Bab 9

29.5K 799 19
                                    

"Wake up and eat, Nurin Syatilla.." Kejut Naufal Adryan. Rambut Syatilla yang telus itu dibelai lembut.

Teringat apa yang dia hampir lakukan semalam. Mungkin isterinya akan bertambah benci pada dia. Naufal tekad untuk beri dia masa. Mungkin.

"Hmm.. pergilah." Tolak Syatilla perlahan.

"Wake up.. Kejap lagi polis datang nak siasat, peguam arwah papa pun nak datang."

"Kacaulah. Pergi sana, saya benci tengok muka awak !" Marah Syatilla.

"Syatilla awak marah?" Tanya Naufal.

Syatilla menurunkan selimut yang menutupi mukanya. Muka Naufal dipandang tajam.

"Eh taklah.. suka !" Perlinya.

"Kalau suka kita buatlah.. walaupun dah pagi, kita ada banyak masa." Usik Naufal Adryan. Dia tersenyum nakal.

Syatilla tahu Naufal hanya mengusik tapi hatinya tidak sedap. Lebih baik bangun sebelum dingap.

"Keluar. Saya nak mandi."

"Saya tunggu dekat bawah. Cepat siap ya sayang.."

Naufal Adryan terus melangkah ke ruang tamu bawah sementara Syatilla membersihkan badan.

Titt titt.

From: Unknown

Aku bagi kau bahagia dulu dengan dia Naufal Adryan.. kau lindungi dia sebab nanti, dia akan ikut jejak bapak dia pergi neraka !

Naufal Adryan terkejut. Dia segera mendail nombor tersebut tetapi tiada dalam perkhidmatan.

"Siapa kau?!" Marah dia.

"Naufal, awak kenapa?" Tegur Syatilla yang sedang menuruni anak tangga.

Naufal Adryan gugup. Dia lebih memihak untuk diam, ini juga untuk keselamatan Syatilla sendiri.

"Tak ada apa apa.." Jawab Naufal Adryan. "Jom.. kita makan." Tambahnya lagi. Menutupi kegugupan.

"Tahulah.." Bidas Syatilla.

﹏﹏﹏﹏﹏

"Kami akan segera menyiasat kes ni, harap puan dan tuan bersabar dahulu. Satu lagi, tolong berhati hati. Mungkin dia akan bertindak lagi selepas ni" Panjang penyiasat itu memberi mukadimah. Syatilla hanya menadah telinga, dia tahu semua itu.

"Terima kasih tuan, saya harap semua ni dapat diselesaikan. Cari pembunuh tu." Naufal Adryan berkata.

"Kalau tak ada apa apa lagi, saya balik dulu.." Pamit penyiasat itu tadi.

"Tuan, saya ada sesuatu nak cakap." Tahan Naufal Adryan. Dia memberi isyarat pada Syatilla untuk masuk kedalam.

"Sebenarnya pagi tadi saya dapat mesej ni." Naufal Adryan memberi telefonnya. Ternyata penyiasat itu terkejut dengan mesej yang Naufal dapat.

"Saya nasihatkan tuan jangan mudah terpedaya. Ini mungkin perangkap dia untuk menjerat puan Syatilla. Kalau benda ni berterusan, laporkan pada pihak saya."

"Kalau macam tu, terima kasih tuan
." Ucap Naufal Adryan. Dia menghantar penyiasat itu ke pintu pagar hadapan.

"Saya pergi dulu, assalamualaikum." Pamit penyiasat itu.

"Waalaikumsalam" Jawab Naufal
Adryan. Kakinya melangkah ke ruang tamu. Mendapatkan tubuh Syatilla.

"Ish apa ni Naufal, Mak Mah nampaklah nanti !" Marah Syatilla. Tangan Naufal Adryan yang memeluk pinggangnya cuba dileraikan.

Suamiku Bitchboy [ √ ]Where stories live. Discover now