Ni sebabnya author malas nak buat scene sebelum kahwin.
Enjoy !
﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏
Hari yang ditunggu?
Syatilla berdengus sendirian, rasa menyesal? Entah, dia sendiri juga tidak mengerti dengan hatinya.
"Hei pengantin baru, kenapa termenung?" Tegur Puan Sri, mama pada Syatilla.
"Mama.. Tilla takut. Macam ni ke rasa orang nak kahwin? Tiba tiba rasa menyesal.." Jawab Syatilla jujur.
"Nilah rasanya.. tapi mama tahu apa yang Tilla buat mesti akan membahagiakan Tilla."
"Betul ke mama? Tilla takut, perkahwinan ni tak menjadi." Kata Syatilla perlahan.
"Mama yakin anak mama ni takkan jadi macam mama dengan papa sebab Tilla tak cintakan dia.. kan?."
"Hah?! Mama tahu?" Soal Syatilla dalam keadaan terkejut.
"Yes I know.. Mama tahu segalanya. Apa yang mama nak cakap, Syatilla belajarlah cintakan dia. Dia tu tu baik Tilla, walaupun.." Puan Sri tidak meneruskan ayatnya. Tahu Syatilla yang menyambungnya.
"Doakan Tilla mama.." Pinta Syatilla. Tangan Puan Sri dicium lembut.
Syatilla dibawa ke pelamin.
Semua sudah bersedia, begitu juga Naufal Adryan yang sudah duduk tegak dihadapan tok kadi.
"Boleh lah kita mulakan ya?" Tanya Tok Kadi.
"Boleh dipersilakan.." Jawab Tan Sri pula.
Tangan Naufal Adyan di pegang.
"Bila saya panggil, awak jawab saya. okey?" Tok Kadi memberi penerangan. Naufal Adryan hanya menangguk.
"Naufal Adryan bin Mohammad Ismael. " Panggil Tok Kadi yang bertanggugjawab menikahkan mereka.
"Ya saya. " Jawabnya dalam keadaan sedikit gementar.
"Aku nikah akan dikau dengan Nurin Syatilla binti Amiruddin dengan berwakil walikan aku dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit tunai. " Akad Tok Kadi jelas kedengaran. Naufal Adryan menjawab akad itu dengan yakin. Semuanya berjalan dengan lancar.
"Sah? "
"Sah! " Jawab saksi dikiri dan kanan. Tangan ditadahkan, doa dibacakan. Kini Syatilla dan Naufal sah bergelar suami isteri. Naufal sedar akan tanggungjawab yang bakal dipikul.
Namun untuk menjalankan tanggungjawab itu, dia sedikit goyah.
"Dah, sini Naufal.. Sarungkan cincin pada jari Syatilla. Lepastu cium dahi dia. Syatilla pun sama. Salam tangan suami tu. " Arah Puan Sri. Naufal tersenyum manis manakala Syatilla tidak.
Erghh. Memang taklah.
Dia gahkan juga dirinya untuk menyentuh tangan Naufal Adryan. Tidak mahu kelihatan terlalu kekok.
"Sekarang awak sah menjadi isteri saya. So saya nak awak hormatkan saya sebagai suami awak. Okay? " Bisik Naufal. Syatilla membuat muka. Cehh.
﹏﹏﹏﹏﹏"Naufal.. Hana mana?" Soalan itu terpacul di mulut Syatilla. Sepatutnya hari ini Niehana berada disini sekali.
"Dia ada kerja dan tak dapat datang." Jawab Naufal Adryan.
"Tak logik, dia yang beria nak kita kahwin hari ni.. semua benda dia yang buat. Takkanlah dia tak ada." Syatilla mula risau. Ditelefon Niehana tetapi tak diangkat oleh dia.
"Mungkin betul dia sibuk."
"No way.. she is my bestfriend. Dia kena ada hari ni dan esok. Mesti kena ada." Syatilla tetap berkeras.
