SWM 18

3K 127 0
                                    

Qrisha mengesat air hidungnya dengan tisu dari terus mengalir. Agak teruk juga dia menangis kali ini. Sudah sekian lama dia tidak menangis sebegitu teruk. Kerana Irfan segalanya mungkin. Di hadapannya terbentang segala khazanah mengenai Irfan yang disimpannya sekian lama. Tidak sanggup lagi dia mahu menyimpannya lagi.

Qrisha bingkas bangun dari katil. Dia mengutip semua yang terbentang di atas katil. Dimasukkannya di dalam beg plastik besar untuk dibuang.

"Semua ni tak patut aku simpan lagi. Aku tak nak hidup dengan kenangan dia!" Dengan geram Qrisha menyumbat yang dirasakan sampah itu ke dalam beg plastik. Diikat ketat-ketat beg plastik itu.

"Hmm, baru puas hati aku! Kau tak ingat langsung kat aku ye! Duduk lah kau dalam beg plastik tu. Lepas ni aku nak buang kau terus dalam tong sampah." Qrisha tersenyum puas. Namun seketika cuma. Bila ingatannya kembali kepada kenangan bersama Irfan, air matanya mengalir lagi.

"Ya Allah... kenapa hambamu ini begitu lemah menghadapi semua ini? Andai sudah tersurat dia bukan untuk aku, lenyapkanlah ingatan aku kepadanya. Agar aku dapat menjalani hidup ini dengan tenang." Qrisha terduduk di tepi katil.

Satu persatu memori bersama Irfan terlayar kembali di mindanya. Pertemuan, perkenalan, perpisahan, dan akhir sekali pertemuan semula yang tidak dijangka di majlis perkahwinan Fyda, rakannya ketika di universiti.

'Do I know you?' masih terngiang-ngiang kata-kata Irfan di telinga Qrisha. Sakit hatinya usah dikata. Hanya dirinya yang mengingati dan merindui Irfan manakala Irfan langsung tidak. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu.

Aziem. Siapa pula Aziem tu? Aku rasa aku dengar pengantin lelaki tu sebut nama Aziem. Hishh, tak kan aku salah orang kot? Biar benar! Kalau betul itu bukan Irfan macam mana? Buat malu betul lah kau ni Qrish! Qrisha mengetuk kepalanya sendiri.

Lagu pillow talk nyanyian zayn malik tiba-tiba kedengaran.

"Siapa pula call aku malam-malam ni?" Qrisha mendapatkan telefon bimbit yang berada di atas meja kecil di tepi sudut biliknya.

"Waalaikumussalam... ya bu. Qrish sihat je. Ibu tak usah la risau. Qrish ok je."

"Kalau macam tu tak apa lah. Ibu telefon ni ada perkara yang nak dibincangkan dengan Qrish."

"Perkara apa tu ibu?"

"Begini, tengahari tadi ada orang datang mahu merisik Qrish. Ibu dan abah dah setuju cuma nak kan keputusan dari Qrish je. Kalau Qrish setuju kita adakan majlis pertunangan bulan depan. Ibu harap Qrish setuju. Ibu tengok mereka tu dari kalangan orang baik-baik. Tak salah kalau kita terima. Lagi pun Qrish bukannya muda lagi. Dah nak masuk 26 tahun dah."

"Ermm... biar Qrish fikir dulu ibu. Nanti Qrish berikan jawapan."

"Jangan lama-lama sangat. Ibu dah berkenan dengan bakal calon menantu ibu tu. Tak sabar dah ibu." Ternganga Qrisha mendengar bebelan ibunya. Ni aku yang nak pilih calon suami ke ibu aku ni? Haishhh...

"Ni, abah nak cakap sikit. Qrish berborak la dengan abah." Ibu Qrish memberikan telefon bimbit kepada suaminya.

"Qrish, ni abah cakap."

"Ya abah. Abah apa khabar? sihat"

"Baru nak tanya khabar abah ya Qrish. Bertuah punya anak."

"heee...sori la abah. Qrish busy sikit kat sini. banyak kerja. Tapi Qrish tak pernah lupakan abah. abah tetap dihati Qrish. Nanti Qrish cuti, Qrish bawa abah pusing-pusing satu KL ni. Abah suka tak?"

"Yelah tu. Ntah bilanya dia nak ambil cuti. Ntah-ntah terus lupa. Abah tak kisah pun Qrish nak bawa abah pusing KL atau tak. Hal Qrish lebih penting lagi sekarang ni. Macam mana? Setuju tak?"

"Alah, abah... Qrish belum fikir lagi la abah. lagi pun Qrish tak kenal siapa yang melamar Qrish tu."

"Dia tu baik budaknya Qrish. abah rasa dia paling sesuai untuk anak abah ni. Abah yakin dia akan membahagiakan Qrish. kata hati orang tua ni tak pernah menipu, Qrish. abah juga yakin bila Qrish tengok je dia terus hati Qrish terpaut. Percaya lah cakap abah ni. Ibu kamu pun dah terpaut sekali tengok je. Ni kan pula anak dia. Abah agak terus ajak kawin kejap-kejap itu juga." Abah Qrisha ketawa geli hati dengan kata-katanya.

"Hish, abah ni... Ada ke macam tu pulak. Malulah Qrish."

"Kalau Qrish tak boleh nak terima abah tak paksa. Ini keputusan hidup mati Qrish. terpulang kat Qrish. yang nak hidup bersama dengan dia adalah diri Qrish. bukan abah dan ibu. Sebagai orang tua, abah dan ibu hanya mampu menasihati dan berdoa yang mana terbaik untuk anaknya. Hanya Qrish yang berhak untuk menentukan hidup Qrish."

Beberapa saat dua beranak itu mendiamkan diri. Qrisha berfikir sejenak. Betul juga kata-kata abahnya itu.

"Emm... baiklah abah. Kalau dah abah dan ibu setuju, Qrish ikut je. Mana yang baik bagi ibu dan abah baik juga untuk Qrish. Qrish percaya pilihan ibu bapa adalah tepat." Senada Qrisha memberitahu jawapan kepada abahnya. Anak matanya singgah pada beg plastik yang telah pun berbungkus. Selamat tinggal kenangan hidupku. Selepas ini aku akan membina kenangan baru dalam hidupku. Qrisha melakarkan satu senyuman pahit.

Stay With MeWhere stories live. Discover now