6

1.8K 73 0
                                    


Hari demi hari, Fatwa dan Daniel menjadi sangat rapat. Daniel yang terkenal dengan sikap romantiknya sentiasa berjaya membuatkan semua wanita yang didekatinya jatuh hati padanya.

Hampir setiap hari, Fatwa dijemput dan dihantar oleh Daniel ke pejabatnya. Perhatian yang ditunjukkan oleh Daniel terhadap Fatwa benar-benar membuatkan gadis itu lemah dan jatuh kedalam mainan Daniel dan rakan-rakannya.

Masa sebulan yang diberikan kepada Daniel untuk mempermainkan Fatwa sudah tiba. Daniel berasa sangat gembira kerana dia tahu yang dia akan menang dalam permainan Amirul.

Walaupun Daniel tidak suka dengan Fatwa, dia terpaksa berhadapan dan melayan gadis itu. Terkadang, Daniel berasa malu apabila berjalan dengan Fatwa kerana bentuk fizikal gadis itu.

Bagi Daniel, ciri-ciri gadis yang seperti Fatwa bukanlah ciri-ciri wanita yang disukanya. Daniel lebih suka dengan wanita yang langsing dan seksi. Wanita yang tiada potongan seperti Fatwa langsung tiada tempat di hatinya.

Daniel membawa Fatwa ke restoran yang mewah. Dia mahu menjadikan Fatwa sebagai kekasihnya kerana masa sebulan yang diberikan sudah tamat. Dia juga membawa Amirul dan Azmir bagi membuktikan bahawa dia akan memenangi permainan mereka.

Fatwa yang tidak mengetahui rancangan jahat Daniel berasa sangat gembira apabila Daniel membawanya diner di restoran yang mahal. Dia juga membawa Zati kerana dia takut jika dia tersilap langkah akibat terlalu gemuruh. Tapi, Zati duduk di meja yang agak jauh dari meja mereka. Zati hanya menjadi pemerhati adegan romantik yang dilakukan oleh Daniel kepada Fatwa.

“Awak nampak cantik malam ni.” kata Daniel sambil menatap mata Fatwa. Amirul dan Azmir yang duduk persebelahan dengan meja mereka hanya menyaksikan lakonan yang dijalankan oleh Daniel.

“OMG!! Awak janganlah cakap macam tu, malu saya. Awak pun nampak segak sangat malam ni.” Kata Fatwa cuba untuk menenagkan dirinya. Kalau ikutkan hatinya, nak saja dia menjerit di hadapan Daniel. Daniel benar-benar membuatkan dia bahagia. Sesekali, Fatwa menjeling ke arah Zati yang menunjukkan ibu jarinya tanda bagus kepada Fatwa.

“Awak, saya nak cakap sesuatu ni.” kata Daniel lagi. Daniel menjeling kearah Amirul dan Azmir sambil menaikkan keningnya. ‘Kejap lagi, habislah duit korang.’ getus hati Daniel.

“Cakap apa? Cakap je lah” Kata Fatwa sambil tersenyum manis. ‘OMG!! Apa yang dia nak bagi tahu aku ni? Takkanlah dia nak bawa aku couple. Oh My God, aku mau menjerit!!’ jeritan Fatwa hanya dalam hati.

“Awak. Awak nak tak jadi couple saya?” kata Daniel seraya memegang tangan Fatwa yang sememangnya sejuk sejak tadi lagi. Fatwa yang mendengar kata-kata Daniel tidak dapat menahan perasaan terujanya.

“OMG HELLO!!!” jerit Fatwa teruja. Zati yang terkejut dengan respond Fatwa cuba untuk menghantar isyarat kepada Fatwa agar gadis itu boleh bersikap lebih tenang.

‘Nasib baik aku sewa satu restoran ni. Kalau tak, malulah aku orang nampak aku diner dengan minah gemuk ni.’ getus hati Daniel. Dia memang sengaja menyewa restoran itu. Kerana dia tidak mahu orang lain mengganggu plannya.

‘OMG!! Oksigen. Oksigen. Somebody please. Aku nak sangat jerit sekarang ni.’ jerit Fatwa lagi dalam hati.
“Yes awak. Saya nak. Nak sangat.” jawab Fatwa teruja. Seraya itu, Amirul dan Azmir berdiri dan menepuk tangan. Dengan bangganya, Daniel berdiri dan menuju kearah Amirul dan Azmir.

“See I told you, tak susah pun nak kenakan minah ni. Now, sediakan 20k aku.” Kata Daniel dengan bangga. Dia sangat gembira kerana berjaya memenangi sejumlah wang yang cukup besar.

Fatwa yang masih tidak faham dengan permainan Daniel hanya berdiam dan bertanya “Apa maksud awak ni?”

Daniel hanya berdiam sambil tersenyum dan berkata “Sorry awak. Tapi saya main-main saja tadi.” dengan selamba Daniel kembali duduk di meja mereka. Fatwa yang masih tidak faham mengerutkan dahinya.

Azmir yang melihat Fatwa masih kebingungan menjelaskan perkara yang sebenarnya. Selepas mendengar penjelasan daripada Azmir, dunia Fatwa terasa gelap. Dia tidak menyagka bahawa perhatian yang diberikan oleh Daniel kepadanya selama ini hanyalah lakonan semata-mata.

____________________________________
#Official_WB

Si Gemuk!!!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang