Love

114 15 0
                                    

Cinta
Subjektif untuk di definisikan.

Terlalu banyak maksud,
Terlalu banyak metafora,
Terlalu banyak analogi,
Terlalu banyak ilusi,
Hanya kerana mencari
Maksud cinta.

Kita ambil hal ini secara holistik
Tidak mengetepikan yang mandul
Atau mungkin
Bagi mereka yang sejenis.

Cinta itu kehidupan.
Si bodoh membayangkan hanya
Manusia apabila mebaca tajuk
Karya sampah ini.
Itu biasa.
Cinta,Kehidupan,Tuhan
Kehidupan,Cinta,Tuhan.
Rumit.
Tuhan itu bukanlah hidupan
Tetapi ia adalah kehidupan.
Bagai sebuah bahtera
Tuhan bukan sekadar kompas
Tetapi
Dialah angin,
Dialah air,
Dialah gerak hati,
Dialah halangan
Dan
Dialah kemudahan.

Apa itu Cinta,Kehidupan,Tuhan?
Apa itu Kehidupan,Cinta,Tuhan?
Fikir.























Fikir.


































































































































Jalan mati?


































































































































































































Soalan yang menganggu akidah.
Kita lahir sebagai seorang bayi.
Tanpa apa-apa.
Menganuti agama keturunan
Dahulu sebelum menganuti agama Tuhan.
Bagaimana untuk mereka
Yang lahir tanpa kenal erti Tuhan
Dan andainya dia mempunyai kompas tanpa bahtera
Dia masih mencari dari mana wujudnya sinar neraka.
Dia mencari,
Kita mengunyah.
Tanpa perlu usaha.
Hanya ambil beberapa helai kertas
Selak dan selak
Mungkin tidur
Tanpa menghiraukan
Seorang ilmu.
Dan secara literalnya
Kita mampu berdiri
Dengan megahnya
Menghulur plastik biru
"(Agama yang anda anuti)"
Dan berkata
"Aku mempunyai agama dan itu sudah memadai daripada menjadi seorang ateis yang hina"
Mungkin kita patut buat pembaharuan
Dalam sistem kad pengenalan.
Kita hanya menduduki kuantiti bukannya kualiti.
"Kepercayaan kepada Tuhan"

Aku tak sempurna
Tetapi manusia adalah kesempurnaan ciptaan
Yang dicipta Tuhan.
Manusia buang setiap inci
Kesempurnaan yang diberi Tuhan.
Aku adalah kesilapan
Dan melakukan banyak kesilapan.
Aku menulis bagai seorang malaikat
Tetapi hakikatnya
Aku hina.
Bincangkan setiap bait perkataan,
Bukan kecaman pada setiap zarah pemikiran.
Fikirkan tentang cinta
Betapa indahnya,
Betapa perihnya.
Bagaimana cintanya Tuhan
Kepada kamu
Dengan menyambung
Setiap sel-sel neuron untuk berfikir.
Mungkin "bijak pandai"
Mengatakan kita ini boneka
Tetapi mereka lupa
Kita ini boneka yang berakal.
Yang mempunyai nilai takdir yang infiniti tetapi Tuhan
Mengetahui pada setiap sentimeter
Takdir yang telah dikarangnya.

Nalzi

UnlimitedWhere stories live. Discover now