"Hai, boleh saya duduk?" tanya gadis itu.
"Duduklah." Qrisha menghadiahkan senyuman walaupun kala itu hatinya berdebar hebat.
"Ermm, rasanya macam kenal. Kalau tak salah kak Qrish kan?"
Bulat mata Qrish mendengar kata-kata gadis itu. Dia kenal aku? Macam mana dia boleh kenal? Irfan ke yang beritahu? Atau aku pernah berkenalan dengan dia satu tika dulu?
"A,ah... ya saya."
"Kak Qrishhh, tak kan tak kenal Hanna. Hanna adik abang Irfan. Sampai hati dah lupakan Hanna." Hanna buat-buat merajuk. Sebenarnya dia tersangat gembira dapat berjumpa dengan Qrisha.
"Hanna?" Qrisha blur sudah. Jenuh juga dia mengingati sesuatu tapi tidak juga berjumpa jawapan.
"Alah, kak Qrish ni... Hannah Qadrina! Masa tu Hanna baru form 1mm... kak Qrish dah lupa la tu..." Hanna memuncungkan bibir. Gaya ala-ala budak manja. Tidak sedar dirinya sudah pun berusia 22 tahun.
Hanna, Hanna... pernah ke aku bertemu dia ni? Adik kepada Irfan? Qrisha cuba menjana mindanya.
"Hah, baru akak ingat. Kita mula-mula jumpa di kantin sekolah. Waktu tu dah tamat sekolah kan? Hanna ajak abang Hanna tu balik."
"Ha, ingat pun! Kak Qrish apa khabar?" Hanna berpelukkan bersama Qrisha.
"Baik je. Hanna apa cerita sekarang? Dah lain nampaknya Hanna. Dah makin cantik." Puji Qrisha. Tak sangka aku Hanna ni adik Irfan. Macam mana la aku boleh lupa pasal Hanna. Ish, ishhh...teruk betul aku.
"Hahaha... akak ni ada-ada je. Hanna biasa-biasa je. Hanna sambung belajar kat university of Adelaide.ambil management. Eh, abang tak tegur akak ke? Hanna tengok akak dari tadi duduk sorang di sini."
Mendengarkan soalan Hanna membuatkan Qrisha menelan air liur. Apa nak dijawabkan kepada Hanna ni? Fikir Qrish, fikir...
"Err..."
"Abang ni kan memang nak kena! Ada ke patut buat bakal kakak ipar Hanna macam ni. Akak tunggu sini. biar Hanna panggil abang." Hanna bangun dari kerusi. Dia mahu beredar mencari abangnya. Geram dia dengan sikap abangnya yang langsung tidak memperdulikan Qrisha.
"Hanna, tak apa. Tak payah, tak payah. Akak ok je ni." Kelam kabut Qrisha menahan Hanna dari memanggil Irfan. Dia tidak mahu menyesakkan Irfan lagi. Kalau Irfan sudah melupakan dirinya, Dia tidak mahu menyuakan muka di hadapan Irfan lagi. Buat sesak je. Nanti Irfan fikir apa pula. Jatuh maruah aku sebagai gadis melayu.
"Tak apa kak. Abang tu memang sengaja. Bukan Hanna tak tahu. Akak duduk je kat sini. Hanna nak pergi tarik abang ni." Bersungguh Hanna mahu menarik abangnya untuk berjumpa Qrisha.
Qrisha tidak dapat menahan kedegilan Hanna lagi. Dia merelakan jua Hanna. Tiba-tba lampu dimatikan. Semua senyap. Suasana menjadi sepi seketika. terdengar bunyi petikan gitar dimainkan. Beberapa batang lilin dinyalakan api mengelilingi seseorang yang duduk dikerusi bulat sambil memegang gitar.
"Lagu ini saya tujukan khas kepada seseorang yang berada di hati saya tika ini. Dengarlah..." Irfan tersenyum manis. Qrisha yang melihatnya terpegun dengan senyuman Irfan.
Rindunya aku pada senyuman itu... hati Qrisha menjadi sayu. Irfan memulakan nyanyian.
