Bab 33

14.3K 390 49
                                    

Naufal Adryan tersenyum saat kakinya melangkah ke dalam Cafe yang serba mewah itu. Dia hanya mendengar perbualan diantara dua orang perempuan yang sibuk berbalah. Apabila dijemput duduk, dia segera melabuhkan punggung.

Riak wajah dikawal sepenuhnya. Dia tidak mahu kelihatan seperti beria untuk terima tawaran yang ingin di berikan oleh gadis dihadapannya.

Naufal meneliti setiap Inci gadis itu. Rambutnya yang ikal, bulu keningnya yang tebal dan alis mata yang panjang cukup membuat jiwa lelakinya bergetar.

Naufal bersetuju apabila cek yang diberikan padanya merupakan wang yang lumayan. Dia tersenyum puas.

Menjadi suami dalam masa setahun, itu bukan perkara yang susah. Tetapi, ia tetap mendebarkan.

-----

"Naufal Adryan bin Ismael, aku nikah akan dikau dengan Nurin Syatilla yang berwakil walikan aku dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit, tunai. " Lafaz akad disambut oleh Naufal dengan baik selepas Tok Kadi mengucapkannya.

Naufal berasa gembira akan hal itu namun sebaliknya dia risau, apakah mampu dia melaksanakan akad dan meninggalkan kerjanya selama ini?

Walau apa pun, hidup pasti diteruskan. Dia perlu mencintai dan dicintai. Nurin Syatilla adalah hidupnya sekarang.

———-—-—

"Macam mana? " Daniel merenung Zizi dihadapan. Setiausahanya itu mengukir senyuman. Dia sudah sedia untuk memberi majikannya berita baik.

"Nah Dato' saya dah dapatkan alamat kampung yang Naufal Adryan dan lelaki tua tu duduk. " Zizi memberikan beberapa helaian kertas, dan disambut baik oleh Daniel.

Dia melihat Daniel tersenyum senang.

"Good Zizi. You may leave now.. " Arahnya. Daniel meneliti, dia segera berdiri untuk beredar dari pejabat namun ketika itu Syatilla menerjah masuk.

"I'm heard you Daniel! " Dia terus merapati Daniel yang terpinga. Kertas ditangan lelaki itu berpindah ke tangannya. Dia membaca setiap maklumat yang di beri.

"Syatilla... Listen to me first. "

"No! You listen to me first!! Apa ni Daniel? Naufal Adryan kenapa? Kenapa awak cari dia tanpa pengetahuan saya? " Jerkah Syatilla memarahinya. Daniel mati kata. Dia sendiri tak jangka Syatilla bakal mengetahui perkara ini.

"Nurin Syatilla please.. " Daniel seolah merayu untuk gadis itu berhenti menangis. Dia merapati tubuh kecil itu. Lalu bahu Syatilla dipegang. Dia mengangguk.

"Okay saya bawa awak jumpa dia but please, jangan menangis Nurin. Saya tak nak tengok awak macam ni. " Pujuk Daniel. Syatilla menepis perlahan tangan itu dari bahunya. Air mata diseka lembut.

Daniel membawa Syatilla keluar dari pejabat. Hatinya agak keberatan untuk membawa Syatilla kepada Naufal. Takut, takut jika peluangnya untuk mendapatkan gadis yang dia cinta itu menipis.

Perjalanan mereka berdua tidak begitu lama, kini kereta mewah itu sudah berada di perkarangan kampung yang menjadi tempat tinggal Naufal.

Syatilla mengalirkan air matanya apabila mendengar setiap bait bait ayat yang terbit dari mulut Daniel. Tak sangka hidup Naufal begitu tragis.

Selama ini dia salah sangka dengan suaminya sendiri. Alasan mengapa sehingga sekarang Naufal tidak menjemputnya adalah disebabkan kemalangan yang menimpa lelaki yang dia cinta.

Pinn Pinn!

Kereta mewah yang masuk ke dalam perkarangan rumah Tok Abah mengejutkan Ayu serta uminya. Tok Abah yang ralit membantu Zhafran untuk berjalan juga terkejut akan perkara itu.

Suamiku Bitchboy [ √ ]Where stories live. Discover now