SWM 5

3.7K 147 2
                                    

Hari minggu telah pun berlalu. Kini muncul pula hari yang begitu membosankan bagi semua pelajar tetapi tidak bagi seorang gadis yang bernama Qrisha Dayana Binti Qhaizir idris. Kerana hari-hari begini lah akan menceriakan harinya.

Qrisha mengeliat kecil di atas katil. Tangannya meraba-raba jam loceng yang selalu diletakkannya di kepala katil. Matanya dipisat-pisat beberapa kali. Bola mata yang pada mulanya mengecil kini membesar. Bulat bola matanya kelihatan.

"Hah??? Oh my godddd!!! Late againnnnnnnn!!! " menggelabah Qrisha bangun dari katil. Menderu dia menuju ke bilik air untuk mandi. Tidak sampai berapa saat dia kembali membuka pintu bilik air.

Haihhhh aku lupa ambil tuala lah pula. Sepantas kilat dia mengambil tuala mandi lalu berlalu ke bilik air semula. Selang beberapa minit Qrisha keluar dari bilik air. Kelam kabut dia menyiapkan diri untuk pergi ke sekolah.

"Ibu, Qrish pergi dulu." Terkocoh-kocoh Qrisha menyalami tangan dan mencium kedua belah pipi ibunya. Walaupun telah lewat sudah menjadi rutin hariannya sebelum ke sekolah.

"Minum dulu Qrish..." kata ibunya.

"Dah lambat la bu... hari ni Qrish bertugas membersihkan kelas. Kena cepat ni." Qrisha cepat-cepat mencapai kasut sekolah yang berada di rak kasut. Laju sahaja dia menyarung ke kaki. Setelah siap mengikat tali kasut. Basikal ditunggang menuju ke sekolah.

Alahai, kenapa aku rasa kayuhan aku ni macam lambat je... Aku nak cepat. Termengah-mengah Qrisha mengayuh basikalnya. Kakinya ligat mengayuh pada pedal basikal. Semakin cepat dia mengayuh semakin perlahan pula dirasakan basikal itu berjalan. Peluh kelihatan di dahi Qrisha.

Ponnnnnn!!!

"Opocot! Hei, takda lesen ke apa? Tau la aku ni kecik. Janganla nak hon orang sesuka hati. Kalau aku jatuh masuk longkang tadi tak ke habis !" Qrisha membetulkan kembali basikalnya yang terjatuh. Nasib dia sempat melompat sebelum apa-apa terjadi. Mukanya kelat menahan geram. Sudah lah lambat kini dia lagi lambat kerana bas yang separuh gila itu. Dia meneruskan kembali kayuhannya.

Kini Qrisha sudah berada di perkarangan sekolah. Dia menolak basikal hingga ke bangsal. Selepas mengunci basikal dia terus menuju ke kelas. Tiada guna dia menunggu di kantin seperti kebiasaannya disebabkan dia telah terlewat pada hari itu.

"Geramnye aku dengan bas gila tu. Selalu hon orang sesuka hati dia. Bawa pun laju semacam dah macam kat litar sepang je. Sekali aku jalankan misi aku tak berjalan la kau bas sebab habis skru dan wayar enjin kau aku cabut. Baru kau tahu langit tinggi ke rendah wahai bas " bebel Qrisha sendirian. Dia tersenyum-senyum apabila membayangkan keadaan bas tersebut jika itu benar-benar terjadi.

Qrisha berjalan laju menuju ke kelas. Langkahnya diatur pantas. Takut tidak sempat melakukan tugasnya hari ini. Pasti akan didenda oleh guru bertugas nanti. Malu dia tidak terkira.pasti akan hilang segala imej pelajar berdisiplin di sekolah. Tapi disiplin ke aku? Heheheh... dalam dia meneruskan langkahannya tanpa disangka suatu kejadian yang tidak diingini berlaku. Dia terpijak hujung kainnya sendiri. Qrisha hilang imbangan. Sebaik tubuhnya hampir tersembam mencium lantai sekolah ada tangan tegap yang sempat menyambutnya daripada tersembam. Qrisha cepat-cepat memaut tangan yang menghulurkan bantuan untuknya. Sungguh hatinya gugup sebentar tadi.

Fuhhh... nasib baik aku tak jatuh tersembam tadi. Terima kasihlah kepada tangan tegap yang sambut aku tadi. Tapi... tangan siapa tadi tu eh?

"Awak ok ke?"

"Ok... saya o.k. Tak ada apa-apa." Tergagap-gagap Qrisha menjawab. Dia kemudian mendongakkan sedikit kepala untuk melihat siapakah gerangan yang telah menyelamatkannya sebentar tadi.

Gadddddd!!! alamak!!! Qrisha kembali menundukkan kepala. jantungnya bergetar hebat. Pipinya mula kemerahan.

"Lain kali hati-hati ye bila berjalan tu..." seperti berbisik di telinga Qrisha. Dia berlalu pergi.

Tersentak Qrisha dengan bisikan itu. Haisshhh malunya akuuuuu!!! Dia cepat-cepat berlalu dari situ.

Stay With MeWhere stories live. Discover now