1

3.4K 105 0
                                    


“Fatwa cepatlah sikit. Kau ni lambat la.” teriak sahabat Fatwa iaitu Zati yang sudah berada jauh di depan Fatwa. “Sabarlah. Kau tu tak apalah, angin boleh tolong tiupkan badan kecil kau tu. Tulah laju.” jawab Fatwa sambil tercungap-cungap mencari nafas.

Maisara Najwa, atau lebih dikenali sebagai Fatwa. Dari kecil lagi, panggilan Fatwa itu melekat padanya. Kenapa Fatwa? Kerana Fatwa adalah gadis yang comel-comel berisi. Nama Fatwa ittu berasal dari gabungan nama sebenarnya iaitu Najwa dan Fat atau dalam bahasa melayunya gemuk.

Izzati atau nama panggilannya Zati adalah sahabat terbaik Fatwa sejak mereka berada di sekolah rendah lagi. Perbezaan yang sangat ketara pada diri kedua gadis ini ialah fizikal mereka. Zati mempunyai tubuh badan yang langsing, malah cantik dan putih. Ramai yang terpikat dengannya. Senang cerita, dia pernah menjadi wanita yang di gilai ramai masa zaman persekolahan dulu.

“Cepatlah” arah Zati lagi yang masih berada di hadapan Fatwa. “Kejaplah. Aku penat ni. Kita rehatlah dulu” kata Fatwa cuba untuk memujuk Zati.

‘Gila tak penat. Aku rasa aku dah lari jauh sangat ni. Tak berhenti pula tu.’ getus hati Fatwa.

“Kau ni lambatlah. Baru lari kejap dah semput.” kata Zati ketika mereka berada di salah satu pondok yang ada di taman rekreasi itu.

“Mestilah aku semput. Aku ni kenderaan berat, mana boleh lari laju-laju. Kau tu tak apalah, ringan sikit. Kau tak laripun angin boleh tolong tolak kau.” jawab Fatwa yang masih mencari oksigen untuk bernafas.

“Jom kita pergi cari breakfast, perut aku dah buat konsert dari tadi ni.” kata Fatwa seraya menarik lengan Zati. “Kau ni, asyik makan saja, bila nak kurus kalau macam ni?” kata Zati geram.

Zati sangat kenal dengan sahabatnya itu. Fatwa berbeza dengan kawan-kawannya yang lain. Fatwa lebih suka menjadi dirinya sendiri. Dia tidak pernah malu untuk memperlihatkan sikap sebenarnya. Fatwa juga sangat baik hati dan pemurah. Sepanjang mereka bersahabat, Zati tidak pernah lagi melihat Fatwa berdendam dengan orang lain. Walhal, dia selalu dibuli dan diejek oleh kerana bentuk badannya.

Walaupun fizikal Fatwa tidak seperti dirinya, Fatwa tidak pernah takut untuk menonjolkan diri. Baginya, Fatwa adalah gadis yang cukup sempurna. Walaupun bentuk badannya agak besar, Fatwa kelihatan manis dan comel baginya.

Namun setiap kali lelaki cuba untuk bermain cinta dengannya, Fatwa pasti mengelak. Zati tahu, Fatwa masih menanti lelaki yang dicintainya selama tujuh tahun sehingga ke hari ini. Zati akui, Fatwa merupakan sahabatnya yang sangat setia dan tidak mudah cair dengan kata-kata manis daripada insan yang bergelar lelaki.

Sangat sukar untuk Fatwa melupakan Daniel, lelaki yang masih menghantui fikiran dan perasaannya. Baginya, Daniel adalah lelaki pertama yang berjaya mencuri hatinya tanpa berkata-kata. Dan kerana Daniel jugalah sukar untuk dia menerima lelaki lain dalam hidupnya.

Fatwa tidak menghiraukan sahabatnya yang sibuk membebel. Dia sendiri malas hendak memikirkan tentang menguruskan badannya. Baginya gemuk bukanlah suatu masalah. Asalkan pandai bergaya dan pandai menyesuaikan diri dengan fashion semasa.
Dia juga percaya yang orang gemuk juga berhak untuk dicintai dan mencintai. Pada pendapatnya, orang yang bersaiz sepertinya lebih muda mencari cinta yang jujur dan setia walaupun cinta yang sebegitu agak lambat datangnya.

“Kau nak makan apa?” tanya Fatwa sambil meneliti setiap kandungan yang ada dalam menu yang diberikan oleh pelayan restoran. Mereka memilih untuk breakfast di salah satu deretan restoran yang berdekatan dengan taman rekreasi itu.

“Aku nak makan Tuna Bread je lah.” jawab Zati yang sibuk mengelap peluhnya. Zati memang tidak berselera untuk breakfast. Selalunya, sebelum dia hendak pergi kerja, dia hanya akan memakan satu keping roti saja. Kerana dia takut jika dia makan makanan yang berat-berat, dia pasti akan sibuk mencari tandas.

“Bagi Tuna Bread satu dan Nasi Goreng Kampung satu ya.” kata Fatwa kepada pelayan yang menunggu pesanan dari mereka. “Minum cik?” tanya pelayan itu lagi. “Bagi dua hot Capochino ya.” pantas Fatwa menjawab soalan pelayan itu. Mereka berdua memang suka minum Capochino. Itu adalah salah satu dari persamaan mereka berdua.
Pelayan itu berlalu pergi selepas selesai mengambil pesanan mereka.

“Kau ni awal pagi lagi makan makanan yang berat.” bebel Zati lagi. Zati selalu menegur sahabatnya jika mengambil makanan yang mengandungi banyak kalori.

“Kau ni bisinglah Zati. Nak buat macam mana, dah aku lapar tahap kebuluran sekarang ni.” Kata Fatwa sambil memegang perutnya yang buncit. Zati hanya mengelengkan kepalanya melihat perangai sahabatnya itu.

____________________________________
#Official_WB

Si Gemuk!!!Where stories live. Discover now