7 | Puan

333 34 7
                                    

" Pak Salleh , kitaorang dah siap. Jom jemput kembar. " kata Akasyah yang duduk disebelah Hananis.

Pak Salleh hanya mengangguk sambil tersenyum. Kereta BMW 4 Series itu meluncur laju ke Baseerah Internasional School , Batu Caves. Abi Akasyah memiliki beberapa cawangan hotel serta restoran terkemuka di dalam Malaysia. Jadi tak hairanlah kalau abi memiliki BMW 4Series , BMW i8 serta sebuah Alphard.

Perjalanan yang mengambil masa hampir 25 minit itu menjadi sekejap kerana pecutan Pak Salleh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Perjalanan yang mengambil masa hampir 25 minit itu menjadi sekejap kerana pecutan Pak Salleh. Berhenti dihadapan sekolah , Akasyah jadi pelik. Tiada siapa yang menunggu mereka !

" Eh mana kembar ni ? " tanya Akasyah sendiri. Hananis hanya angkat bahu , manalah dia tahu , kembar tu adik Akasyah bukan dia.

" Jom Han , kita masuk dalam tanya cikgu. " kata Akasyah sebelum membuka pintu. Hananis hanya bisu tidak mengeluarkan kata dan mengikut langkah Akasyah ke dalam sekolah itu.

Masuk saja dalam sekolah itu , terlihat dua orang guru wanita berbaju kurung hijau dan biru.

" Assalamualaikum cikgu. Boleh saya tau , latihan kawad habis pukul berapa , ya ? " tanya Akasyah sopan.

"Waalaikumussalam. Latihan kawad dilanjutkan sampai pukul 5:30 petang. " jawab cikgu yang berbaju hijau.

Akasyah perasan , cikgu yang berbaju kurung biru asyik memandang Hananis . Hananis pula menghadiahkan pandangan tajam pada cikgu itu.

" Oh terima kasih cikgu. " kata Akasyah dan Hananis sambil menunduk sedikit tanda hormat. Tika berpusing hendak melangkah pergi nama Hananis dipanggil.

" Awatif Hananis ! Saya nak jumpa awak. " kata cikgu berbaju kirung biru. Terhenti langkah mereka berdua.

" Kau nak ikut , Kasy ? Aku nak kau ikut. Tolong teman aku. " kata Hananis perlahan.

" Kalau kau tak ajak pun , aku takkan biarkan kau pergi mana mana seorang diri , Han. Aku akan sentiasa ada untuk kau. " kata Akasyah dengan suara yang errrrr..... manja atau jiwang ?

" Eeeyuu , jangan buat ayat jiwang please. Okay , jom . " Hananis terus menarik lengan sweatshirt Akasyah , membontoti cikgu tadi. Selepas menaiki tangga ke tingkat 2 , kami mengikut cikgu tadi masuk ke dalam pejabat persendiriannya. Mungkin semua cikgu mempunyai pejabat kecil sendiri.

" Sila duduk. " pelawanya perlahan . Hananis masih diam. " Terima kasih " kata Akasyah memecah ke-awkward-an.

" Hanis buat apa kat sini ? Lama mama tak jumpa Hanis . " tanya cikgu itu buatkan Akasyah terkejut 2 saat.

" Mama ? Haha . You called yourself mama , seriously ? " Hananis bagi jawapan berbaur perlian.

Oh tidak , Han dah bertukar jadi Han lama ! - jerit hati Akasyah.

Wajah cikgu tadi nampak memerah menahan api amarah.

" Behave! " ruang itu senyap seketika. " Ehem yuran sekolah Hanis dah bayar ? "

HananisWhere stories live. Discover now