Oh her eyes, her eyes
Make the stars look like they're not shining
Her hair, her hair
Falls perfectly without her tryingShe's so beautiful
And I tell her every dayYeah I know, I know
When I compliment her
She wont believe me
And its so, its so
Sad to think she don't see what I seeBut every time she asks me do I look okay
I sayWhen I see your face
There's not a thing that I would change
Cause you're amazing
Just the way you are
And when you smile,
The whole world stops and stares for awhile
Cause girl you're amazing
Just the way you areHer lips, her lips
I could kiss them all day if she'd let me
Her laugh, her laugh
She hates but I think its so sexyShe's so beautiful
And I tell her every dayOh you know, you know, you know
Id never ask you to change
If perfect is what you're searching for
Then just stay the sameSo don't even bother asking
If you look okay
You know I sayWhen I see your face
There's not a thing that I would change
Cause you're amazing
Just the way you are
And when you smile,
The whole world stops and stares for awhile
Cause girl you're amazing
Just the way you areThe way you are
The way you are
Girl you're amazing
Just the way you areWhen I see your face
There's not a thing that I would change
Cause you're amazing
Just the way you are
And when you smile,
The whole world stops and stares for awhile
Cause girl you're amazing
Just the way you areSebaik habis menyanyikan lagu, Irfan memandang ke arah Qrisha. Pandangan yang penuh romantik menikam anak mata Qrisha. Qrisha jadi terkedu dengan renungan Irfan. Irfan bagaikan ada kuasa mistik yang membuatkan Qrisha tidak berdaya mengalihkan pandangan.
"Qrisha Dayana... This song is just for you... I love you...really love you... and I miss you too...my dear." Dengan tulus hati Irfan mengungkapkannya.
Tepukan gemuruh diberikan sebaik shaja Irfan habis berkata-kata. Qrisha terpana mendengar ungkapan dari Irfan. Dia tidak menjangkakannya langsung Irfan akan berkata begitu. Perasaannya kini bercampur baur. tidak rugilah dia menyimpan perasaan dan menaruh harapan kepada Irfan. Ternyata akhirnya berbalas. Bergetar hebat jiwanya.
Irfan melangkah mendekati Qrisha. Sejambak mawar merah berada di tangannya. para hadirin senyap memerhatikan babak yang penuh romantis yang sedang berlangsung. Ingatkan hanya ada di dalam drama sahaja rupa-rupanya di dunia realiti juga mereka boleh menyaksikan babak seperti itu.
"Qrisha Dayana binti Khaizir Idris... sudikah awak menjadi suri di hati Irfan Qadziem bin Zahirul Rahman?" sesuatu diluar jangkaan Irfan melamar Qrisha.
Qrisha menekup mulutnya. Perasaannya menjadi hiba. Air hangat sudah mula memenuhi tubir mata. Tidak mampu menampung lagi, setitis dua jatuh membasahi pipinya. Pelbagai perasaan yang terlahir di dalam dirinya. Rasa gembira, sedih, gelisah, teruja, dengan pelawaan Irfan.
Ya Allah... apa harus aku buat? Haruskah aku menerimanya? Qrisha seperti dipukau dengan pandangan redup Irfan. Tanpa disedari olehnya, serentak itu jemarinya bergerak mahu mencapai mawar merah pemberian Irfan. Jemarinya yang tersemat cincin bertatahkan berlian tiga butir berkilauan akibat terkena cahaya lampu simbah yang dipasang di situ. Sepantas kilat Qrisha tersedar dari mimpi fantasi lalu dia menarik kembali jemarinya dari terus mendekati jambangan. Digelengkan kepala beberapa kali. Lantas meninggalkan ruang resort tersebut dengan linangan air mata.
Irfan hanya memandang sepi pemergian Qrisha. Semua yang hadir terpinga-pinga dengan kejadian itu. Hanna juga kebingungan. Apa yang sudah terjadi sebenarnya? Hanna menghampiri abangnya.
"Abang, kenapa dengan Kak Qrish? apa yang abang dah buat sampai kak Qrish lari?"
Irfan menjungkitkan bahu. Dia senyum pada Hanna. Jambangan bunga diberikan kepada Hanna. Hanna semakin kebingungan. Dia mengekori abangnya tidak puas hati dengan jawapan Irfan.
"Qrish!!! Qrish!!!" Anie mengejar Qrisha dari belakang. Namun Qrisha tidak mahu mendengar panggilan Anie. Dia meneruskan langkah dengan lebih laju lagi. Sampai sahaja di pakir kereta dia memboloskan diri ke dalam kereta. Enjin dihidupkan. Terus sahaja dia memandu keluar dari perkarangan resort. Biarlah malam ini menjadi titik penghabisan antara dirinya juga Irfan. Biar menjadi sejarah. Qrisha mengesat air mata yang mengalir di pipi.
YOU ARE READING
Stay With Me
Teen FictionQrisha Dayana sudah lama meminati Irfan Qadziem dalam diam. Tanpa Qrisha sedari Irfan juga menaruh perasaan terhadap dia. Dengan bantuan rakan sekelas mereka ditempatkan duduk bersebelahan. Hubungan mereka semakin rapat dari semasa ke semasa sehing...