Waktu persekolahan sudah pun berakhir beberapa minit yang lalu. Qrisha sibuk mengemas barang-barangnya.
"Qrish, saya pulang dulu. Esok kita jumpa lagi! Jangan lupa tau!" Irfan memberi pesanan kepada Qrisha sebelum dia beredar dari kelas.
"Ermm, ok!" Qrisha mengangguk. Tangannya masih lagi sibuk mengemas. Irfan tersenyum senang.
Hah, esok? Bukan ke esok sabtu? Mana ada kelas . Entah apa-apa la si Irfan ni merepek. Qrisha menggelengkan kepala. Dia mengambil pula buku yang berada di dalam laci meja. Sesuatu terjatuh ke lantai apabila buku ditarik. Qrisha mengambilnya.
"Eh, kertas apa ni?" Qrisha membelek-belek cebisan kertas itu. Ada nota yang tertulis di atas cebisan itu.
'Esok, jom temankan saya. Kita pergi Popular. Ada beberapa buah buku rujukan saya nak beli. Saya harap awak sudi temankan saya. Pukul 10.30 pagi. Saya tunggu awak di Mall.'
~Irfan Qadziem~
Qrisha tersenyum riang. Oh, ini rupanya yang dia pesan tadi. Patut la...
Sabtu. Seperti yang dijanjikan. Qrisha menunggu kehadiran Irfan di hadapan pintu masuk pusat beli belah itu. Tepat pada masanya Irfan muncul dengan berpakaian kasual. Jeans dan t-shirt polo berwarna putih menambahkan lagi kesegakkannya.
Wahhh, Handsomenya dia! Tidak berkelip mata Qrisha memandang. Irfan terus menghampiri Qrisha.
"Assalamualaikum... lama tunggu? Maaf, saya lambat sikit." Irfan tersenyum manis.
Alahai Irfan, tolong la jangan senyum macam tu. Buat aku rasa melayang-layang jer... Qrisha terpukau kini.
"Qrish, awak ok ke?" tanya Irfan. Hairan melihat Qrisha yang terdiam tiba-tiba.
"Hah?"
Irfan tergelak kecil dengan kelakuan Qrisha. Ini sah dia tengah berangan lagi la tu. Irfan mengelengkan kepala.
"Tak ada apa la. Jom kita masuk ke dalam."
"Emm...Ok!"
Mereka berdua melangkah bersama memasuki pusat beli belah tersebut. Mereka terus menuju ke Popular. Di sana mereka sibuk memilih buku-buku yang dikehendaki. Setelah selesai memilih buku-buku yang dikehendaki, Qrisha beralih pula ke rak yang menempatkan novel-novel melayu. Qrisha memang berminat membaca novel jika ada kelapangan. Paling dia minati adalah karya dari Aisyah sofea. Betul-betul membina mindanya. Dia membelek satu persatu novel yang berada di rak.
'KOPI SUSU SEPATU BIRU' karya Ruby Hazri menarik perhatiannya. Lantas diambil novel tersebut. Dia membalikkan novel. Dibaca sinopsis yang tertera di belakang.
Hmm... menarik juga novel ni! Tapi harga dia dalam 20 ringgit lebih la. Tak cukup bajet aku. Qrisha meletakkan kembali novel tersebut.
"Kenapa letak balik? Tak jadi beli ke?" Tiba-tiba Irfan muncul di sebelah Qrisha.
Qrisha menggelengkan kepala.
"Lain kali la saya beli. Banyak sangat ni nak bawa." Qrisha menunjukkan buku-buku yang telah diambilnya tadi.
"Ok la, dah habis kan pilih?" Qrisha mengangguk laju.
"Jom kita pergi bayar." Mereka menuju ke arah kaunter pembayaran.
Qrisha membuka beg sandang mahu mengeluarkan wang untuk membayar pembeliannya.
"Qrish, tak apa. Saya bayar. Saya belanja awak hari ni... berapa kak?" Irfan mengeluarkan wang dari dompetnya. Tak terkata Qrisha. Dia hanya membiarkan saja Irfan meneruskan niatnya.
Selesai sahaja membuat pembayaran, mereka melangkah keluar dari Popular. Tidak jauh mereka melangkah Irfan seperti teringatkan sesuatu.
"Eh, Qrish... awak tunggu sebentar di sini. Saya baru teringatkan sesuatu. Ada lagi barang yang saya tak beli." Irfan bergegas kembali ke arah Popular. Qrisha hanya memandangnya sehingga hilang.
Beberapa minit kemudian Irfan kembali dengan senyuman manisnya. Dari jauh dia sudah menunjukkan beg plastik yang telah berisi. Menandakan dia sudah membeli barang dikehendaki.
