"Jangan bergerak"
Niehana terperanjat. Dia ada dua pilihan, sama ada tembak atau serah diri.
"Letakkan senjata anda !!" Arah polis tersebut. Perlahan lahan mereka mendekati Niehana.
"Jangan datang dekat kalau tak aku tembak perempuan tua ni !!!" Marah Niehana.
"Hana please. Jangan apa apakan mama." Rayu Syatilla sekali lagi. Dia mengerahkan kakinya untuk berdiri.
"Hah ! Kau diam. Semua ni kau punya pasal. Kau yang cari nahas !!!" Marah Niehana. Pistol yang berada dalam genggamannya dipegang erat
Dan...
Pengg !!
Tembakan dilepaskan oleh Niehana sebelum sempat polis bertindak. Syatilla terjelopok jatuh sekali lagi. Badannya mula lemah. Darah pekat sekali lagi mengalir keluar dari dalam badannya. Kali ini lebih perit.
"Syatilla..." Panggil seseorang. Syatilla dipangku. Matanya memerhati sekeliling. Puan Sri sedang dibantu oleh Polis.
"Tangkap dia !" Arah ketua unit pada anak buahnya. Niehana segera digari sebelum dia melarikan diri.
Niehana menjerit kuat.
"Niehana Amilya awak ditahan atas tuduhan membunuh dan cubaan membunuh, awak berhak tutup mulut dan upah peguam bela. Sila ikut kami ke balai. Beri kerjasama anda." Polis itu menolak Niehana menuju ke kereta.
Syatilla memerhati anak mata Niehana yang tajam dan penuh dendam memandangnya.
"Syatilla, kalau ini pengakhiran buat aku.. ia baru je bermula untuk kau !" Kata Niehana sebelum masuk ke dalam perut kereta polis. Sempat lagi dia menghadiahkan senyuman sinis.
Syatilla menarik nafas. Puan Sri dipandang sepi. Air matanya bergelinang, menahan sakit.
"Mama, I'm so sorry. Naufal, tolong mama, saya nak jumpa mama."
"Mama polis akan uruskan dulu. Awak yang penting sekarang ni. Kita pergi hospital."
Segera tubuh Syatilla dipapah lalu dia masuk kedalam kereta. Naufal Adryan menghidupkan enjin kereta lalu membelah jalan menuju ke hospital.
Syatilla ditempatkan di wad kecemasan. Kecederaan diperutnya segera dirawat oleh doktor.
"Doktor dia macam mana?" Soal Naufal Adryan terus setelah doktor keluar dari wad kecemasan.
"Boleh saya tahu encik ni siapa?"
"Saya suami dia."
"Baiklah. Mujur peluru yang berada didalam badan isteri encik tidak merosakkan apa apa organ dalam badan dia. Dia selamat." Terang doktor panjang.
"Alhamdulillah.. boleh saya melawat dia sekarang?"
"Kami akan pindahkan dia dalam wad biasa, lepastu baru boleh melawat." Beritahu doktor.
"Baik. Terima kasih doktor." Ucap Naufal Adryan senang.
Naufal mengambil langkah ke bilik air dalam keadaan tergesa gesa dan tidak sengaja terlanggar seseorang.
"Sorry miss, im so sorry." Ucap Naufal Adryan kemudian menyambung perjalanan ke tandas.
Gadis itu terpinga. Kaku dan terpaku disitu.
"Adryan..." Nama Naufal Adryan di panggil perlahan.
﹏﹏﹏﹏﹏
"Syatilla." Tangan isterinya dipegang lembut.
Syatilla membuka matanya perlahan lahan. Senak diperut cuba dia tahan sedayanya.
"Naufal.. mama mana? Please, saya nak jumpa mama. Saya nak minta maaf dekat dia. Naufal, tolong bawa saya pergi jumpa mama." Pinta Syatilla berkali. Tangan Naufal Adryan dipegang kuat.
Merayu dalam tangisan.
"Syatilla look, I need to tell you something." Naufal Adryan memegang bahu Syatilla. Ditenangkan dulu isterinya yang bagaikan meracau.
"Mama.. mama.." Panggil Syatilla.
