School

84 14 2
                                    

Ingin aku nukilankan
Sebaris soalan dari Petak Daud
Yang membuka minda ku
"Apakah saya ke sekolah pada setiap hari hanya untuk menjamin masa depan,dan bukan menikmati kehidupan dan pembelajaran?"

Sekolah.
Sebuah dunia imaginasi.
Sebuah pembesaran kehidupan.
Sebuah pembawaan hidup.
Sebuah kesengsaraan.
Sebuah keriangan.
Sebuah kehidupan.

Untuk manusia biasa,
Sekolah sebuah taman tema kehidupan.
Keriangan
Buli
Pergaduhan
Cinta
Gila
Skema
Nerd
Chick
Hardcore
Judgemental
Hipster
Sampah
Lain tempat lain 'culture'.

Apa yang membawa manusia ke dunia ini?
Banyak.

Mungkin dari buku yang bertimbun-timbun,
Novel-novel cinta leleh,
Atau mungkin buku tentang konspirasi celaka dunia.

Mungkin dari kisah silam,
Dirogol bapa sendiri,
Atau merelakan diri dirogol.
Siapa tahu?

Mungkin kerana kesunyian,
Mencari perhatian sekeliling,
Kerana ibu ayah meminggirkan?

Mungkin kerana lemahnya tubuh,
Dihina,dipijak,dicaci,
Siapa rasa?

Mungkin kerana bodoh,
Sentiasa jahil melihat cahaya,
Siapa sedar?

Untuk yang masuk pra-penjara
Mungkin dengan betapa sialnya senior,
Mungkin dengan betapa celakanya junior,
Mungkin dengan betapa bangangnya penghuni,
Atau mungkin dengan betapa bangsatnya warden.
No hard feelings.
Ini kehidupan.
Atas dan bawah.

Kita fikir dan fikir.
Secara konklusinya,
Aku cuma mahu manusia berfikir.
Menjadi seorang yang logik dan imaginasi.
Hidup ini putaran tanpa henti.
Senior benci junior
Junior benci senior
Warden benci kedua-duanya.
Nampak?
Dengan apa pun yang tersimpan dalam kotak kenangan,
Ianya kenangan.
Takkan hilang,
Cuma akan terpadam.
Hargailah detik kehidupan,
Cipta seribu satu kenangan.
Supaya kau sentiasa merindui dunia yang sudah ditenggelami dosa ini.

Nalzi

UnlimitedWhere stories live. Discover now