SWM 4

3.7K 142 1
                                    

Ini adalah perhimpunan pertama yang dihadiri oleh semua pelajar sekolah itu selepas cuti semester berlalu. Hari itu kebanyakkannya dilihat baru. Bau di tapak perhimpunan pun berbau baru. Baju seragam baru, beg sekolah baru, kasut baru, azam pun baru. Qrisha juga tidak ketinggalan. Dengan azam yang baru tahun ini dia mahu belajar bersungguh-sungguh dan akan menyambung pelajarannya di luar negara. Itu adalah impiannya.

Lagu negaraku dinyanyikan. Semua pelajar dan guru-guru berdiri tegak sebagai tanda menghormati lagu kebangsaan. Penuh semangat mereka menyanyikan lagu tersebut. Setelah itu pengetua sekolah pula memberikan ucapan.

"Eh, Anie... agak-agak kau kan kita sekelas lagi tak tahun ni?"

"Itu aku tak tahulah Qrish. Aku harap begitulah."

Qrisha mengangguk. Besar harapannya untuk sekelas bersama Anie semula.

●●●●●●●

Qrisha ditempatkan di kelas 4 dinamik manakala Anie ditempatkan di kelas 4 gemilang

Hmmm.. nampaknya aku dan Anie akan berpisah pada tahun ini dan seterusnya. Tapi tak apa kita orang masih lagi satu sekolah. Masih boleh berjumpa. Qrisha melangkah masuk ke dalam kelas lalu mengambil tempat duduk di tepi tingkap. Sengaja dia memilih tempat itu untuk menikmati pemandangan di luar kelas sekiranya terasa bosan nanti.

Ada beberapa lagi kerusi meja yang masih kosong tidak berpenghuni. Mungkin ada yang tidak masuk lagi. Mungkin pengawas sekolah. Dia orang menjaga sesi orentasi untuk budak-budak form 1 yang masih mentah di sini. Kalau aku tak tolak tawaran menjadi pengawas masa form 3 dulu dah tentu aku pun turut sama dalam program orentasi tu. Hmm... bosannya! Kalau ada Anie kan best. Dapat juga aku bersembang dengan dia. Ini tak melongo sorang sorang kat sini. Apa agaknya si Anie tu tengah buat sekarang kat kelas dia ek? Qrisha memandang sepi ke luar tingkap.

Stay With MeWhere stories live. Discover now