SWM 8

3.2K 135 4
                                    

Senyuman Qrisha terus terbawa-bawa sehingga melangkah ke kelasnya. Terngiang-ngiang suara irfan mengucapkan kata-kata sebentar tadi di cuping telinganya. Terasa sungguh bahagia saat itu. Seperti dunia berhenti berputar. Masa terhenti untuk seketika.

"wehh apa yang kau berangankan tu sampai tersenyum-senyum seorang diri Qrish? Kau ingatkan siapa ni?" Rose menepuk bahu Qrisha dari belakang. Sejak dari tadi dia melihat Qrisha begitu. Tidak henti-henti senyumnya. Dah angau ke apa?

"Hah? Eh... tak ada apa-apa lah Rose. Aku cuma terkenangkan kenangan manis aku zaman aku kanak-kanak "

"Ye ke? Bukan berangankan pakwe ke?" Rose tersengih di hadapan Qrisha.

Hish, Rose nih... betul-betul soalan maut tu. Macam mana aku nak jawab ni?

"Eh, mana ada. Setakat aku ni siapa la yang nak kan? Seorang yang biasa-biasa saja. Lagi pun aku tak nak pikir lagi pasal pakwe. Yang penting sekarang ni pelajaran kita. Tu yang menentukan masa depan kita. Betul tak?"

"Betul tu Qrish apa yang kau cakapkan. Pelajaran yang harus diutamakan sebab ia akan menentukan di mana kita berada akan datang. Pakwe tu bila-bila masa boleh dicari kan?"

"Tahu pun. So tak payah la sebut pasal pakwe-pakwe ni. Benda tak penting pun untuk kita waktu sekarang."

"Tapi kalau dah ter " fall in love" nak buat macam mana tu?" Rose menjungkitkan keningnya.

Gulpp! Qrisha telan liur. Emm... kenapa soalan si Rose nih bakal mencekik aku?

"emm... itu kau fikir sendiri la." Sengih Qrisha di hadapan Rose.

"Apa-apa jela Qrish..." Rose beredar dari meja Qrisha menuju ke mejanya.

Qrisha menarik nafas lega. Lepas satu beban. Dia kemudian menarik keluar sebuah buku teks dari beg sandangnya untuk dibaca. Dia mula menyelak helaian demi helaian buku teks itu.

Mak aihh... susah juga pelajaran fizik ni. Kena ingat formula segala bagai. Mati aku! Siapa nak tolong jadi cikgu yang tak bertauliah aku ni? Qrisha menggaru-garukan kepalanya yang dilapisi tudung putih. Tidak dihiraukan keadaan sekeliling.

"Ehem...excuse me."

Tersentak seketika Qrisha apabila mendengar satu teguran yang begitu hampir dengan telinganya. Seperti kenal dengan suara tu. Siapa ya? Dengan perlahan Qrisha mendongak ke atas. Terbuntang matanya apabila melihat figura di hadapan. Mahu melompat jantung time tu. Nafas sudah tidak teratur. Dengan tiba-tiba Qrisha bangun dari kerusinya. Buku yang berada di atas meja tertolak ke tepi sampai ianya terjatuh ke lantai. Irfan yang melihatnya menjungkitkan kening.

Haishh, macam mana la buku tu boleh jatuh? Aku tertepis kuat sangat ke? Tulah terkejut sangat kot. Dia ni la punya pasal. Bikin malu aku jer. Qrisha mengigit bibir. Baru sahaja Qrisha tergerak untuk mengambil buku itu kembali, Irfan dengan pantas membongkokkan badan mencapai buku yang terjatuh di atas lantai. Dia meletakkan kembali buku itu di atas meja Qrisha.

"em...thanks." Qrisha sekali lagi jadi gagap apabila berhadapan dengan Irfan. Tak tahu la kenapa. Mungkin Irfan ada aura yang menyebabkan Qrisha boleh jadi gagap. Aduhh, kesian kau Qrisha.

"It's ok. Emm... kat sebelah meja awak tu kosongkan?" Irfan menunjukkan ibu jari ke arah yang dimaksudkan.

"Hah, aah...ya!" Qrisha mengangguk kecil. Dia sudah berasa tak senang duduk. Tak kan la Irfan nak duduk sebelah aku ni...

"Irfan, memang tempat kau pun di situ. Kami dah susun sebentar tadi." Zahlia, penolong kelas 4 dinamik tiba-tiba mencelah.

Stay With MeWhere stories live. Discover now