"Dah keluar ni, jaga diri baik baik ya Naufal.." Pesan Ustaz Syahril.
Beg Naufal beralih tangan.
"Baik Ustaz tak payah risau. Saya pandai jaga diri, terima kasih.." Naufal bernada gembira.
"Satu lagi Naufal.."
"Kenapa?"
"Saya nak Naufal jaga hati dan perasaan. Jaga kemarahan dan tutur kata. Jangan biar semuanya terlepas dan jangan sampai menyesal." Pesan Ustaz Syahril lagi. Kali ini nada suaranya mendatar.
"Apa yang ustaz cakap ni? Saya tak faham.." Dalih Naufal menutup gugup.
Ustaz Syahril hanya memandang kosong. Ditenung dahulu lantai sebelum menyambung kata katanya.
"Naufal lebih faham hati dan perasaan Naufal."
Seraya itu air mata Naufal gugur. Sebenarnya dia kecewa. Terlalu kecewa. Hanya itu yang dia mampu luah sekarang ini.
"Syatilla..." Panggil Syakirah. Tangan Syatilla diraih perlahan lalu di usap.
"Bila nak bagitahu suami tentang kandungan ni?" Tanya Syakirah.
Suara diperlahankan.
"Entahlah. Sebenarnya saya takut. Macam mana kalau dia tak percaya ini anak dia, sebab kami pun nak dekat dua bulan berpisah.." Terang Syatilla. Hatinya sedikit risau dengan penerimaan Naufal tentang anak yang dia kandung.
"Insya-Allah dia boleh terima. Takkanlah dia nak cakap bukan bukan, Syatilla dengan diakan saling mencintai. Doa banyak banyak." Syakirah memberi semangat pada Syatilla.
Mereka berdua tersenyum.
Pintu wad dibuka, Syatilla dan Syakirah berdiri merapati suami masing masing.
Syatilla tersenyum tetapi Naufal hanya diam tidak memberi riak. Wajahnya ketat.
"Kami pergi dulu ustaz, terima kasih ya?"
"Sama sama.. kalau Naufal ada masalah Naufal tahu macam mana nak cari saya kan?"
Naufal Adryan mengangguk perlahan lalu berjalan meninggalkan Ustaz Syahril dan Syakirah.
Syatilla tergopoh gopoh mengikuti langkah Naufal, dia tidak boleh berjalan terlalu laju.
"Abang, nak berhenti dekat mana mana tak?" Soal Syatilla apabila mereka berdua masuk kedalam kereta.
Syatilla memandu kereta keluar dari perkarangan Hospital. Sesekali dia menoleh ke arah Naufal, soalan yang diajukan pada suaminya itu masih tidak berjawab.
Naufal hanya memejamkan mata.
"Abang dengar tak Tilla tanya?"
"Hmm.." Jawab Naufal.
Syatilla makin bingung. Memang dia perasan Naufal agak diam semenjak dia sedar, fikir Syatilla suaminya itu sudah beransur pulih kerana Naufal gembira bercakap dengan Ustaz Syahril.
Tapi muram apabila dengan aku. Gumam hati Syatilla.
Terasa mungkin.
"Kita dah sampai." Beritahu Syatilla.
Naufal Adryan mengerutkan dahi.
"Oh lupa, sekarang nilah rumah kita.. Tilla beli dua minggu lepas masa abang koma lagi. Suka tak?" Terang Syatilla gembira.
Tidak pula Naufal memberi riaksi. Dia keluar kereta tanpa menjawab soalan Syatilla.
Diambilnya beg lalu masuk kedalam rumah, Syatilla hanya mengikut menggunakan anak matanya.
![](https://img.wattpad.com/cover/63267956-288-k660548.jpg)
YOU ARE READING
Suamiku Bitchboy [ √ ]
RomanceActually, memang tak tahu nak buat desc macam mana. enjoy reading ! Highest ranking : #1 in romance #2 in drama #1 in Malaysia