Chapter 9

131 9 4
                                    

"MAK!! JANGAN DEKATI KAMI!!"

"WAH!! JANGAN MAKAN AKU,AKU MASIH MUDA!"

Pang! Pang!

Terkedip-kedip mata Jimin dan J-Hope apabila menerima tamparan yang mampu membuatkan mereka teleng lima saat.

"Dah puas makan penampar aku? Ke nak lagi?"

"Joon!" "Joon hyung!" Laung mereka serentak sambil memandang pemilik suara dengan muncung. Pipi yang kebas dan masih memerah diusap perlahan.

"Apa? Mental ke korang ni?" Tegur Namjoon sambil kening sebelahnya di naikkan.

"Kau ni buat takut akulah! Nasib tak terbang nyawa aku ni!" Marah J-Hope sambil mengurut dadanya yang kencang. Semua sebab Namjoon yang main terjah masuk bilik orang.

"Sudahlah demam aku tak baik lagi, Silap-silap terus arwah kalau kerap sangat kena terjah macam ni." Gumam Jimin sambil memandang siling,rupa macam orang hilang isteri pun ada.

"Dah bising sangat tadi. Eh,Jap! Korang kenapa pucat sangat ni? Macam nampak hantu je?" Tegur Namjoon apabila dia perasan riak takut dan lebih pucat berbanding orang demam pada wajah Jimin dan J-Hope.

"Huh? Er..ki..kitorang terkejut tadi." Gagap J-Hope bertutur sebelum tersenyum palsu.

"Be-betul tu,tambah lagi kitorangkan demam. Nampak pucatlah sikit muka kitorang ni." Backup Jimin dengan senyuman palsu.

"Oh..ok.." Namjoon memandang mereka dengan wajah curiga sambil mengangguk perlahan.

"Aku pergi keluar dulu. Korang rehatlah dulu. Apa-apa hal,panggil ja aku." Pesan Namjoon sebelum berlalu keluar meninggalkan J-Hope dan Jimin yang masih tersenyum palsu.

J-Hope dan Jimin melepaskan nafas lega selepas Namjoon keluar dan menutup pintu bilik itu.

"Nasib.." Kata Jimin sambil bersandar pada penghadang katil.

"Jim..kenapa kita tak bagitau dekat Joon terus? Kau tak takut ka?" Jimin memandang J-Hope dengan senyuman senget.

"Kita buat macam apa yang kita dah rancang. Kalau tak berjaya baru kita fikirkan balik. Fikirkan yang ia tak pernah terjadi hyung." J-Hope hanya mengeluh sambil membaringkan kepala di atas bantal gebunya.

'Macam mana kalau tak berjaya? macam mana kalau keadaan makin teruk? Apa yang akan jadi lepas ni? Aku tak sanggup nak tau.' Bergema soalan itu di dalam fikiran J-Hope sambil dia memandang ke siling biliknya yang putih.

"Huh? Kenapa diorang macam sorok sesuatu ni?" Gumam Namjoon sambil memerhati pintu bilik J-Hope.

"Ah,biarlah. Sampai masa diorang pasti bagitau jugak." Namjoon terus menuju kebiliknya. Hanya berfikir untuk menyegarkan badan dengan mandian dan terus melelapkan mata.

---------------------------------------------------------------------

Pili air ditutup apabila paras air di dalam bathtub sudah sesuai iaitu paras bahu. Perlahan-lahan Namjoon masuk dan merendamkan badannya di dalam air yang sedikit suam. Siapa nak mandi air sejuk pagi-pagi ni? Nak kena bodyfrost(?) ka?

"Wah! sedapnya dapat mandi. Ah..segar rasanya.." Namjoon merelaxkan badan di dalam bathtub. Matanya ditutup sambil menikmati kesegaran bau sabun mandian yang memang indah menyapa deria pernafasannya.

Lama kelamaan bau tadi semakin merebak. Tanpa di sedari kesedarannya semakin kabur dan akhirnya dia terlelap.

Tok! Tok! Tok!

Namjoon tersedar apabila mendengar bunyi ketukan pada pintu bilik airnya.

"Eo? Aku tertidur ke tadi?" Soal Namjoon sedikit terkejut. Tak sangka dia boleh tertidur di ketika mandi. Nasib saja nyawanya masih panjang,kalau tak dah semestinya sahabatnya akan menjumpainya dalam keadaan yang tak bernyawa.

Namjoon mengeleng kepala membayangkan perkara ngeri itu terjadi keatas dirinya. Berharap sangat perkara itu tidak akan terjadi.

Tik! Tik!

"A--apakah? Siapa yang bukak air pili ni?" Hampir saja Namjoon terbeliak apabila dia perasan pili air bathtub itu terpasang dan air di dalam bathtub sudah mencapai paras mulutnya.

Perasaan kurang senang mula menyerang,seperti ada aura yang kurang menyenangkan terdapat di sekitar bilik air itu. Tanpa berlengah lagi dia pantas menutup pili air yang masih terpasang dan terus keluar dari bathtub itu.

Tuala yang tergantung pada dinding bilik dicapai dan melangkah ke pintu untuk keluar dari bilik air itu.

'Jap! Siapa yang ketuk pintu bilik air ni tadi? Jim dengan Hope?' Hampir terlupa Namjoon bahawa ada seseorang yang mengetuk pintu bilik airnya.

Perlahan-lahan dia memulas tombol pintu menampakkan keadaan bilik tidurnya yang senyap sunyi. Terkebil-kebil Namjoon memandang keadaan yang kurang menyenangkan itu.

Namjoon hanya mengendahkan dan terus memakai pakaian dan bersiap sedia untuk tidur.

"Sana..dul..set. Hya!" Namjoon terus melompat ke atas tilam saiz kingnya. Terhasillah bunyi keriut akibat affect lompatannya yang penuh..urm..*krik~krik~*

Tak sampai 5 minit,Namjoon sudah terbang membelah alam mimpi. Nampak sungguh kepenatannya sehingga kejadian misteri tadi lansung dilupakan.

BRUSH!!

"OMO!!" Namjoon kini dalam posisi kepala di lantai dan kaki ke atas. Dia segera bangun sambil memegang pinggangnya yang sengal.
(A/n:Katil saiz king pun boleh lagi kau jatuh,joon aye?)

"Ish! Bunyi apa pulak tu? Time aku nak tidur jugak kau muncul. Ni tak sah,budak jamless dengan kacang kuda tu.
(A/n:Kacang kuda? Apakah ini?0_•)
Sakit-sakit pun nak main-main lagi..macam budak kecil!" Bebel Namjoon sambil terbongkok-bongkok berjalan ke pintu biliknya.

Terus pintu biliknya di buka dengan kasar. Bersedia untuk melepaskan amarah.

SWUHS!! BANG!!

"WARGH!!!"

TBC→

THE MAN WITH 'POWER'Where stories live. Discover now