"Jin.."
"Ja..jangan.."
"Jin bangun. Dah pagi ni, tak nak balik ke?" Seorang namja berkot putih mengoncang sedikit badan namja bernama Jin yang sedang tidur di atas katil pesakit yang kosong.
"Jangan!!" Jerit Jin sambil terbangun dari tidurnya. Peluh turun dari dahi dan lehernya.
"Er...Jin kau ok x ni?" tegur namja yang mengejutkannya.
"Ah, Lay. Aku ok. Cuma mimpi buruk je." Jin mengelap peluh di mukanya.
"Kalau macam tu kau baliklah dan berehat. Biar aku yang gantikan. Lagipon sekarang ni shif aku " Lay tersenyum memandang Jin yang turun dari katil pesakit.
"Gumaweo, Lay. Aku balik dulu." Jin tersenyum ke arah Lay. Dia mencapai kot putihnya di atas katil sebelum berlalu keluar dari bilik yang khas bagi para doktor untuk berehat.
"Apa yang aku mimpi tadi,sampai berpeluh satu badan." Jin membebel sambil menapak ke arah tempat meletak kereta. Sempat juga dia membalas dan menyapa beberapa orang doktor dan jururawat ketika bertembung.
Dia masuk ke dalam keretanya dan memandu keluar dari perkarangan hospital. Jam pada dashbord kereta dijeling sebentar.
'Pukul 7 pagi' desis hati Jin.
Jalan raya agak sesak kerana hari ini hari kerja. Setelah beberapa minit memandu, dia sampai ke rumah banglo dua tingkat.
Kereta diletakkan di dalam garaj. Dia menapak ke pintu utama dan mengunakan kunci untuk membukanya.
Pertama sekali dia akan melihat persekitaran di ruang tamu.
'Hurm.. Kemas.. tak ada sampah'Jin tersenyum.
Nasib saja mereka tak membuat party semasa ketiadaannya. Bukan boleh harap, lepas buat sampah terus tinggalkan sampai naik berkulat.-_-||
"Pagi, Jin hyung." Kelihatan Jungkook berjalan menuruni tangga dengan senyuman semanis gulanya...
"Pagi Kookie, mana yang lain? Tak turun lagi ke?" Jin berjalan menghampiri tangga.
"Yoongi hyung dan J-Hope hyung tengah bersiap rasanya. Jimin hyung dah pergi kerja." Jungkook mengenakan topi polisnya di atas kepala.
"Tae tae dan Namjoon mana?" Jin mula mengatur langkah menaiki tangga.
"Namjoo hyung tak balik lagi. Tae hyung tak bangun lagi kut. Hyung, pergi dulu lah." Jungkook memulas tombol pintu.
"Eh, tak sarapan ke?" Jungkook tidak jadi membuka pintu, dia memandang Jin yang berada di tangga.
"Tak pelah, dah cadang nak sarapan dengan Hoshi dekat kedai makan depan balai." Jungkook tidak menunggu jawapan Jin dan terus keluar dari rumah.
"Ish.. budak nilah... baik tengok yang lain. Bukan boleh percaya sangat. Entah-entah tak bangun lagi." Jin melangkah ke bilik no.2. Iaitu bilik Suga. Si snow white ratu tidur.
Bilik dan penggunanya-
-Bilik 1-
•Jin-Bilik 2-
•Suga/ Yoongi-Bilik 3-
•Kookie/ Jungkook-Bilik 4-
•Namjoon-Bilik 5-
•Jimin(berhadapan bilik Jin)-Bilik 6-
•Hoseok/ J-Hope(berhadapan bilik suga)-Bilik 7-
•Taehyung/ Tae (berhadapan bilik Jungkook)•Stor (berhadapan bilik Namjoon)
----------------
"Yah! Yoongi-ah."Jin terus masuk tanpa mengetuk pintu.
YOU ARE READING
THE MAN WITH 'POWER'
HorrorTeahyung bekerja sebagai seorang detektif yang terkenal kerana dia pantas dalam menyelesaikan segala kes yang diterimanya.Kes yang melibatkan kematian misteri juga dapat diselesaikan dengan bantuan kuasa yang di milikinya.(Kuasa tu bermaksud deria S...