"Sudah?" Tanya Qrisha.
"Yup!"
"Betul ni? Kot ada lagi barang yang tertinggal dalam list."
"Rasa-rasanya tiada. Everything perfect!" Dengan yakin Irfan berkata.
"Ok. Nak ke mana kita lepas ni?"
"Emm... follow me honey.Lets go!"
Qrisha hanya mengekori Irfan. Tidak tahu ke mana hala tuju mereka selepas itu. Langkah Irfan tiba-tiba terhenti. Qrisha turut sama berhenti.
'BASKIN ROBBINS'
Bulat mata Qrisha memandang signboard di hadapannya. Hah, tak kan nak singgah sini? Irfan ni agak-agak la pun nak bawa aku ke sini. harap-harap cukup la duit aku nak bayar nanti. Kalau tak... masak! Cuci pinggan mangkuk la aku kat belakang tu jawabnya... Riak risau terpancar di wajah Qrisha.
Irfan yang perasan akan riak Qrisha itu hanya ketawa dalam hati. Dia ni sentiasa nak buat aku ketawa jela. Haru betul...
"Kenapa muka awak berkerut tu? Fikirkan sesuatu eh?"
"Tak ada la... mana ada."
"Jangan risau la. Hari ni saya belanja awak."
"Irfan... jangan la macam ni. Dah la tadi buku-buku semua awak bayar. Tak kan makan pun awak nak bayar juga. Nanti saya jadi segan tau dengan awak."
"Kan saya dah kata tadi. I treat you one whole day today. Bukan selalu saya dapat belanja awak ni. Kira beruntung la awak hari ni."
"Awak ni..." Qrisha beralah juga akhirnya.
"Haa... macam tu la kalau nak jadi GF saya."
Hah, GF? Dia kata apa tadi? Ke aku salah dengar. Ah, lantak la. Malas nak fikir. Mereka memilih salah satu meja yang masih kosong. Qrisha menarik kerusi keluar dan terus duduk. Terasa kakinya keletihan.
"Awak nak order apa?"
"Em... saya tak tau menu apa yang sedap kat sini. ikut awak la Irfan."
"Apa-apa pun boleh kan? Ok." Irfan melangkah menuju ke kaunter untuk membuat pesanan.
Qrisha memandang Irfan dari jauh. Lelaki itu tidak perasankan renungannya kerana sibuk membuat pesanan. Tidak jauh dari situ beberapa gadis remaja juga sedang membuat pesanan. Mereka tidak melepaskan peluang untuk menjamu mata memerhati Irfan. Ada juga yang berbisik-bisik sesama mereka. Mungkin kerana Irfan memiliki wajah yang agak tampan dan susuk tubuh yang ideal maka mereka berkeadaan begitu. Irfan hanya tersenyum mesra kepada mereka. Entah mengapa saat itu Qrisha merasakan sesuatu pada dirinya. Sesuatu yang boleh dikatakan perasaan cemburu. Irfan, alangkah bagus kalau kau menjadi milikku...
"Ok here you go. Saya order yang sama dengan saya punya. Tak apa kan?" Irfan menyerahkan semangkuk aiskrim kepada Qrisha.
"Pun boleh... tak ada masalah." Balas Qrisha dengan senyuman manisnya.
Mereka menikmati aiskrim bersama. Sedang enak menikmati aiskrim, Irfan terperasankan sesuatu pada wajah Qrisha. Tergelak kecil Irfan dengan keadaan Qrisha itu. Qrisha memandang Irfan. Berkerut keningnya tidak faham.
Dah, apa kena dengan dia ni tetiba je ketawa. Dia gelakkan aku ke? Ada yang tak kena ke dengan aku? Blur sudah Qrisha.
"Qrisha Dayana... comel betul muka awak bila makan aiskrim ni."
"Hah, muka saya comot ke awak?" Qrisha mahu mengelap mulutnya.
Sebelum sempat Qrisha berbuat demikian, Irfan terlebih dahulu mengelap tepi bibir Qrisha dengan tisu yang disediakan. Terkesima Qrisha seketika. Saat itu romantik sekali. Wajah Qrisha mula merona merah. Irfan tersenyum melihat gelagat Qrisha. Betul-betul comel di matanya. Mungkin juga turun ke hati siapa yang tahu?
YOU ARE READING
Stay With Me
Teen FictionQrisha Dayana sudah lama meminati Irfan Qadziem dalam diam. Tanpa Qrisha sedari Irfan juga menaruh perasaan terhadap dia. Dengan bantuan rakan sekelas mereka ditempatkan duduk bersebelahan. Hubungan mereka semakin rapat dari semasa ke semasa sehing...