"Annyeong.. I'm home.." Taehyung masuk ke dalam rumah dengan sebuah beg bimbit ditangan.
Kelihatan Jimin dan Suga sedang seronok menonton Tv di ruang tamu.
"Oh, annyeong Tae tae." Jimin menyapa sambil menyuapkan bertih jagung ke dalam mulutnya.
"Annyeong.." balas suga dengan pendek. Matanya masih memandang Tv yang menayangkan rancangan yang sedang berjalan.
"Lambat kau balik hari ni Tae?" Jimin memandang Taehyung yang sedang mengambil tempat duduk di sebelahnya manakala beg bimbitnya diletakkan di lantai. Mukanya pun kelihatan penat.
"Mana tak lambat, mula-mula jumpa klien cerewet nak mampus tu, lepas tu jumpa klien yang menyeramkan pulak." Taehyung merungut. Jimin hanya tersengih mendengarnya.
"Patutlah dia cakap asyik rasa tak selesa. Banyak sangat 'benda' yang suka melekat dengan dia sebab dia tu suka buat benda pelik." Bebelnya lagi.
Jimin dan Suga memandang Taehyung dengan pelik. Apa maksud 'benda' yang disebutkan Taehyung.
"Benda tu.. er.. kuman.. Ha,kuman. Dia pengotor sangat." Taehyung cepat menutup keterlanjurannya. Jimin dan Suga hanya mengangguk sebelum memandang Tv semula.
Taehyung menarik nafas lega. Nasib saja Suga dan Jimin tidak mengesyakinya. Takut juga rahsianya yang dapat melihat mahkluk halus terbongkar. Nanti pasti mereka akan menjauhkan diri daripandanya. Lagipula, keselamatan mereka juga akan terancam.
Taehyung tidak memberitahu mengenai kebolehannya kepada sahabatnya kecuali Jungkook. Jungkook mengetahuinya semasa terdengar perbualannya dengan Ketua Polis tempat Jungkook bekerja. Jungkook agak takut kepadanya selepas kejadian tu,tetapi sekarang dia sudah boleh menerimanya. Taehyung meminta Jungkook merahsiakannya dari pengetahuan orang lain demi keselamatan mereka semua.
Taehyung akan menutup deria sixth sensenya ketika berada dirumah. Tak mahu ada yang dapat mengetahui kebolehannya.
"Mana yang lain? Takkan dah tidur. Baru pukul 9.30." Taehyung memandang ke sekeliling ruang tamu.
"Jungkook dengan J-Hope hyung ada dekat dalam bilik. Namjoon hyung dan Jin hyung tak balik lagi." Jimin menjawab. Taehyung hanya mengangguk.
"Aku masuk bilik dululah. Good night.." Taehyung melangkah menaiki tangga untuk kebiliknya di tingkat 2.
"Night.." balas suga. Memang selalu balas pendek-pendek dia ni.
Jimin pula hanya mengangguk sebab mulutnya penuh dengan bertih jagung.
Taehyung masuk ke dalam bilik mandi untuk membersihkan badannya yang melekit. Selesai membersihkan diri dan menyarung pakaian. Dia baring di atas katilnya.
Memikirkan kes yang baru diterimanya. Fikirannya kusut kerana kes mengenai kehilangan 2 orang perempuan tanpa nama penuh dan maklumat menyukarkannya.
Akhirnya Taehyung tertidur kerana kepenatan seharian bekejaran ke sana dan sini untuk berjumpa klien.
–––––––––––––––––——————
Kruk~
Taehyung terbangun kerana perutnya terasa lapar. Baru dia ingat, dia lansung tidak mengambil makan malam kerana terlampau sibuk. Jam pada telefon menunjukkan pukul 11 malam.
Kruk~
Sekali lagi perutnya berbunyi menandakan dia sedang lapar. Taehyung mengeluh. Ikutkan hati malas nak turun ke dapur, tapi sebab perut asyik bergendang-gendut(?) dari tadi, dipaksa jugalah mata yang masih tertutup untuk dibuka.
YOU ARE READING
THE MAN WITH 'POWER'
HorrorTeahyung bekerja sebagai seorang detektif yang terkenal kerana dia pantas dalam menyelesaikan segala kes yang diterimanya.Kes yang melibatkan kematian misteri juga dapat diselesaikan dengan bantuan kuasa yang di milikinya.(Kuasa tu bermaksud deria S...