3 | Memanah

451 32 3
                                    

" Betulkan postur badan. Kalau tidak , macam mana nak tepat kena sasaran. " jerit Cikgu Azhar , guru kelab permainan memanah. " Hanis , kau tengok yang mana tak betul , kau betulkan. " arah Cikgu Azhar yang tinggi lampai.

Hanis mula berjalan sehingga dibelakang Akasyah , dia berhenti dan seolah memeluk Akasyah dari belakang , dia memperbetulkan kedudukan tangan Akasyah dan menarik busur kemudian melepaskannya.

" Postur badan kena betul. Anak panah kena lurus ke sasaran , jangan lalai. Kalau tak , kau akan gagal Kasyah. " bisik Hananis di telinga Akasyah.

Tup !! Tepat ditengah bulatan itu. Akasyah memandang Hanis yang sedang berjalan ke tempat lain dengan muka slamber je.

" Dia ni memang takde perasaan ke ? " gumam Akasyah perlahan. Entah kenapa , ketika seakan - akan dipeluk tadi dia rasa berdebar bila tahu orang itu adalah Hananis.

" Sekarang ni , saya nak semua orang berlatih memanah. Lepaskan panah betul-betul. Jangan sampai terpanah tempat lain." kata Cikgu Aina , tegas.

Tup !

Tup !

Tup !

Mereka melepaskan anak panah hampir serentak dan tidak lebih dari sepuluh orang pun yang tepat mengenai sasaran. Siapa kata memanah ni senang ?

" Yang berjaya panah ditengah atau hampir , sila ke tepi. Hanis , bagi tutorial sikit kat budak - budak ni. " arah Sir Madavan yang berkulit tipikal kaum india.

Hanis mengangguk dan mengambil anak panah dan mula memanah sambil bergerak dari satu sasaran ke sasaran lain.

Tup !

Tup !

Tup !

Tup !

Tup !

Ternganga semua ahli kelab memanah kerana semua panahan tepat ditengah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ternganga semua ahli kelab memanah kerana semua panahan tepat ditengah. Tak dinafikan , Hananis memang handal.

" No doubt lah dia dapat jadi pengerusi ! "

" Hebat gila ! "

" Dia ni The Arrow ke ?! "

" Manusia ke ni ? "

" Bapak lah ! "

" Dia ni Brave ke doh ?! "

" Cool gila mak aih ! "

Kawasan padang itu jadi hingar bingar seketika. Tepat pukul 4:30 , mereka pun bersurai untuk pulang ke asrama.

-

Baju kurung biru cair yang berbunga putih kecil , aku sarung . Seperti biasa rambut coklat pekat , aku ikat tinggi. Aku sarung sweater hitam yang bertulis ' Don't Disturb ' dan mask hitam aku sarung ke muka.

Seperti prep yang sudah dijalankan sebulan sebelum ini , perlahan lahan aku mengorak langkah ke arah kelas untuk sesi prep. Buku latih tubi Fizik yang aku beli di Popular tempoh hari aku buka dan mula mengulang kaji. " Hanis... " , panggil seseorang.

HananisWhere stories live. Discover now