Ditelefonnya lagi.
Pengg !!
Satu tembakan yang kuat datangnya dari luar. Syatilla dan Naufal yang terkejut terus meluru ke halaman rumah.
"Papa !!!" Jerit Syatilla. Kakinya melangkah kearah Tan Sri Amiruddin sudah terbaring dengan berlumuran darah.
"Papa.. ya Allah, papa." Syatilla sedih dengan apa yang terjadi, air matanya sudah mengalir.
Dada Tan Sri yang berdarah ditutup dengan kain selendangnya. Menahan darah mengalir keluar dari badan.
"Someone call ambulans, cepat !" Jerit Naufal Adryan juga panik dengan situasi ini.
Tiba tiba sahaja kejadian seperti berlaku, dimajlis pernikahan Syatilla dan juga dia.
"Papa.. tahan papa." Syatilla memangku Tan Sri Amiruddin, tangannya juga tidak lepas dari dada papanya itu.
"Tilla.." Panggil Tan Sri perlahan. Darah tersembur keluar dari mulut disaat dia mula bercakap.
"Papa please don't say anything, kita pergi hospital dulu.." Potong Syatilla. Airmatanya berguguran tidak henti. Melihat keadaan Tan Sri begitu lemah.
Kenapa hal ini terjadi? Siapa yang ingin membunuh Tan Sri Amiruddin?
Tanda tanya pada semua yang hadir disitu. Wartawan juga tidak henti mengambil gambar, bukannya mahu menolong.
"Tilla, papa nak minta maaf sayang. Papa banyak buat salah.."
"Papa jangan bercakap, papa tak ada salah dengan Tilla. Tolonglah papa.."
Syatilla mendongak. Mencari wajah Puan Sri Faridah. Tetapi tiada. Hatinya mula sangsi.
"Mama !!" Jeritnya kuat memanggil orang yang sepatutnya ada juga disini menolong Tan Sri Amiruddin.
Dari tadi juga ambulans tidak sampai dirumahnya. Keadaan Tan Sri makin tenat.
"Papa, jangan tinggalkan Tilla.. Tilla minta maaf pa, Tilla janji akan jadi anak yang baik. Please papa." Rayu Syatilla sayu.
"Uhukk uhukk" Tan Sri sudah tercungap cungap mencari nafas. Dia ingin berkata sesuatu.
"Tilla, Papa minta maaf sayang. Doakan papa, bagitahu mama yang papa sayangkan dia." Kata Tan Sri lemah.
Dadanya berombak kencang, darah juga tidak henti keluar dari badan Tan Sri Amiruddin.
"Papa, apa yang papa cakap ni? No, papa tak boleh tinggalkan Tilla.. papa dah janji." Esakan Syatilla makin kedengaran.
"Tan Sri.." Naufal Adryan sedia memegang tangan Tan Sri Amiruddin.
"Mengucap.."
"Naufal !! Papa tak mati lagi, Naufal tolong.. jangan" Bantah Syatilla menolak tubuh Naufal.
"Mengucap Tan Sri.." Pinta Naufal Adryan sekali lagi. Dia membisikkan kalimah suci itu ditelinga Tan Sri Amiruddin sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.
"Papa.." Syatilla terkulai didada papanya. Tidak mahu melepaskan tubuh itu pergi.
"Syatilla, bangun." Ajak Naufal Adryan, bahu Syatilla dipegang dan dipaut kemas. Tubuh itu didirikan sebelum dipeluk.
Pihak Ambulans membawa Arwah Tan Sri Amiruddin kehospital. Begitukah pengakhiran Tan Sri?
Dia dibunuh.
Tbc.
YOU ARE READING
Suamiku Bitchboy [ √ ]
RomansaActually, memang tak tahu nak buat desc macam mana. enjoy reading ! Highest ranking : #1 in romance #2 in drama #1 in Malaysia