Menyentuh kaca
Dengan sezarah pemikiran
Aku akan definisikan
Sempurna.Satu formula khusus dunia adalah
Ianya ringkas tetapi kompleks.
Ia berlaku dalam semua perkara
Nyata atau tidak.S E M P U R N A
Perkataan yang menggelocakkan
Benak fikiran hati.Lihat langit dan tanah,
Mana lebih sempurna?
Lihat si cantik dan si hodoh,
Mana lebih sempurna?
Lihat hitam dan putih,
Mana lebih sempurna?
?
?
?
?
?
?
Untuk segala persoalan yang sedang engkau fikirkan.0 adalah sempurna.
Kenapa?
Dia tak lebih dan tidak kurang.
Segala yang stabil dan dunia ini
Adalah 0.
Kesempurnaan.
Seperti tekanan pada luar dan dalam kulit kita.
Sekiranya terlebih satu angka,
Ia akan meletup.
Tuhan itu Maha Adil.
Dia menjadikan tekanan adalah 0.
Manusia hanya lihat keadilan Tuhan pada skop tuntutan dan pembelaan hak.
Minoriti mengatakan
Dunia hanya sementara
Dan tidak perlu dikaji.
Fikirkan?
Tuhan itu sempurna dan melebihi kesempurnaan
Kerana dia yang mencipta dan mengawal sempurna.
Satu rahsia hingga Armageddon.Ringkas supaya manusia
Mencari jawapan pada soalan.
Manusia kufur nikmat
Hanya bertanya
Kenapa Tuhan itu wujud
Dan duduk berjimba di alam fana'.Nalzi