Dia ketua,
Terbaik
Di kalangan yang taat.Wujudnya dia dengan penuh megah,
Merah neraka itu asas ciptaannya.Segumpal tanah dihidupkan,
Semua sujud atas arahan Tuhan
Tetapi
Dia api yang memandang hina
Pada segumpal tanah kotor.Murka si Pencipta.
Dicerca,
Disumpah,
Dibuang,
Dihina hingga akhir.
Dengan sebuah perjanjian kekal hidup,
Beranak-pinak
Untuk menyesatkan tanah yang dipandang kotor.Dahulunya hidup secara hasut,
Kini hidup secara jasad.
Tidak pernah lelah walau dilibas api,
Dipanah petir
Kerana matlamat menyebarkan kehinaan.Nalzi