7

2.3K 74 1
                                    


Air matanya jatuh bercucuran membasahi pipinya. Perasaan teruja dan gembiranya sebentar tadi hilang dengan sekelip mata. Dia terasa diperbodohkan oleh lelaki yang bernama Daniel. Dia sungguh tidak menyangka, orang yang dicintainya selama ini sanggup mempermainkan perasaanya.

Fatwa memandang tepat ke arah Daniel bagi mencari sedikit simpati. Namun, lelaki itu hanya tersenyum sinis. Zati yang menjadi pemerhati sejak tadi pantas mendapatkan Fatwa. Zati juga tidak menyangka bahawa Daniel yang kelihatan baik itu sanggup memainkan perasaan sahabatnya.

“Sampai hati awak permainkan perasaan saya. Sampai hati awak jadikan saya barang taruhan. Sejak dulu lagi saya cintakan awak. dan saya yakin yang awak tahu tentang tu.” kata Fatwa sebak. Hatinya terasa sangat sakit, bagaikan di hiris-hiris. Apa yang dilakukan oleh Daniel benar-benar memukul perasaannya.

PANG!!

Satu tamparan yang cukup kuat hinggap di pipi Daniel. Amirul, Azmir dan Zati ternganga bila melihat perbuatan Fatwa yang diluar jangkaan mereka. Daniel memegang pipinya yang terasa panas dan pedas akibat tamparan yang diberikan oleh Fatwa.

Amirul dan Azmir hanya tersengih melihat Daniel yang di tampar oleh wanita. Daniel berasa sangat malu. Dia merasa bahawa maruahnya jatuh dipijak-pijak. Dia tidak menyagka yang Fatwa berani menampar dirinya di depan kawan-kawannya.

“Berani kau tampar aku” kasar suara Daniel menengking Fatwa. Egonya benar-benar dicabar oleh Fatwa. Fatwa tersentak bila dia ditengking sebegitu.

“Kau sedarlah diri kau tu sikit perempuan tak tahu malu. Kau tu dah lah gemuk. Kau tengoklah perut kau tu, dah macam belon. Lemak kau lagi, dah keluar sana sini. Kalau cantik tak apalah, muka dah lah hodoh ada hati nak jadi couple aku. Aku nampak kau ni dah serupa dengan babi tahu tak.” kasar kata-kata itu keluar dari mulut Daniel.

Kata-kata yang dituturkan oleh Daniel bagaikan pisau yang menikam kejam hatinya. Dia benar-benar tidak percaya yang Daniel akan berkata sebegitu. Air matanya jatuh tanpa henti. Dia berharap agar semua ini hanyalah mimpi. Sungguh dia tidak sanggup diperlakukan sebegitu.

“Ya memang aku tahu yang kau suka aku dari dulu lagi. Tapi aku tak suka dengan perempuan gemuk macam kau ni. Selama ni, aku hanya sabar saja menahan malu sebab keluar dengan kau. Perempuan macam kau ni, langsung tak layak untuk aku.” sambung Daniel lagi. Dia memang tidak pernah menaruh hati terhadap Fatwa.

“Terima kasih sebab menghina saya. Saya rasa bodoh sangat sebab terlanjur mencintai lelaki seperti awak. Saya tahu saya tak layak untuk awak, maafkan saya jika selama ini saya banyak menyusahkan dan memalukan hidup awak. Awak terlalu sempurna untuk gadis babi macam saya ni. Saya pergi dulu.”kata Fatwa dengan sisa tangisnya dan berlalu pergi meninggalkan tempat itu.

Sungguh dia terpukul dengan apa yang dilakukan oleh Daniel. Hati dan jiwanya benar-benar hancur dan sangat sakit. Dunianya terasa gelap dan sepi. Dia terus berlari tanpa hala tuju. Dia sendiri tidak tahu kemana destinasinya. Apa yang dia tahu, hatinya mengalami luka yang sangat dalam. ‘Aku benci kau Daniel.’ itu saja yang mampu dikatakan oleh hatinya.

Zati membiarkan Fatwa pergi. Dia sangat geram dengan Daniel. Kalau ikutkan hatinya, nak saja dia pijak-pijak muka lelaki itu. Sungguh kejam lelaki itu berkata sedemikian kepada sahabatnya.

PANG!!

Sekali lagi, satu tamparan hinggap di pipi Daniel. Kali ini, tamparan itu datangnya daripada Zati.

“Kaulah lelaki yang paling bodoh pernah aku jumpa. Kau tahu tak betapa hancurnya hati Fatwa dengan apa yang kau cakap tadi. Kau ni memang lelaki dayus. Kau tak sepatutnya jadi lelaki. Harapkan muka saja handsome, tapi hati dan mulut kau tu lebih busuk daripada loji najis,” kata Zati dengan sinis.

Daniel hanya terdiam mendengar kata-kata kesat dari Zati. Baginya, apa yang dia lakukan tidak salah. Malah dia merasa perbuatannya itu betul. Mukanya merah menahan marah dan sakit.

“Kau tahu tak, selama ni Fatwa sanggup tunggu kau. Banyak lelaki yang nakkan dia tapi dia tolak. Hanya disebabkan lelaki tak guna dan dayus macam kau ni. Setiap malam dia berdoa agar dapat jumpa dengan kau. Selama hampir tujuh tahun dia tunggu dan simpan kau dalam hatinya. Ini balasan kau untuk orang yang jujur dan ikhlas cintakan kau? Kau memang bodoh sebab lepaskan orang yang benar-benar cintakan kau. Aku percaya pada Kifarah Daniel. What comes around, is always comes around. What you give, that what you get back.” Sambung Zati lagi seraya berlalu pergi.

Daniel terdiam mendengar kata-kata Zati. Kata-kata itu benar-benar mengetuk hatinya. Namun, egonya melebihi segalanya. Dia tetap merasa tidak bersalah dan tidak berdosa. ‘Salah si gemuk tu lah. Siapa suruh dia suka dekat aku? Aku tak pernah suruh dia untuk suka aku.’ getus hati Daniel. Dia mengusap pipinya yang ditampar oleh Zati.

Malang sungguh dirinya kerana ditampar dua kali oleh insan yang bergelar perempuan. Pipinya masih terasa panas dan pedas.

____________________________________
#Official_WB

Si Gemuk!!!Where stories live. Discover now