"Qrish, aku minta maaf kalau ada salah silap aku kat kau sepanjang kita belajar di kelas ni."
"Kenapa, kau nak tukar sekolah ke Fina?"
"Yup, aku dapat tawaran ke MRSM Balik Pulau."
"Tahniah Fina. Ok aku maafkan. Aku pun sama minta maaf andai kata aku ada salah dan silap kat kau."
"Terima kasih Qrish. Aku pergi dulu."
Qrisha memandang sayu pemergian Fina. Hilang lagi seorang rakan kelasnya kini. Lepas seorang, seorang pergi. Rasa sedih pula dengan kehilangan mereka. Mungkin juga akan berlaku kepada Irfan. Irfan salah seorang pelajar cemerlang di sekolah mereka. Pastinya Irfan akan menerima tawaran dari sekolah-sekolah yang lebih baik lagi.
Oh, tak sanggup rasanya merasai kehilangan Irfan. Tabahkah aku untuk menghadapinya? Semoga aku tabah! Aku yakin aku boleh!
Dan aku, apa aku nak buat di kelas sains tanpa Irfan? Aku tak boleh ĺbelajar subjek sains. Mungkin ada baiknya aku tukar aliran sahaja. Bersedia sebelum apa-apa berlaku. Qrisha nekad. Dia tidak akan teragak-agak lagi untuk membuat keputusan. Langkah diatur menuju ke pejabat sekolah untuk mengambil borang yang dikehendaki.
●●●●●●●
Irfan kembali ke kelas setelah loceng tamat rehat berbunyi. Dilihat kerusi Qrisha masih kosong. Bermakna tuannya masih lagi tidak masuk ke kelas. Irfan membuka buku nota sejarahnya. Seperti ada yang tidak lengkap.
Ah, lupa pula aku nak bawa buku rujukan sejarah. Pinjam Qrish punya dulu la. Mana eh dia letak. Harap-harap ada la dia letak dalam laci meja dia. Irfan tunduk mencari. Dia tertarik satu kertas yang berada di situ.
"Kertas apa ni?" Irfan mengerutkan dahi. Dia terus membaca butiran yang berada di atas kertas itu. Terus air mukanya bertukar riak. Hati menjadi tidak senang. Sebentar nanti aku akan berbincang dengan dia. Borang itu diambil lalu diselitkan di helaian buku rujukannya yang lain.
Irfan berlari anak mengejar Qrisha yang sudah pun ke hadapan.
"Qrish, tunggu!" teriak Irfan dari jauh.
Qrisha menghentikan langkah dan berpaling ke arah suara tersebut. Wajahnya berkerut seribu. Seperti ada sesuatu yang akan disampaikan Irfan. Irfan menghampiri Qrisha.
"Ada apa Irfan? Sesuatu yang penting ke?"
"Ikut saya." Qrisha mengekori Irfan tanpa banyak soal. Mereka menuju ke kawasan yang ada disediakan meja dan kerusi batu untuk beristirehat.
Mereka berdua duduk di situ. Lama mereka terdiam. Qrisha berasa tidak sedap hati dengan berkeadaan begitu lalu dia memecahkan keheningan tersebut.
"Em... Irfan. Ada apa ye? Ada perkara penting ke awak nak cakap pada saya?" Tanya Qrisha ragu-ragu memandangkan wajah Irfan yang nampak tegang tika ini.
"Ada." Irfan terus mengeluarkan sehelai kertas dari buku rujukan yang dibawa lalu meletakkannya betul-betul di hadapan mata Qrisha.
Terbuntang mata Qrisha sebaik sahaja melihat isi kandungan kertas itu. Dia kaget. Lidah menjadi kelu untuk menjawab. Alamak! Macam mana borang ni boleh berada di tangan Irfan? Bukan aku dah masukkan ke dalam beg galas aku tadi? Haishhh... apa aku nak jawab ni??? Qrisha menggigit bibir.
