“Assalammualaikum, awak Fatwa kan?” tanya Daniel berpura-pura sopan. Sengaja dia memberikan senyuman termanisnya.Fatwa dan Zati menjawab salam Daniel. Hampir tersembur keluar air yang berada di mulut Fatwa apabila melihat jejaka yang berdiri di hadapannya. Zati yang tidak tahu tentang cerita yang sebenarnya hanya tersenyum melihat jejaka yang tampan dan tampak berkerjaya dihadapannya.
Namun, Zati tetap tertanya-tanya bagaimana lelaki itu mengenali Fatwa. Fatwa yang masih terkejut melihat Daniel, lelaki yang pernah mencuri hatinya hanya berdiam untuk seketika.
‘Dia masih ingat aku? Apa dia buat disini? Macam mana dia boleh ada di sini?’ soalan-soalan itu hanya berada di benakknya. Dia sangat tidak percaya, lelaki yang selama ini dia nantikan kini berada di hadapannya.Sejak dulu lagi, perasaan cintanya terhadap lelaki itu tidak pernah hilang dalam hatinya. Dia juga tidak tahu mengapa susah untuk dia melupakan lelaki yang bernama Daniel itu.
“Dan.. Daniel?” terketar-ketar suara Fatwa menyebut nama Daniel. Zati terkejut mendengar nama yang disebut oleh Fatwa. Baru dia tahu, inilah jejaka yang selama ini sahabatnya puja. Fatwa banyak bercerita tentang perihal Daniel kepada Zati. ‘Patutlah minah Fatwa ni terkejar-kejar dengan mamat nama Daniel ni. Boleh tahan juga mamat ni, handsome macam ada kacukan Spanyol saja.’ getus hati Zati.
“Awak masih ingat saya?” jawab Daniel dengan muka yang ceria. Dia seakan tidak percaya lelaki yang yang dicintainya kini berada di depan matanya.
“Ehem.” Zati sengaja berdehem selepas melihat Fatwa terbawa dengan memorinya. Seraya itu, Fatwa terkeluar dari kotak lamunannya.
Fatwa cuba untuk duduk tegak dan menenangkan dirinya. “Mestilah saya kenal. Oh ya, this is my best friend.” Fatwa memperkenalkan Zati kepada Daniel. Zati menyambut salam yang dihulurkan oleh Daniel. “And Zati, this is Daniel.” sambung Fatwa lagi.
Zati membesarkan matanya dan memberikan senyuman nakal pada Fatwa. Fatwa yang melihat reaksi Zati menendang kaki Zati. Zati masih lagi dengan sengihannya. Zati sengaja menyakat sahabatnya itu. Dia tahu, Fatwa pasti gembira selepas melihat jejaka yang dicintainya selama bertahun-tahun. Pipi tembam Fatwa berubah menjadi merah.
Daniel menoleh ke arah Amirul dan Azmir dengan senyuman yang bermakna ‘Untung besarlah aku lepas ni’ Amirul dan Azmir masih yakin, bahawa Daniel pasti gagal dalam permainan mereka.
“How are you Fatwa? Lama kita tak jumpa and now you are still the same but more cute.” kata Daniel cuba melihat reaksi Fatwa. Dia sendiri juga masih tertanya-tanya, adakah Fatwa masih menaruh perasaan kepadanya. Seraya dengan soalan itu, muka Fatwa bertambah merah menahan malu. Melihat reaksi Fatwa, Daniel bertambah yakin yang gadis itu masih menaruh rasa cinta kepadanya.
“Thanks, well I’m fine. You too, masih handsome macam dulu” Jawab Fatwa dengan tenang. Dia cuba untuk menenangkan dirinya yang hampir pengsan mendengar pujian dari Daniel. Lelaki itu selalu berjaya membuat Fatwa kehilangan oksigen.
Zati yang menjadi penonton setia makin tersenyum melihat keadaan sahabatnya. Walaupun Fatwa kelihatan tenang dari luaran, dia tahu yang dalam hati Fatwa tentu sedang bersorak gembira.
____________________________________
#Official_WB
YOU ARE READING
Si Gemuk!!!
Storie breviCerita ni tak ada kena mngena dngan yg hdup dan yg mati... Selamat membaca.. Hehehe #Official_WB