang ke sekolah semula. 3 pasang baju sekolah yang sudah siap digosok disangkut di dalam kereta manakala lagi 2 pasang , disumbat ke dalam beg biru nya. Hananis membetulkan sedikit kedudukan tudungnya sebelum menyalam tangan uwan dan Alfi.
" Hanis jaga diri , ya ? Awak tu baru baik demam , jangan nak buat macam-macam. Lagi satu , jaga sikit jarak dengan Akasyah tu. Baik macam mana pun , lelaki tetap lelaki. Jangan nak komplen macam-macam , okay ? Abang pun lelaki , so abang tau lah ! Jaga diri , jaga solat , jaga tingkah laku. Belajar rajin-rajin biar dapat score tinggi , buat sampai abang dengan nenek dapat jemputan ke hari anugerah tau ! " bebel Alfi laju. Hananis buat muka menyampah sambil mendengar abangnya membebel serupa nenek tua !
" Oi " kepala Hananis diketuk , " Aku cakap , kau boleh pulak buat muka eh ? Kalau Akasyah yang bercakap , ikuuuut je. Ish , jelesnya aku ! " sambung Alfi.
" Aduh , sakit lah. Iyolah , abangku. Hanis dengar dan akan ikut InshaAllah. Dah , bak sini duit belanja. " kata Hananis sambil tersengih.
Kepalanya disekeh lagi sekali sebelum Alfi memasukkan sampul surat ke dalam poketnya. " Tu duit yuran dan bakinya , adik ambillah. " kata Alfi sebelum dahi adiknya dicium sekejap. Geli ? Langsung tak . Dia dah biasa buat macam tu .
Hananis sudah melompat-lompat gembira .
" Hanis , jaga diri elok-elok ya. Nenek malas nak bebel panjang . Nah , ni ada bekal . Makanla kat RnR nanti. Kirim salam kat Akasyah , ya ? " kata uwan sebelum dahi Hananis dikucup lembut.Uwan dan Alfi hanya berdiri di depan pintu , melihat kereta yang dinaiki Hananis berlalu pergi meninggalkan perkarangan banglo itu. Alfi melihat jam ditangan , 4:54 pagi. Entah kenapa , bagai ada rasa tidak enak dalam dirinya.
" Uwan tak sedap hatilah , Alfi " kata uwan ketika berjalan memasuki rumah.
" InshaAllah , takde apa-apa uwan. Lagipun , Alfi percaya Kasyah boleh jaga adik elok-elok. Aurat adik pun dia yang suruh jaga , takkan kesihatan adik dia nak abaikan ? " kata Alfi , menyedapkan hati uwan dan dia.
" Harapnya begitulah. " balas uwan pendek sebelum pintu bilik ditutup rapat.
Alfi duduk diruang tamu atas. Selepas Akasyah balik pada hari Rabu , adiknya terus dilanda demam panas yang agak teruk. Suhu badannya naik hingga ke 39°C . Bila dibawa ke klinik , hanya ubat biasa yang diberi. Akasyah ada maklumkan pada dia yang Hananis ada demam ketika di rumah Akasyah juga. Hatinya gusar , betulkah adiknya hanya demam biasa ?
Argh , serabut ! Dia masuk ke dalam bilik air , wudhuk diambil dan dia mendirikan solat tahajud dan hajat pada pukul 5:15 pagi. Gusar yang menebal tadi , terasa berkurang sedikit.
--
Kaki digagahkan untuk melangkah masuk ke kelas yang berada di tingkat 2 . Tangga di daki perlahan-lahan. Badannya tidak pernah terasa penat seperti ini. Masuk saja kelas , beg diletakkan ke atas kerusi , kepala dilentokkan ke meja untuk tidur sekejap sebelum perhimpunan di pagi Isnin itu.
" Hananis , bangun. " bahunya terasa ditolak sedikit.
" Aku penat Kasyah. " kata Hananis separuh sedar. Matanya masih terpejam lagi.
" Ni Zafirah la Hananis. " kata Zafirah sebelum senyum sedikit. Hananis hanya diam sahaja. Tiada kudrat mahu membalas. Sejak pulang ke asrama pada hari Ahad lepas , dia diserang demam semula dan bahagian belakang kepalanya terasa sangat sakit. Rasa macam nak hantuk je kepala kat dinding kuat-kuat.
" Jom turun sekarang . Kejap lagi perhimpunan dah nak mula. " kata Zafirah lagi.
" Pergi lah dulu. " kata Hananis perlahan dengan suara yang serak-serak.
YOU ARE READING
Hananis
Teen FictionSaya tak reti nak buat sinopsis untuk cerita niiii ! Bacalah kalau nak tau. Dalam cerita ni terdapat banyak lagu dan video so , enjoy selaluuuuuuu . nohatejustlove!