[ JUNGKOOK POV ]
Kringggg ..!
Aku terus bangun sebab nak matikan alarm. Asyik snooze lima minit setiap kali je kang boleh mati pekak aku.
"Ugh, dah pukul berapa dah ni ?" Aku kecilkan mata sambil tenung skrin iphone.
"Ohh, 8.30."
Aku benamkan kepala semula ke atas bantal. Lek ah, awal lagi..
Wait, 8.30 ?!!!
"Budak Nayeon tu dah lambat pergi sekolah !!!" Aku segera bangun lalu berlari ke ruang tamu.
Cehh, acah je berlari padahal ruang tamu sebelah je.
"Wow, sejuk kut ruang tamu ni.." Kataku sebaik sahaja memulas tombol pintu bilik.
Aku pandang ke arah sofa.
Kan aku dah agak Nayeon ni mesti tak bangun punya.
"WEHH BANGUNLAH !! KAU DAH LAMBAT PERGI SEKOLAH !!" Aku menepuk nepuk paha Nayeon.
"S-sejuk.." Kata Nayeon dengan mata terpejam.
"Aku takde masa la nak dengar kau cakap panas ke hujan ke ribut taufan ke mende , sekarang kau dah lambat !!"
"Sejuk s-sangat--"
Aku pandang muka Nayeon. Muka pucat bakhang macam mayat hidup.
Ke sebab aku sejukkan aircond semalam ?
.
.
.Jungkook..
KAU BERJAYA KENAKAN DIA ~~~
"Okay fine kalau kau taknak bangun aku report kat bapak kau biar duit bank kena potong HAHAHAHA." Aku buat buat cari contact nama 'Appa Song' kat iphone.
"Hellooo ~ Appa Song ~ Nak tau tak, Nayeon kann ~ dia kannn ~ ponteng sekolahhh ~"
Tiada sebarang reaksi seperti woi-jangan-report-bapak-aku daripada Nayeon. Hmm kinda weird.
"Babun, kau ok tak ?"
SENYAP.
Dan perkara ini dah buat aku risau. Sikit.
Sikit je kay tak banyak.
"Nayeon, serius ah, kau ok tak ?" Aku pegang lengan Nayeon.
Panas.
"Aku tak larat lah bodoh, jangan kacau aku." Kata Nayeon sambil tepis tangan aku. Tapi srs ah cam tak tepis sebab lembik gila power dia.
Aku try pegang dahi Nayeon.
Ok sekarang ni dah risau banyak ._.
"Weh, badan kau panas gila doh. Kau tak nak pergi klinik ke ?"
"Lahanat betul la. Kalau aku tau siapa kuatkan aircond, aku palau dia cukup cukup."
Ok. Ugutan tu agak meyakinkan ekceli.
Aku terus pergi bilik untuk pakai sweater dan ambik kunci motor yang sedang tergantung elok di dinding.
"Doe, aku nak pergi klinik kejap, beli ubat demam panas untuk kau. Nanti makin melarat, teruk jadinya." Kataku sambil sarung sweater NIKE.
"Wehh Jungkook !"
Langkahku terjeda. Aku toleh belakang.
"Apa ? Aku nak cepat ni."
"Jangan la tinggal aku sorang sorang, nanti aku nak kencing berak kentut semua macam mana ?" Kata Nayeon. Sakai punya pompuan.
"Takpe, kau stay je. Aku pergi tak sampai 10 minit pun. Adios."
Aku membuka pintu rumah.
Haish, sendiri buat, sendiri tanggung la kau Jungkook.
***
Jungkook :
"Nayeon, sini makan u-" Ayat aku terhenti apabila kelibat Nayeon tidak kelihatan di atas sofa ruang tamu.
Shit, mana pulak Nayeon ni pergi. Kan aku dah pesan kalau nak kencing, kencing je dalam botol !
"Wehh Nayeon !!!" Aku mencari Nayeon di sekitar rumah.
Dan pandangan mataku terhenti tatkala terlihat satu figura perempuan terbaring di atas lantai dapur.
FML ._.
"Song Nayeon !!" Aku berlari ke arah Nayeon.
Aku meletakkan kepala Nayeon di ribaku. Aku menampar nampar lembut pipinya beberapa kali.
"Nayeon, ireonna. Gwenchanayo ?!" Tanyaku.
Hampa, mata Nayeon masih terpejam.
Ni semua salah kau ! Kalau kau masuk penjara nanti macam mana ?!!
Aku mendukung Nayeon gaya bride style menuju ke bilik tetamu.
"Please be fine."
*
**
Padan la dengan muka hangpa Jungkook. HAHAHAHA.
YOU ARE READING
[C] Housemate. +jjk
Fanfiction+bila ayah kau pergi oversea kat north pole, ingat boleh buat konsert kat rumah tapi apakan daya dia dah suruh jungkook jaga kau. p/s: contain some malay's harsh words start: 16/03/16 end: 05/07/16 cr cramazing poster; @_bunnyeon hr; [#21 IN FANFICT...