Sebenarnya dah lama saya pendam perasaan ini. Baru sekarang ingin saya luahkan. Emm… saya dah lama suka pada awak…” Qrisha terpana.
“Apa?” Qrisha rasa seperti ingin terbang. Tidak disangka Irfan juga mempunyai perasaan yang sama dengannya.
“Ye awak… saya suka awak. Tak pernah saya lupakan awak walau sesaat. Jadi saya ingin tahu apa perasaan awak pada saya. Qrisha Dayana… adakah awak suka pada saya?” Irfan merenung ke dalam anak mata Qrisha.
Terkedu Qrisha seketika. Lidahnya turut terkelu. Bibir terkunci rapi. Alamak, apa aku nak jawab ni?
Jawab ajelah Qrish yang kau pun turut sama suka pada dia. Habis cerita. Lagi pun memang kau ada hati pada dia. Inilah masanya Qrish…inilah masanya.
“Err…sebenarnya Irfan… saya pun sama. Saya pun suka pada awak.”
●●●●●●●
“Suka. Suka sangat.” Qrisha tersenyum.
Anie yang berada di sebelah Qrisha hairan melihat Qrisha berkata sesuatu sambil tersenyum keseorangan. Hmm… ini mesti kes tengah bermimpi di siang hari. Baik aku kacau dia. Hehehe…
“Woi, dah ke mana kau sampai? London? Paris? Los Angeles? Atau Mekah?”
“Hah?” Qrisha tersentak. Dia kemudian mengambil beg sekolah lalu digalas di bahu.
“Ha, nak ke mana pula kau ni? Tiba-tiba je bangun galas beg.” Anie pelik melihat aksi Qrisha ketika itu. Dia ni mamai lagi lah tu…
“Nak pergi perhimpunan. Kan dah bunyi loceng.” Qrisha hairan melihat Anie masih lagi selamba duduk di kerusi panjang.
Anie berdekah-dekah ketawa. Ini menambahkan lagi kerutan di dahi Qrisha.
“Apasal kau ketawa? Anything wrong kat aku ke?” Qrisha menilik baju kurung sekolahnya. Ada apa-apa yang tak kena ke sampaikan budak sekor ni gelakkan aku. Hei, musykil…musykil!
“Kau ni memanglah. Kalau aku kata kau ni kuat berangan kau marah. Tapi memang betul pun kau tu suka berangan. Berangan kahwin dengan anak raja. Anak Raja Kapoor!” Anie ketawa lagi.
Qrisha bercekak pinggang. Geram dia dengan telatah Anie. Suka sangat mengusiknya.
“Engkau kalau nak sangat dengan anak Raja Kapoor tu kau ambil sajalah. Tak hingin aku.” Qrisha meletakkan kembali begnya di atas kerusi panjang. Dia mengambil tempat duduk di sebelah Anie. Mukanya masam mencuka mengenangkan usikan Anie sebentar tadi.
“Ala…Qrish, aku gurau je tadi. Jangan ambil hati ye! Alah busyuk…busyuk!” Anie memegang dagu Qrisha.
Qrisha menepis tangan Anie yang memegang dagunya.
“Kau tu lah… tiba-tiba terperanjatkan aku kenapa? Aku tengah syok-syok memikirkan idea-idea untuk skor A ni. Alih-alih kau kejutkan aku.” Cis Anie rosak segala mimpi aku tadi. Baru nak berangan si dia melamar aku. Aduh kawan aku sorang ni kacau line betul la…
“Dah lah tu… Tak nak mengaku dia berangan. Kau sememangnya minah berangan!”
“Ooo…kau panggil aku minah berangan ye! Kau tu em … minah kaki penyibuk! Memang sesuai sangat!”
“Minah berangan!”
“Minah kaki penyibuk!”
Kringggg!!! Loceng berbunyi nyaring.
“Oi, minah berangan cepatlah sikit. Macam siput lah kau ni.”
“Kau pergi dululah minah kaki penyibuk. Sibuk je nak tunggu aku.”
“Yelah, aku kan kawan kau minah berangan. Kita kenalah pergi sama-sama.”
Belum sempat Qrisha menjawab, Anie terlebih dahulu menarik tangannya menuju ke tapak perhimpunan.
YOU ARE READING
Stay With Me
Teen FictionQrisha Dayana sudah lama meminati Irfan Qadziem dalam diam. Tanpa Qrisha sedari Irfan juga menaruh perasaan terhadap dia. Dengan bantuan rakan sekelas mereka ditempatkan duduk bersebelahan. Hubungan mereka semakin rapat dari semasa ke semasa sehing...