Seorang namja sedang enak meletakkan kedua kakinya ke atas meja sambil dia duduk di atas kerusinya.Matanya diletakkan sepasang cermin mata yang kelihatan terlukis mata yang terbuka luas.(ni taktik untuk elakkan di tangkap masa tengah tidur..He..he..)
Bang!!
"Asdfghjkl!! Adoi!" Namja itu terjatuh dari kerusi berserta latahan dari bahasa yang tak dapat diterjemahkan oleh pemikiran manusia.
Dia pantas bangun sambil mengusap punggungnya yang terasa kebas. Kedengaran tawa yang kuat dari orang yang berdiri di hadapanya.
"Yah! Jungkook. Ingat tak sakit ke? Dah rasa macam kena pukul dengan belantan Namjoon hyung punggung aku ni.." Marah namja itu sambil dia duduk semula di atas kerusinya.
"Jangan lah marah Tae hyung. Kookie tak sengajalah. Ingatkan hyung tengah fikirkan pasal kes apalah tadi tapi tidur rupanya" Jungkook menyindir Taehyung sambil buat aegyo.
Taehyung menjeling Jungkook sambil mencapai sebuah fail di atas mejanya. Cermin mata tadi sudah tercampak kemana pun entahlah.
"Kookie nak apa sampai datang dekat pejabat hyung ni?" Sindiran Jungkook tidak di ambil peduli. Malahan matanya diarahkan ke atas helaian-helaian kertas yang terdapat di dalam fail itu.
"Ah..ni.Kookie nak bagi hyung satu lagi kes. Alang-alang tu boleh ajak hyung makan tengahari sama-sama" Fail tebal yang digunakan untuk membuat bunyi kuat bagi mengejutkan Taehyung tadi diserahkan.
Sengaja dia mengajak Taehyung makan tengahari bersama memandangkan jarak tempat kerja mereka yang dekat.
"Haih..kes baru lagi.." Taehyung mengeluh sambil mengambil fail tebal itu.
"Kes ni berat sangat ke? sampai polis tak dapat selesaikan?" Taehyung khusyuk menyemak sehelai demi sehelai isi kandungan di dalam fail tebal itu.
Jungkook mengangguk. Macamlah dapat dilihat oleh Taehyung.
"Berat..polis dah siasat kes ni selama 6 tahun tapi masih tak jumpa cara penyelesaiannya. Sebab tu diorang minta detektif yang pandai lagi hensem ni untuk selesaikan kes ni" Puji Jungkook bertujuan membodek Taehyung menerima kes yang dirasakan sangat susah itu.
"Well....look the brainlah.." ujar Taehyung bongkak. Jungkook hanya menahan diri dari muntah.
"But kenapa kes ni nama mangsanya tak lengkap?" Taehyung menyemak semula helaian di dalam fail dengan muka berkerut.
"Tulah hyung.. Aku pon tak tau kenapa. Sebenarnya bukan Aku yang uruskan kes ni, Aku cuma hantarkan je.." Jungkook sudah berdiri disebelah Taehyung. Mahu melihat sama isi kandungan fail itu.
"Eh,ada dua mangsa dalam satu kes? Tapi dua-dua tak ada bernama penuh dan bermaklumat." Taehyung sudah kepelikan melihat kandungan yang lansung tidak membantu tu. Jari telunjuk diletakkan si dagu,dia sedang memikirkan mengenai kemungkinan kes ini.
"Sebab tulah polis serahkan kes ni dekat Tae hyung. Diorang dah naik sasau fikirkan kes misteri ni." Jelas Jungkook sambil melihat setiap maklumat yang kosong tu.
"Hyung! Hyung cuba lah tanya dekat 'kawan' hantu yang lain. Mesti kes ni cepat selesai." Jungkook bersuara dengan idea yang sangat bernas(bagi diri sendirilah).
Taehyung menghadiahkan sebuah ketukan di kepala maknea atas idea yang 'bernas' dan membantu itu. Hasilnya maknea itu terjerit kecil.
"Apa hyung ni? Betul apa yang aku cakap. Hyungkan selalu guna kuasa hyung bila nak selesaikan kes yang susah ni.." Jungkook pout.
"Memanglah. Tapi kau tau ke nama dan maklumat yang perlu? Kalau fail ni kosong, senang ke nak buat kerja.. Lagi satu, kau ingat hyung suka guna kuasa hyung tanpa berusaha terlebih dulu ke?" Bebel Teahyung sambil menutup fail tebal tu.
YOU ARE READING
THE MAN WITH 'POWER'
HorrorTeahyung bekerja sebagai seorang detektif yang terkenal kerana dia pantas dalam menyelesaikan segala kes yang diterimanya.Kes yang melibatkan kematian misteri juga dapat diselesaikan dengan bantuan kuasa yang di milikinya.(Kuasa tu bermaksud deria S...