"Kenapa Qrish? Kenapa dengan tiba-tiba awak ambil keputusan begini? Tak nak bincang langsung dengan saya!" Irfan terkilan dengan tindakan Qrisha. Dia sama sekali tidak setuju dengan keputusan yang dibuat Qrisha. Sebolehnya dia mahu Qrisha meneruskan perjuangan sehingga ke akhir dalam mengambil aliran sains tulen.
Qrisha melepaskan keluhan. Seketika dia menarik nafas. Irfan harus tahu bukan mudah untuk dia meneruskan perjuangan di kelas sains. Tambah-tambah ketiadaan Irfan nanti. Apa akan terjadi kepada dia?
"Irfan... sebenarnya saya dah tak tahu nak fikir macam mana lagi. Saya takut saya tak dapat bawa subjek sains ni. Saya bukannya bijak seperti awak. selama ni pun awak yang banyak tolong saya dengan mengajar saya. Kalau tak saya tak tahu la macam mana. Mungkin saya akan ketinggalan. Saya dah fikir lama benda ni... Sekarang ni ramai kawan-kawan kita yang pindah sekolah. Mereka semua dapat tawaran belajar di tempat yang lebih baik lagi. Tak mustahil awak pun akan pergi juga. Awak kan salah seorang pelajar cemerlang di sekolah ni. Dan saya, apa akan jadi pada saya selepas ketiadaan awak nanti?" bergetar nada suara Qrisha berbaur sebak. Setitis air mata jatuh dari tubir mata.
Irfan yang melihat merasa bersalah di atas keterlanjuran kata-katanya sebentar tadi. Lantas diraup mukanya beberapa kali. Setelah mendapat ketenangan dia menghampiri Qrisha. Dengan tiba-tiba dia melutut di hadapan Qrisha. Tersentak Qrisha dengan perlakuan Irfan itu. Serba salah Qrisha dibuatnya. Namun sebelum sempat Qrisha bersuara...
"Qrish... I'm so sorry... sorry for my words. I didn't mean that. Saya cuma nak yang terbaik buat awak... baiklah... demi menolong awak, my beautiful and sweet bestfriend saya janji saya takkan tinggalkan awak!" Irfan mengangkat tangannya seperti berikrar. "Saya juga tak kan tukar mana-mana sekolah dan saya akan membantu awak walau apa jua rintangan yang melanda. Belajar di mana-mana pun sama sahaja kan? Asalkan ada usaha dan daya juang yang tinggi akan beroleh kejayaan akhirnya."
Sungguh terharu Qrisha mendengarnya. Air matanya tumpah kerana kegembiraan.
"Alah, jangan la nangis. Ni bukannya kisah sedih. Cengeng la awak ni Qrish." Sengaja Irfan mengusik Qrisha supaya Qrisha tidak merasa sedih lagi.
"Mana ada saya sedih. Saya nangis ni sebab gembira. Awak mana nak tau."
"Betul la aku memang tak paham pasal perempuan ni..." Irfan menggelengkan kepala.
"Irfan, terima kasih."
"Keranamu aku relakan segalanya... lagi pun belajar bersama awak best apa?" Irfan mengenyitkan matanya. Terpana Qrisha dengan kenakalan Irfan itu.
"Irfannnn!!!" Qrisha mengacah mahu memukul Irfan. Irfan buat-buat mengelak. Qrisha tersenyum akhirnya dengan usikan Irfan itu. Kenangan yang tak bisa dia lupakan.
YOU ARE READING
Stay With Me
Teen FictionQrisha Dayana sudah lama meminati Irfan Qadziem dalam diam. Tanpa Qrisha sedari Irfan juga menaruh perasaan terhadap dia. Dengan bantuan rakan sekelas mereka ditempatkan duduk bersebelahan. Hubungan mereka semakin rapat dari semasa ke semasa sehing...