SWM 22

3.5K 121 0
                                    

Orang ramai sudah memenuhi ruang khemah. Meriah suasana ketika itu. Dengan gelak tawa sahabat handal, kanak-kanak berlari riang, orang-orang kampong mengamatkan lagi majlis pada hari itu.

Qrisha duduk menghadap cermin di meja solek di dalam biliknya. Dipandang wajahnya lama. Cantik. Tapi tiada seri. Seolah-olah dia kehilangan jiwanya. Yang tinggal hanya tubuhnya sahaja. Jiwanya dibawa pergi oleh Irfan.

Qrisha menarik nafas kemudian dihembuskan. Dia harus kuat. Irfan masa lalunya yang harus dilupakan. Kini dirinya akan mengharungi hidup bersama seseorang yang bergelar suami. Siapakah dia? Itu akan ada jawapannya sebentar nanti. Aku harus terima dirinya dengan hati yang terbuka. Dia adalah jodohku yang terbaik yang telah Allah wujudkan untukku. Sesungguhnya Allah maha mengetahui segalanya. Berdasarkan ibu, namanya Aziem. Adakah dia seperti Irfan? Irfan lagi! Sudah,sudah la tu Qrisha Dayana... Qrisha menggelengkan kepala. Nama Irfan perlu dihilangkan dari fikirannya.

"Wahhh... cantiknya Along Qis ni. Siapa yang pandang mesti jatuh hati punyalah!" Qistina masuk ke dalam bilik pengantin. Dia mendapatkan kakaknya yang sedang duduk di kerusi di hadapan meja solek.

Qrisha hanya tersenyum mendengarkan pujian daripada adik bongsunya. Qistina memeluk bahu Qrisha dari belakang. Dia mencium pipi kakaknya. Qrisha mengusap pipi Adiknya.

"Ibu mana dik? Along tak nampak pun dari tadi."

"Along ni... Ibu mestilah sibuk mengalahkan bini menteri lagi. Tak cukup kaki tangan nak bereskan majlis Along ni. Kesian ibu..."

"Angah dengan abah?"

"Angah sibuk kat luar jadi kuli tak bertauliah hehe... Abah pulak jadi penyambut tetamu terhormat."

Qrisha tergelak dengan kata-kata adiknya. Rasa geli hati pula dengan tugas-tugas yang disebut oleh adik bongsunya itu. Walau apa pun dia sangat berterima kasih kepada ahli keluarganya kerana sanggup bersusah payah menjayakan majlis perkahwinannya.

"Assalamualaikum..."

Qrisha berpaling melihat gerangan siapakah yang memberi salam. Anie tersengih sebaik sahaja Qrisha menoleh ke arahnya.

"Datang jugak kau minah kaki sibuk! Aku ingatkan kau tak jadi datang tadi. Sedih aku."

"Ish, kau ni minah berangan. Macam la tak kenal aku. Dah namanya aku ni suka sibuk hal kau mestilah minah kaki sibuk ni datang." Mereka bersalaman seperti biasa. Qistina hanya tersenyum melihat telatah dua rakan karib itu.

"Yelah tu... ni kau datang dengan bodyguard kau ke?"

"Tak. Aku datang sorang je. Dia ada hal... Emm... aku rasa macam ada kekurangan sesuatu kat kau. Apa dia eh?" Anie terfikir-fikir sesuatu.

"Apa dia?"

"Aku tengok wajah kau ni tak ada seri."

Qrisha hanya terdiam. Dia tahu itu. Bagaimana mahu ada seri dengan apa yang telah terjadi kepada dirinya. Anie melepaskan keluhan.

"Cubalah kau senyum sikit Qrish... ni tak monyok je aku tengok. Hari ni kan hari bahagia kau. Sepatutnya kau gembira. Yang lepas-lepas tu lupakan jela. Tinggalkan terus. Hari ni kau cuba bina sesuatu yang baru. Fikirkan sesuatu yang akan mengembirakan kau." Anie bersungguh-sungguh menasihati Qrisha. Dia tidak mahu rakannya itu sentiasa dirundung kesedihan.

"Baiklah Anie aku cuba." Qrisha tersenyum indah kepada Anie. Dia harus kuatkan semangat mengharungi semuanya. Keputusan telah pun dibuat. Dia tidak boleh berpatah kembali.

"Haa... macam tu lah! Kan nampak cantik lagi. Berseri-seri. Ni la yang dikatakan seri pengantin!" Anie cuba mengusik Qrisha. Qrisha malu dengan usikan Anie lalu ditamparnya bahu Anie.

"Kau ni Anie suka sangat usik aku la."

"Ok apa. Usik-usikan membawa keceriaan. Apa kata kita ambil gambar dulu. Qis, boleh ambil gambar akak berdua? Akak ni nak juga tumpang Glamor pengantin hari ni. Yela kan sepatutnya aku yang dulu jadi pengantin. Sekali kau potong trait aku. Nak kena denda ni." Anie mengeluarkan kamera digitalnya di dalam beg tangannya.

Qrisha melopong mendengar perkataan denda di mulut Anie. Qistina pula ketawa kecil dengan celoteh Anie itu. Mereka kemudian mengambil gambar bersama.

"Qrish, rombongan pengantin lelaki dah sampai. Semua dah siap?" Ibu Qrisha tiba-tiba menjengah ke dalam bilik.

"Dah bu."

"Kalau macam tu elok la turun sekarang. Sekejap lagi akad nikah akan dijalankan." Ibu Qrisha berpesan lagi.

"Baiklah ibu. Sekejap lagi Qrish turun."

"Ibu turun dulu ya Qrish." Ibunya mengatur langkah menuju ke bawah.

"So Qrish, dah bersedia untuk menjadi seorang isteri solehah?" Anie menepuk peha Qrisha. Qrisha mengangguk tanda dirinya sudah bersedia.

"O.k jom!"

Stay With MeWhere stories live. Discover now