Bab 18

19.6K 598 24
                                    

Setelah solat subuh disurau. Naufal terus bergerak ke Johor tanpa pulang ke rumah dahulu. Fikirnya, lebih baik Syatilla dan Aiena tidak perlu tahu ke mana dia pergi.

Nombor telefon ustaz Syahril Zulfattah didailnya. Dia berharap sangat panggilan berjawab dan..

Alhamdulillah ustaz tersrbut menjawab panggilannya.

"Assalamualaikum ustaz.." Sapanya terlebih dahulu.

"Waalaikumsalam, boleh saya tahu siapa di sana yang bercakap?"

"Saya Naufal Adryan, saya diberitahu yang ustaz boleh tolong saya untuk sembuhkan penyakit saya ni."

"Oh jadi saudara mahu saya ubatkan? Boleh saja.."

"Baik ustaz, saya dalam perjalanan ke rumah ustaz. Mungkin dalam jam sembilan atau sepuluh pagi saya sampai."

"Baiklah.. sampai berjumpa nanti. Assalamualaikum."

Terus Naufal mematikan panggilan. Dia senang ustaz Syahril boleh membantunya tetapi dalam masa yang sama hatinya tidak sedap. Apa yang dia risaukan?

Selama empat jam lebih perjalanan Naufal ke Kota Tinggi akhirnya tiba dirumah ustaz dengan bantuan orang kampung disitu.

"Assalamualaikum.." Sapa Naufal Adryan memberi salam.

Dia melihat susuk tubuh dimuka pintu tersenyum memandangnya. Hatinya meneka itulah ustaz Syahril.

"Waalaikumsalam.. saudara ni, Naufal Adryan?" Ustaz itu meneka. Naufal mengangguk senang.

"Jemputlah masuk, Syakirah.. bawakan air jernih satu jag kedepan." Arah Ustaz Syahril pada isterinya Syakirah.

Syakirah hanya menurut tanpa bersuara. Dia sempat lagi tersenyum manis pada suaminya.

"Sebelum kita mulakan terapi kita ceritakan apa masalah Naufal ni?" Ustaz Syahril cuba untuk memahami apa yang berlaku pada Naufal. Barulah dia boleh mengubati.

"Saya rasa benci. Marah. Dan dendam pada isteri saya sendiri ustaz. Tiba tiba hati saya timbul rasa benci pada dia sehingga saya sanggup pukul dia ustaz. Saya tak tahu kenapa, bayangan dia makin hilang pada fikiran saya, yang saya tahu benci" Terang Naufal pada Ustaz Syahril. Dia tunduk memandang lantai.

Ustaz Syahril pula terkejut.

"Astaghfirullahal'azim.. kenapa sampai bergitu sekali Naufal? Tahukah kalau kita mengasari isteri maka tidak ada keberkatan didalam perkahwinan. Isteri itu ibarat permata perlu kita jaga dan bimbing sebaik mungkin. Ini parah Naufal." Ustaz Syahril mula membaca ayat suci al-Quran.

Terkumat kamit mulutnya membaca satu demi satu ayat suci tersebut. Lalu ditiupkan pada Naufal.

Air yang diberi oleh Syakirah juga ditiup olehnya.

"Minum air ni sambil berselawat dalam hati. Niat pada Allah supaya rasa semua itu pergi." Arah ustaz Syahril. Sambil itu dia membaca lagi ayat suci al-Quran.

"Syakirah.. ambilkan air mineral didalam rak. Ambil dua botol ya." Pinta ustaz pada isterinya. Syakirah hanya menurut.

"Kenapa dengan saya ustaz?" Tanya Naufal. Gelas yang berisi air tadi licin diteguk olehnya. Nampak kehausan Naufal.

"Ada yang dengki pada Naufal dan isteri. Naufal kena duduk disini dalam dua atau tiga hari." Beritahu ustaz lagi. Naufal Adryan mengangguk perlahan.

Jadi sebab inilah. Tetapi siapa yang dengki padanya dan Syatilla. Mengapa dengan cara ini juga dia perlu buat?

Sesi perubatan diteruskan lagi. Dia berharap, dengan cara ini dia dapat kembali rasa cintanya pada Syatilla yang semakin padam tanpa sebab.'Tilla tunggu abang sayang. Abang minta maaf, ampunkan abang Tilla'

Suamiku Bitchboy [ √ ]Where stories live. Discover now