"Syatilla dengar sini. Mama dah tak ada. Mama dah meninggal masa perjalanan ke hospital. Dia kena heart attack." Beritahu Naufal.
Syatilla terdiam. Mulutnya tertutup rapat, hanya air mata yang bergelinang. Berita ini.
"Tak.. Naufal saya tak minta maaf lagi dengan mama. Saya nak jumpa mama. Mama !!" Raung Syatilla kuat.
Naufal Adryan cuba menenangkan Syatilla namun Syatilla meronta kuat.
"Doktor !! Nurse ! Tolong saya." Jerit Naufal Adryan.
Syatilla kembali tenang setelah disuntik oleh doktor. Kasihan Naufal Adryan melihat isterinya dalam keadaan begitu.
﹏﹏﹏﹏
Dua hari Syatilla terperap didalam bilik, tidak makan tidak minum. Duduk termenung ke luar tingkap.
"Syatilla..."
"Naufal, saya nak jumpa mama. Saya tak minta maaf lagi dekat dia. Saya nak peluk dia. Banyak dosa saya dengan dia."
Syatilla berdosa. Dia menyesal, sungguh dia menyesal. Mamanya berada dalam keadaan susah, tetapi dia menyalahkan Puan Sri kerana kematian papa.
Jika boleh dia putarkan kembali masa. Ingin sahaja dia mencari Puan Sri. Minta maaf sebelum semua ini terjadi. Tetapi apakan daya.
Takdir Allah. Kita sebagai manusia harus redha.
"Syatilla jangan macam ni. Saya yakin mama dah maafkan awak. Awak kena redha, ingat Allah. Semua ni bukan salah awak"
Syatilla mendakap tubuh Naufal Adryan. Dipeluknya kuat.
"Maafkan saya Naufal. Saya banyak dosa dengan awak. Saya derhaka terhadap awak, mama dan papa. Cukuplah saya tak dapat minta maaf dari mereka, saya perlukan kemaafan awak."
"Awak tahu saya dah lama maafkan awak. Awak isteri saya dunia akhirat. Saya sayang awak Syatilla." Kata Naufal Adryan lembut. Dia mengemaskan pelukannya pada Syatilla.
Rambut isterinya dibelai perlahan. Hatinya bersyukur Syatilla mula berubah. Ini juga hikmah disebalik apa yang berlaku.
"And now, jom makan. Kalau awak nak jadi isteri yang baik. Isteri yang baik dia selalu dengar cakap suami dia." Beritahu Naufal Adryan.
Tangan Syatilla ditarik ke meja makan. Semuanya sudah siap terhidang. Syatilla tepaku.
"Mak Mah !" Panggilnya.
"Syatilla.. Ya Allah, rindunya Mak Mah !" Kata Mak Mah dalam tangisan.
Dia dan juga Syatilla berpeluk erat. Betapa rindunya dia pada Mak Mah.
"Sudah jangan menangis. Tilla makanlah, ni semua Mak Mah yang masak. Sedap tau, mesti Syatilla rindu kan?"
"Yelah.. Syatilla rindu dekat Mak Mah. Mak Mah satu satunya ahli keluarga Syatilla yang masih hidup"
Mak Mah mengerling ke arah Naufal Adryan. Ada senyuman dibibirnya.
"Siapa kata Mak Mah seorang? Tu, suami Tilla. Dia kan ahli keluarga Syatilla juga"
Syatilla tersenyum.
"Maaf abang. Syatilla terlupa."
Segera mulutnya ditutup.
Senyuman Naufal terus naik ketelinga. Dia tidak salah dengar.
"Cuba sebut lagi perkataan tu. Terasa macam best pula dengar. Hati ni sejuk." Usik Naufal Adryan.
"Janganlah.. malu dekat Mak Mah."
Syatilla tersenyum. Senyuman pertama dan ikhlas untuk Naufal Adryan.tbc.
Typo? Ignore it.
![](https://img.wattpad.com/cover/63267956-288-k660548.jpg)
YOU ARE READING
Suamiku Bitchboy [ √ ]
RomanceActually, memang tak tahu nak buat desc macam mana. enjoy reading ! Highest ranking : #1 in romance #2 in drama #1 in Malaysia