Usai menunaikan kewajipannya sebagai umat Islam , Hananis terus menyarung instant shawl hitamnya dan bergegas turun ke bawah. Niatnya mahu memasak sarapan membuak - buak kerana sekejap lagi dia akan pulang ke rumahnya di SBCR. Bahan-bahan membuat churros yang dibeli petang semalam dikeluarkan dari alamri kabinet.
1 cawan tepung gandum Cek!
1 sudu teh baking powder Cek!
15 gm butter Cek!
1 sudu besar gula halus Cek!
1 cawan air Cek!
1 biji telur Cek!
1 sudu teh esen vanilla Cek!Hananis tersenyum sendiri tapi... eh ! Dia terlupa beli serbuk cinnamon ! Semua pintu kabinet dibuka dan pencarian serbuk cinamon bermula ! Dia terduduk penat dikerusi dapur sekejap dan bangun mencari semula.
" Haaaan , kenapa ni ? Kau cari apa ? " tanya seseorang.
Akibat disergah , dia terangkat sedikit badannya dan dengan tak sengaja kepalanya terhantuk di pintu kabinet.
" Aaaawwwh " Hananis jerit kecil. Kepalanya yang terasa berdenyut digosok-gosok.
" Ya Allah ! Kau kenapa ni , Han ? " tanya Akasyah sebelum mengambil ais dan membalutnya dengan napkin. Kain itu dihulur kepada Hananis. Laju kain itu dicapai dan dilekapkan di bahagian luar tudung.
" Aku terlupa satu barang weh ! " Hananis balas perlahan.
" Kau lupa beli apa ? " Akasyah melabuhkan punggung di kerusi kaunter , disebelah Hananis.
" Serbuk cinnamon. " suara Hananis perlahan. Sedih juga memikirkan churros nya yang bakal jadi angan angan.
Dapur itu senyap seketika. Akasyah mengetuk-ngetuk meja perlahan.
" Bukan ke churros boleh makan dengan coklat ? " Akasyah memberi idea selepas senyap agak lama.
" Haah laaa ! You're brilliant ! " Hananis melompat gembira tapi dia berhenti cepat.
Baru tersedar sesuatu." Mana ada cokelaaat ! " terjerit kecil Hananis.
" Kau buatla dulu churros sat lagi aku bawak cekelat kat hang , okay ? Bubye der " dan Akasyah berlalu pergi.
" Aik , dia nak pergi tu ? Takpelah , kita buat churros dulu. " monolog Hananis sendiri.
Tangannya lincah menyiapkan adunan yang kemudiannya disumbat ke dalam piping bag . Adunan churros itu ditekan keluar dari piping back dan dijatuhkan perlahan- lahan kedalam minyak panas untuk digoreng.
Digoreng lebih kurang 2 minit sehingga churros itu berwarna oren keemasan. Jam didinding dijeling sekilas. 7:30 pagi dan Akasyah belum datang lagi. Buat nasi goreng jugak lah ! Beras ditanak dahulu. Kemudian tangannya ligat menyediakan bahan untuk membuat nasi goreng kampung sebab apa ? Sebab dalam peti ais dah ada ikan bilis yang bersih dan sayur . Sebelum sayur dimasukkan , nasi itu dibahagi 1 per 6 . Nasi yang diasingkan itu tiada sayur. Untuk siapa ? Adalah~
Tiba tiba ada orang datang menepuk bahunya sedikit. Terkejut , dia terus memusingkan badan.
Akasyah !
" Nah coklat. Ada coklat cip je , coklat masakan yang besar tak jumpa. Sorry Han " katanya lembut sambil menghulurkan satu plastik.
" Tak apa lah. Coklat cip pun boleh dan lagi senang sebab kene cairkan je. " kata Hananis , tersenyum suka !
" Eh kau dari mana ni ? Dahi berpeluh bagai , jogging ke ? " tanya Hananis sebelum meneruskan aktiviti menggoreng nasi. Coklat tadi dimasukkan kedalam mangkuk kaca yang khas untuk memasak. Mangkuk itu diletakkan diatas sebuah periuk yang berisi setengah air. Akasyah hanya memerhati sahaja , dia kalau masak biasa biasa reti la.
YOU ARE READING
Hananis
Teen FictionSaya tak reti nak buat sinopsis untuk cerita niiii ! Bacalah kalau nak tau. Dalam cerita ni terdapat banyak lagu dan video so , enjoy selaluuuuuuu . nohatejustlove!