Bab 34

27.2K 722 125
                                    

"Innalillahwa'inalillahirojiun. Allah lebih sayangkan dia. Kita kena lepaskan walaupun perit. Inshaa Allah dia akan ditempat orang orang beriman. Amin. " Daniel memandang sekujur tubuh yang terbaring di lantai.

Nurin Syatilla.

Kanser rahim yang dialaminya selama empat tahun kian membesar dan akhirnya meragut nyawa wanita yang dia sayangi. Memang dah tertulis, jika tak ada jodoh di luth mahfuz tak adalah buat mereka.

Kun faya kun. Jadi, maka jadilah ia.

Daniel sudah memaklumkan perkara ini kepada Naufal Adryan. Lelaki itu sedang menuju ke masjid berdekatan rumahnya. Sungguh sayu hatinya melihat Syatilla pergi menghadap illahi. Tapi sebagai hamba Allah, dia redha.

Kematian itu pasti menimpa. Biarlah walaupun engkau ada pangkat yang besar atau miskin.

"Daniel.. " Naufal memegang bahu Daniel. Kuat. Air mata yang mengalir langsung tidak diusik. Dia hanya membiarkan air jernih itu meluah segala perasaan dalam dadanya.

Tok Abah sudah menadah tangan membaca doa untuk Syatilla. Dia gembira melihat wajah pucat itu berseri seri.

"Abang, kita kahwin memang untuk bercerai ehh? "

Naufal terduduk di sisi Syatilla.

"Siapa cakap? Kalau ada suami isteri bercerai tu, itu hanya kata kata je. Tapi hati— tak. Sebab tu kita tengok ada je orang rujuk balik. Tak payah ambik jauh jauh. Kita ni pun dah boleh buat contoh. Asal tanya? "

Air mata lelaki itu mengalir sederas derasnya. Satu persatu ingatannya kembali.

"Taklah, sebab satu hari nanti kita akan bercerai juga. Sebab sayangkan sakit. Baby ni lagi, Tilla takutlah. "

"Tak payahlah keluar topik ni. Abang takut tersilap cakaplah nanti.. "

"Ermm, yelah. Tapi once Abang ceraikan sayang lagi. I'm promise you, I will leave you forever. "

"Abang ikut. "

"Tak payah. Sebok je.. "

Daniel memaut bahu Naufal.

"Apa yang dia janji, dia tunaikan. Kenapa aku boleh lupa perkara tu? "

Yassin ditangannya digenggam kuat.

"Abang, sayang takutlah. Anak kita macam mana? Abang jawablah! Jangan buat Tilla macam ni please... Jangan tinggalkan Tilla. Sayang dah tak lama. "

"Abang. Abang dah janji.. Tolonglah, tunaikan janji Abang! "

"Tilla akan tunggu Abang. Tak kira berapa lama sekali pun. Tapi bila kita dah jumpa lagi, Tilla janji tu kali terakhir Abang tengok sayang. I love you Naufal Adryan. "

Wajah diraup banyak kali. Yassin dibuka lalu dibaca. Sesekali tu Naufal berhenti. Dia tak mampu untuk teruskan tetapi ingatannya tetap tak berhenti mengisi ruang dalam fikiran.

Perkara yang dia ambil remeh sehinggalah perkara paling besar yang berlaku padanya. Tidak berhenti dari menusuk.

Naufal terbatuk.

"Zaf.. Teruskan baca tu. Tak elok tangguhkan bacaan. Lagipun kita kena segerakan urus jenazah ni. " Pesan Tok Abah. Naufal beristighfar perlahan. Dia memegang kepalanya.

"Saya banyak buat salah dengan awak Naufal. Sepanjang kita jadi suami isteri. Saya mohon, awak maafkan saya. Maafkan saya. "

Dia terjerit kecil. Ya Allah kenapa ni?

"Syurga itu indah. Kalau Abang pergi dulu, sayang nak Abang tunggu sayang. Kalau Tilla pergi dulu, ermmm.. Nak ke tak eh? "

"Kita namakan anak kita Syuhadah. kalau lelaki, Naim. "

"Doakan saya okay? "

Tok Abah menyambut badan Naufal apabila lelaki itu terbaring kesakitan. Dia meronta.

"Ya Allah... Imam, kain ada tak? "

Daniel mendapatkan Naufal setelah kain bersih sudah berada ditangan. Hidung Naufal berdarah teruk. Lelaki itu tidak habis menekan kepalanya.

"Sakit! "

"Zaf bawak mengucap Zaf.. Hidung kamu berdarah ni " Tok Abah memegang badan Naufal sementara Daniel mengelap hidung lelaki itu.

Naufal menggelengkan kepala. Dia menolak Tok Abah lalu pergi ke dinding. Kepalanya terlalu sakit untuk duduk bertenang.

"Tilla sayang Abang. Abang sayang Tilla? "

"Berhentilah!!! Arghh.. " Jerit Naufal kesakitan. Dia menghantukkan kepalanya. Daniel yang melihat terus menjatuhkan tubuh Naufal menyembah ke lantai.

"Bawa mengucap Naufal. Kau tengah sakit ni. " Daniel cuba menenangkannya. Naufal Adryan terbaring lemah, kepalanya masih lagi sakit. Dia tak boleh berhenti mengerang.

"Kahwin tu bukan sebab nak bercerai je kerja. Satu pasangan tu bercerai sebab tak ada sefahaman, tak ada sayang. Tapi tak semestinya sebab tu je. Ada juga orang bercerai tapi kasih sayang mereka masih dihati.

Cuma kadang rasa tak nak bina syurga dunia. Tapi nak bina syurga akhirat. Betapa bahagianya satu pasangan tu bila meninggal pada hari yang sama.

Dengan izin dari Allah, mereka boleh memiliki syurga. Hati kita ni berbolak balik, tak tetap. Setiap orang ada cerita yang berbeza. "

Naufal menarik nafas panjang. Air matanya mengalir dari ekor mata. Hatinya mengucap syahadah.

Saat ini dia bergentung nasibnya pada Allah. Atas segala dosanya, pahalanya. Janjinya pada Allah.

"Asyhadu— " Naufal menahan sesak di dada. Nafas ditarik panjang, dia menghela nafas. Matanya tepat memandang tubuh Syatilla yang terbaring.

"Zhafran.. " Rintih Tok. Air jernih menitik mengenai pipinya. Perlahan lahan tangan itu menutup mata Naufal Adryan.

Subhanallah. Sungguh tidak cepat dan tidak lambat kematian yang mendatang.

Berakhirnya cinta dalam perkahwinan bukannya penceraian tapi kematian. Berkahwin atas niat kerana Allah inshaa Allah khusnul khotimah akan datang kepada hamba-Nya yang beriman.

***

Tamat ~

Wahh, penulis matikan dua dua watak. So tak ada dah sebab nak sambung lagi cerita ni nanti 😢😢

Bye Assalamualaikum.

Suamiku Bitchboy [ √ ]Where stories live. Discover now