10 minit sebelum azan maghrib , Hananis sudah sampai di Surau Al-Makmuriah yang terletak didalam kawasan perumahan banglo itu.
Hananis membantu beberapa orang wanita yang berusia dalam lingkungan 50-an membentang sejadah. Kemudian , seorang makcik menegur dia .
" Anak ni duduk mana ? Orang baru ke ? " tanya si wanita tua itu , peramah.
" Saya duduk dekat Saujana Utama tapi selalu datang ke banglo arwah Encik Shari , tolong kemas-kemas. " balas Hananis , sopan sungguh.
" Oh , yeke. Lupa pulak nak kenalkan diri , ya ? Anak panggil je makcik , Mak Nah " kata wanita itu sambil tersenyum. Terlihat jelas kesan kedutan di mukanya.
" Mak Nah panggil saya Hanis je. Eh , Mak Nah datang sorang - sorang je ke surau ? " tanya Hananis pula.
" Mak Nah datang dengan anak lelaki . Hanis datang sorang ke ? "
" Ya , Hanis sorang je. " jawab Hananis sebelum mereka mendirikan solat maghrib berjemaah setelah masuk waktu.
Selepas solat maghrib dan isyak di surau , Hananis keluar bersama Mak Nah dan menuju ke kereta.
" Mak Nah duduk mana ? " tanya Hananis.
" Dekat - dekat dengan banglo arwah Shari juga.. " balas Mak Nah sambil terjenguk-jenguk mencari anak lelakinya.
" Ibu ! " panggil seorang lelaki berkulit sawo matang dan tinggi. Lengkap ciri 'tall , dark and handsome' , sungguh !
" Ha , Sheikh pergi mana tadi ? " tanya Mak Nah tak puas hati kerana anaknya datang lambat.
" Jumpa kawan sekejap. Eh , ibu.. Sapa ni ? " tanya Sheikh sedikit berbisik. Dia terpegun melihat gadis berpurdah dihadapannya yang langsung tak mengangkat muka.
Aik , dah pakai purdah pun masih tunduk tunduk lagi ? getus hati Sheikh.
" Oh , tadi dia teman ibu solat kat bahagian perempuan. Namanya Hanis . Hanis , ni anak Mak Nah , Sheikh. " balas Mak Nah sambil memperkenalkan mereka berdua.
Hananis hanya menundukkan sedikit badan sebelum bersalaman dengan Mak Nah dan meminta diri. Suaranya , betul betul perlahan. Hanya Mak Nah yang dengar. Sheikh yang disebelah sudah terpinga-pinga . Tidak sangka masih ada wanita se-muslimah itu , kini.
Kereta dipandu . Dia tidak singgah ke banglo dan terus memandu pulang ke Saujana Utama. Sampai saja dirumah , dia masuk ke bilik dan tertidur walaupun jam baru menunjukkan pukul 9:37 malam.
--
" Hananis ! " jerit seseorang menyebabkan Hananis memusing-musingkan badannya , mencari empunya suara .
" Hananis ! Dekat sini lah ! " jerit suara yang dirinduinya itu lagi.
" Pusing belakang ! " dan Hananis cepat-cepat pusing belakang. Hampa. Tiada apa dibelakangnya.
Hananis terdengar suara tadi menggelakkan dia.
" Siapa awak ? " tanya Hananis dan suara dia bergema menandakan betapa luas dan kosongnya ruang itu.
YOU ARE READING
Hananis
Teen FictionSaya tak reti nak buat sinopsis untuk cerita niiii ! Bacalah kalau nak tau. Dalam cerita ni terdapat banyak lagu dan video so , enjoy selaluuuuuuu . nohatejustlove!