Taehyung menemani Jin menonton drama yang baru ditayangkan. Jin khusyuk menonton drama itu sambil menggunyah snek yang dibawa Taehyung tadi. Manakala Taehyung mengelamun memikirkan kata-kata makhluk tadi.
Taehyung POV
Aku hairan betul dengan kata-kata makhluk tadi. Apa maksud dendam yang dia cakapkan. Aku jumpa pun tak pernah lagikan aku ada buat salah dekat dia.
Lagi satu,aku dah tutup deria sixth sense aku kalau dekat rumah. Aku rasa ada yang tak kenalah.. Nasib Jin hyung tak masuk dapur tanpa aku, kalau tak.. huh,pikir sendirilah, aku tak mau kongsi.
Otak aku dah penuh ni...dengan kes fail misteri tu ..pasal 'benda' tadi ..pasal planet aku lagi ..ehh..apa aku merepek ni. Sambung balik..
Lepas ni aku kena berhati-hati dan selalu kena berwaspada dengan benda tu dari ganggu sahabat-sahabat aku yang tak tau pape ni. Lega aku Jin hyung tak cedera...
Aku dari tadi tengok Jin hyung ni selamber je. Macam tak ingat lansung kejadian dekat dapur tadi.. tapi bagus gak,tak adalah dia takut nak masuk dapur lepas ni.
Tak adalah jugaklah kitorang ni kebulur sebab dia takut nak masak dekat dapur tu ..he..he..
ENd POV
"Uhu~ Taehyung..dengar tak apa aku cakap tadi?" Jin melambai² tangan kanannya di hadapan muka Taehyung yang dari tadi memandangnya.
'Hamboi.. tengok muka aku macam nak tembus tengkorak aku.. Taulah aku ni hensem lagikan kiut miut..' puji Jin, perasan sekejap.
"W.. wae Jin hyung?" Soal Taehyung gagap selepas sedar dari alam termenungnya. Bukan dia dengar apa pon sebab dari tadi termenung sampai ke planet makhluk asing dijajahnya.
"Mwo? Kau tak dengar ke apa aku cakap tadi,Tae? Aish.. penat mulut aku yang comel ni dari tadi cakap dengan kau.." Bebel Jin, sempat pulak dipuji kecomelan mulutnya. Taehyung tayang sengihan sambil tergaru-garu pipinya yang tak gatal.
"Dahlah tu Jin hyung. Hyung ni dari tadi membebel. Tak penat ke? kalah mak cik kaki gosip kat kampung aku tu" Kata Taehyung dengan selambanya. Apalagi mulalah Jin nak meletus macam volcano.
"Eeee... sedap hati kau mengata aku ye. Rasakan ni.." Jin dengan mudah memulas telinga Taehyung yang memang dekat dengan dia. duduk satu sofa kan.
"Mian.. Jin hyung.. Appo!!" Taehyung memegang tangan Jin yang memulas telinganya. Muka Taehyung dah macam orang tengah tahan sakit perut je.
Knok! Knok!
"Omo!" Jerit Jin yang terkejut. Telinga Taehyung dah dilepaskan sebab terkejut dengar bunyi ketukan pintu. Taehyung muncung sambil gosok telinga yang pedih dipiat tangan ketam milik Jin.
Knok! Knok!
Sekali lagi bunyi orang mengetuk pintu kedengaran.
"Tae, kau pergilah bukak pintu tu." arah Jin sambil dia memeluk kusyen dengan erat.
"Eh? Hyung jelah pergi buka. Mengarah orang pulak." Taehyung mencapai snek dan dimasukkan kedalam mulut. Lansung x dilayan arahan Jin.
"Tak nak! Tak nak! Kau pergi bukak sekarang." Arah Jin sambil mengeleng kepalanya dengan bersungguh-sungguh. macam nak teleng dah kepala dia.-_-
"Yelah. Takut sangat. Macamlah ada hantu.." Taehyung bangun dari sofa dan menghampiri pintu. Dipulas pemegangnya. Jin pula dah bersedia nak menekup muka dengan bantal pinknya.(khas utk dia sendiri).
Manalah tau, ada hantu yang muncul di sebalik pintu tu? Padahal hari siang kot.
"Oh..Namjoon hyung.Masuklah.." Orang yang digelar Namjoon itu segera masuk ke rumah.
YOU ARE READING
THE MAN WITH 'POWER'
HorrorTeahyung bekerja sebagai seorang detektif yang terkenal kerana dia pantas dalam menyelesaikan segala kes yang diterimanya.Kes yang melibatkan kematian misteri juga dapat diselesaikan dengan bantuan kuasa yang di milikinya.(Kuasa tu bermaksud deria S...