Empty Feet

155 16 4
                                    

Hari ini aku berjalan
Melihat dunia yang masih lagi kelam
Ceria pada lampu warna kehidupan,
Derita pada gelap sisi limpahan cahaya.

Hari ini seorang guru bidas soalanku,
"Kenapa kamu katakan perpecahan kaum adalah masalah kepada ketidak sejahteraan negara?"
Aku berfikir untuk sesaat.
Masalah utama manusia
Adalah tidak melihat penyelesaian.
Ibaratnya peperangan,
Tidak pernah berhenti dan tidur.
Hanya berhibernasi di belakang minda seorang bayi.
Skop perpecahan kaum selalunya dilihat hanya pada sebuah negara.
Sepatutnya ia dilihat tentang keseluruhan dunia yang kian mati dimamah kerakusan.
Detik waktu seakan asid pekat yang menghakis kulit pemikiran,
Kulit yang dibina untuk menutup kebodohan dan kejumudan.
Kini semakin terserlah kemerahan kejumudan zaman terdahulu.

Di usia remaja ini,
Aku telah buang keriangan keseronokan sebagai seorang yang jumud.
Aku telah bazirkan kebuasan sebagai anak muda yang taksub menjilat gaya terkini.
Melakukan sesuatu hanya berdasarkan perasaan dan bercakap tanpa memikirkan dunia.
Aku tidak menjadi biasa
Kerana aku ganjil pada realiti penulisan.
Tiada siapa melantik diriku untuk menulis sebegini
Dan tertanya bagaimana seorang penulis melantik diri.
Masih lagi soalan pada hidup.
Manusia perlu hidup dengan agar sering tertanya dan menelusuri kesilapan serta memadam kebodohan.
Manusia tanpa soalan
Ibarat haiwan.
Tiada pedoman.
Hanya melihat kehidupan menggunakan retina dan bukannya akal.

Kita lihat manusia
Melakukan itu dan ini
Dan apabila kita menegur
Kita adalah yang salah.
Taraf manusia kini disamakan
Untuk menjadi seakan-akan anjing di gambar?
Untuk lihat siapa lebih bergaya
Dengan menggunakan hasil duit
Mak dan Ayah ataupun duit pekerjaan yang tak seberapa
Yang sepatutnya ditabung?

Fikir.
Fikir.
Fikir dan fikir.

Nalzi

UnlimitedWhere stories live. Discover now