Bab 28

14.7K 334 18
                                    

"Hai Ad.. " Sapa seseorang. Naufal Adryan hanya memandang sekilas. Air setan dihadapan mata diteguk perlahan.

"Ad, malam ni I nak you... My gigolo, please. " Wanita itu menggodanya dengan belaian manja. Tapi Naufal hanya membiarkan sahaja. Hari ni mood dia tak ada so, dia tolak ajakan wanita murah tu.

Nak hina orang terhina diri sendiri juga. Dia apa kurangnya. Cari duit guna maruah sendiri. Nasib bukan dia seorang buat macam tu.

Cuma, Naufal Adryan bukan geng kunyit. Macam dekat meja sebelah. Bercumbu lelaki dengan lelaki.

Sekali pandang macam Bejat.

Kah!

Tak mantap agakanya bini dia sampai sanggup cari 'burung'. Pelik. Nafsu lelaki hanya pada perempuan, dan tergoda dengan perempuan. Macam mana boleh timbul kunyit?

Lelaki mutasi.

Naufal menggelengkan kepalanya. Tiba tiba tubuhnya dirangkul kemas. Terkujat badannya. Dia langsung tak menoleh.

"Sampai hati you Ad, tinggalkan I.. I nak you Ad. I sanggup bayar you more then Syatilla bayar you.. " Gadis itu menangis. Habis basah baju Naufal Adryan.

"How do you know about —

"I know everything Adryan.. " Tukas dia memotong percakapan Naufal Adryan. Lelaki itu tersenyum manis.

Moodnya kembali.

"Betul you nak I malam ni Fiza? " Soal Naufal. Bahu gadis ltu dirangkul. Ada harapan di mata gadis itu apabila Naufal Adryan pantas memulakan langkah.

"I always know you gonna be mine.. " Bisiknya lalu membenamkan bibirnya bersama bibir Naufal.

Tenggelam dengan dosa mereka. Dia lupa, lupa bahawa ada manusia yang menunggunya dirumah. Dasar lelaki mata ke ranjang.

——————-—

"Aiena aku perasaan sesuatu. " Syatilla memberhentikan langkahnya. Siapa tadi tu?

"Kenapa ni babe? " Soal Aiena hairan. Tiba tiba perasan, perasan apa? Leher Aiena jinjang menjenguk, tapi tak ada siapa pun.

"Nurin! " Sapa seseorang dari arah bertentangan dengannya. Nurin Syatilla mengukir satu senyuman. Pahit kaw!

Saat begini dia perlu hadir menyapa aku? Erghh enough. Dia dah musnahkan hidup kau Syatilla. Stay away.

"Selangkah kau datang ke sini, aku akan menjerit. " Ugutnya. Langkah lelaki itu terus berhenti. Dia tidak mahu suasana kecoh tapi sudah begitu lama dia mencari Syatilla.

Setelah mendapat khabar bahawa Naufal Adryan meninggalkan Syatilla dia senang hati. Dendamnya pada keluarga itu turut terbalas akan tetapi hatinya tidak boleh menipu.

Rasa sayang pada Nurin Syatilla begitu dalam. Dia sanggup tolak ke tepi semuanya dahulu demi gadis itu.

Tapi tetap dipilih Naufal Adryan. Aku yang depan mata ni bukannya nak pandang. Padan muka kena tinggal dengan laki sendiri.

"Nurin please, saya buat benda ni bersebab okey. You don't know anything about Naufal. Macam mana dia bangunkan syarikat Papa. Dia guna duit haram dia Nurin. " Jelasnya. Syatilla tersenyum senget. Kau pun apa kurang? Munafik.

"Enough Daniel. Aku tak nak dengar apa apa. Bagi aku kau punca dia tinggalkan aku. And I hate both of you. Bye! " Tukasnya kemudian melangkah kaki pergi meninggalkan Aiena.

Syatilla never change. Dah marah, pakai tinggal je orang.

Daniel menggenggam erat jemarinya. Macam mana nak matikan Naufal terus dari fikiran Syatilla? Tapi dia tersenyum kembali, Syatilla tidak membencinya seorang.

Dia akan ambil kesempatan ini untuk menangi hati wanita itu. Since Naufal pun dah tak ada kan?

"Syatilla wait. " Tahan Aiena mengah. Rasanya tinggi mereka bukanlah jauh sangat. Tapi besar betul langkah sahabatnya ini. Lenguh kaki mengejar.

"Aku ingat nak pergi pejabat agama lah esok. " Putus Syatilla. Dahi Aiena berkerut. Pahal lak?

"Aku nak minta fasakh. " Sambungnya. Jelas wajah Aiena terkejut dengan keputusan Syatilla.

Orang Marikh betul.

"Kau gila Tilla? Ehh kalau kau cerai fasakh, ni maknanya cerai kali kedua tau. Kau biar betul? " Sangsi Aiena. Biar berfikir dulu sebelum bertindak.

"What? Daripada dia gantung aku tak bertali macam ni. Buat hidup aku terseksa lebih baik aku cerai fasakh je. Biar mahkamah tentukan.

Lagipun kalau kitorang ditakdirkan berjumpa dan aku minta cerai untuk kali kedua kau fikir senang dia nak lepas walaupun khuluk? " Panjang berjela Syatilla berkata. Puas hatinya dapat luah.

"Yaa kau betul, but still aku nak kau fikir dulu. Biarlah lepas kau jumpa dia or tak. Kau kena fikir. Ni bukan kali pertama. " Tegas Aiena menasihati sahabatnya. Telinganya mengamati setiap perkataan yang keluar dari mulut Syatilla. Dasar perengus. Nasib baik aku sayang kau Tilla.

————————

"Assalamualaikum Abang Zhaf.. " Gadis yang bernama Ayu menyapanya. Zhafran tersenyum senang. Ayu sememangnya manis, beruntung siapa yang dapat miliki dia.

"Abang Zhaf, Tok mana? Ni ada lauk sikit mak masak untuk Abang dengan Tok. Nah " Hulurannya disambut oleh Zhafran. Ayu tidak terus pulang ke rumah malah melabuhkan punggung berhadapan dengan lelaki itu.

"Abang macam mana? " Tanya Ayu prihatin. Dia melihat Zhafran dengan pandangan lain macam. Sebenarnya suka, Ayu suka Abang Zhafran. Cakap jelah tak payah ushar ushar.

"Okey, cuma kadang kadang kaki ni kebas sikit. Ayu macam mana, dapat tak kerja dekat Kuala Lumpur sana? "

"Tak tahu lagi, interview pun tak panggil lagi ni.. " Katanya bernada sedih. Inilah satu satunya peluang dia untuk melangkah ke dunia luar. Jika tak dapat terpaksalah duduk dikampung tunggu orang masuk minang.

Nak tunggu Abang Zhafran, diri lelaki itu tidak terurus lagi. Keadaan dia tak stabil, kerja tak ada apa tak ada. Masih lagi duduk dikerusi-roda. 

Apalah nasib.

"Ayu !!! Buat apa lama lama tu hah?! Kau hantar lauk ke buat balik lauk tu?! " Perli suara perempuan tua disebelah sana. Ayu terus berdiri dan pulang ke rumah meninggalkan Zhafran.

Malunya.

***

Suamiku Bitchboy [ √ ]Where stories live. Discover now