Setelah tragedi dilempar kuali terbang oleh sang omma yang kejam tadi. Taehyung dan Jungkook terpaksa menjadi orang suruhan kepada Seokjin.
Mereka dipaksa membasuh pinggan dan mengemas meja makan.
"Ni semua salah kaulah ni. Tak pasal-pasal kita kena denda dgn SangJin ni" Bisik Taehyung kepada Jungkook yang datang membawa pinggan untuk dicuci ke singki. Seokjin yang sedang duduk di kerusi sambil mengipas diri sendiri di jeling oleh Taehyung.
"Eh, sedap hati salahkan aku. Kau yang buka rancangan tu. Kau jugak yang jerit paling kuat, hyung." Bisik Jungkook sambil menyiku lengan Taehyung yang sedang mencuci pinggan.
"Buat kerja sampai siap, jangan nak bersembang pulak. Kalau tak,lesung pulak yang melayang kali ni." Tegur Seokjin menyebabkan mereka berdua menyambung kerja sepantas kilat. Takut membayangkan lesung melayang ke arah mereka. Mau koma terus.
Seokjin tersengih melihat mereka berdua kalut menyelesaikan kerja mengemas meja makan sebelum mereka di baling dengan lesung.
"Nah.." Seokjin hampir jatuh dari kerusi apabila memandang kesebelah kiri.
"Yah! Yoongi. Buat terkejut aku je. Hampir-hampir aku pukul kau pakai senduk ni." Senduk di tangannya di letakkan ke tepi. Suga hanya buat muka.
"Hurm.. Ni dulang dari bilik Hoseok." Suga menyerahkan dulang yang di pegangnya kepada Seokjin sebelum berlalu ke ruang tamu.
"Tae, Kookie.. ni ada lagi mangkuk dan gelas. Basuh cepat.." Seokjin menyerahkan mangkuk dan gelas yg telah kosong tadi kepada Jungkook.
"Hah? Ada lagi..." Taehyung yang telah selesai mengelap tangan mengeluh kerana terpaksa mencuci mangkuk dan gelas yang telah di berikan oleh Jungkook kepadanya.
"He..he.. baik selesaikan cepat." Mereka cepat-cepat mencuci mangkuk dan gelas tadi selepas melihat senyuman mengerikan pada wajah Seokjin.
-------------------------------------------------------------------
"Ah.. penatnya." Jungkook merebahkan badannya di atas sofa. Diikuti oleh Taehyung.
Suga yang menonton tv hanya memerhati dengan senyuman sinis.
"Padan muka. Siapa suruh kenakan aku." Jungkook menjeling suga yang menumpukan perhatian pada rancangan yang ditayangkan di tv.
"Jam dan pukul berapa ni?" Soal Seokjin sambil membawa semangkuk popcorn ke ruang tamu lalu duduk di sebelah Jungkook. Jungkook melihat jam pada telefonnya.
"Pukul 9.45. Kenapa hyung?" Soal Jungkook dengan malasnya. Penat mencuci dan mengemas meja makan tadi belum hilang.
"Bukan apa.. lambat pulak si Jimin tu balik hari ni." Seokjin menyumbat popcorn ke dlm mulutnya.
"Aish.. entahlah.. selalunya pukul 9 dah balik." Ujar Jungkook sambil mencapai popcorn di tangan Seokjin.
"Biasalah kalau dah kerja sebagai pengurus syarikat. Dia ada banyak kerja nak kena selesaikan. Oleh itu, silalah senyap.."Celah Suga kerana tumpuannya terganggu.
Mereka menonton Tv dengan aman sebelum di kejutkan dengan jeritan.
"Wargh! jangan dekat alien hodoh!!" Jungkook tersumbat popcorn yang ingin dimakan ke dalam hidungnya akibat terkejut dengan orang yang menjerit tadi.
"Alien buruk!! Alien jahat!! Jangan sentuh aku!" Racau Taehyung. Mereka bertiga memandang Taehyung dengan hairan.
"Woi,Tae! Bangunlah. Hish! Budak ni,meracau pasal alien pulak. Kookie kau kejutlah hyung keshayangan kau tu" Arah Suga kepada Jungkook yang telah berjaya mengeluarkan popcorn dari lubang hidung dan membuangnya.Terus Jungkook menampar pipi Taehyung yang masih meracau.
YOU ARE READING
THE MAN WITH 'POWER'
HorrorTeahyung bekerja sebagai seorang detektif yang terkenal kerana dia pantas dalam menyelesaikan segala kes yang diterimanya.Kes yang melibatkan kematian misteri juga dapat diselesaikan dengan bantuan kuasa yang di milikinya.(Kuasa tu bermaksud deria S...