8

2.6K 76 0
                                    


"Zati, cepatlah. Kau ni lambatlah." kata Fatwa sedikit terjerit kepada Zati yang ketinggalan jauh dihadapannya. "Kejaplah" jawab Zati termengah-mengah cuba untuk mengejar nafasnya.

Selepas kejadian di restoran itu, Fatwa berazam untuk menguruskan badannya. Kejadian itu benar-benar memotivasikan dirinya. Dia mahu membuktikan kepada Daniel yang dia bukanlah babi seperti yang dikatakan oleh lelaki itu.

Kini, Fatwa sudah pandai bermain dengan fashion. Dia berjaya menguruskan badannya dan berjaya melupakan lelaki yang bernama Daniel itu.

Fatwa lebih berkeyakinan dan makin cantik. Zati yang melihat perubahan sahabatnya itu juga turut gembira. Zati sangat bangga dengan Fatwa. Walaupun sudah disakiti, Fatwa masih boleh tersenyum malah tidak berdendam dengan Daniel. Fatwa juga telah memaafkan kesalahan Daniel.

"Kau ni lambatlah" kata Fatwa lagi semasa mereka duduk berehat di salah satu pondok yang ada di taman rekreasi itu. Fatwa mengleap keringatnya menggunakan tuala kecil yang dibawanya.

"OMG!! Kau ni, mentang-mentanglah dah kurus, tak pandai nak tunggu-tunggu aku ya." jawab Zati. Fatwa hanya tersenyum mendengar kata-kata Zati. "Dulu, kau yang cakap aku lambat. Sekarang dah tebalik pula, kau pula yang lambat." balas Fatwa lagi.

Zati dan Fatwa menghirup udara segar di taman itu. Mata Zati terpaku pada seorang lelaki yang sangat dikenalinya. 'Apa yang dia buat di sini ni?' getus hati Zati. Lelaki itu sedang berjoging kearah mereka.

Fatwa yang melihat Zati termenung sengaja mengejutkan Zati. "Hoi, kau ni kenapa mengelamun di pagi buta ni?" Kata Fatwa sedikit menjerit. Zati terkejut dan menoleh kearah Fatwa.

"Ish kau ni kenapa? Terkejut aku. Nasib baik jantung aku ni masih kuat bergantung di tempatnya. Kalau tak, arwah aku." kata Zati geram. Fatwa hanya ketawa melihat gelagat sahabatnya.
"Kau nampak tak lelaki tu?" Kata Zati selepas tenang. Dia menunjuk kearah lelaki yang dilihatnya sebentar tadi. Fatwa melihat ke arah lelaki yang dimaksudkan oleh Zati.

Jelas terpancar perubahan riak wajah Fatwa. Dia tidak menyangka yang dia akan bertemu lagi dengan lelaki itu. Namun, kali ini dia tidak teruja malah memberikan respond yang biasa saja. Dia sudah memadam nama lelaki itu di dalam hatinya. Sekali dia lupakan, dia tidak akan lagi mencintai lelaki itu.

"Kenapa dengan dia?" kata Fatwa tenang. Zati melihat Fatwa dengan bingung. "Apa dia buat disini ek? Entah-entah dia ikut kita?"jawab Zati lagi.

"Dia joginglah, takkan lah menari pula di sini kan. Kau nampak tu dia tengah joging. Lagipun, suka hati dialah nak buat apapun disini. Taman ni bukan taman kau pun."Jawab Fatwa selamba.

Zati mencebikkan mulutnya. Dia sengaja berkata begitu kerana dia ingin melihat reaksi Fatwa. Adakah Fatwa benar-benar sudah melupakan Daniel, dan Zati berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Fatwa.

Daniel berhenti di depan Fatwa dan Zati. Daniel terpukau dengan perubahan dan kecantikkan Fatwa. Dia tidak menyangka yang Fatwa boleh jadi kurus dan cantik seperti ini. Fatwa dan Zati saling berpandangan kebingungan.

"Assalammualaikum awak." Daniel memberi salam kepada Fatwa dan Zati. Fatwa dan Zati menjawab salam itu dengan tenang.

Daniel melihat Fatwa dari hujung kaki ke hujung rambut. "Ada apa ya?" kata Fatwa kerana tidak selesa diperhatikan oleh Daniel. Zati hanya berdiam melihat Daniel. Kalau ikutka hatinya, nak saja dia menghalau Daniel dari situ. 'Merosakkan pemandangan saja' getus hati Zati.

"Awak masih kenal saya?" kata Daniel tidak menjawab soalan Fatwa. "Kenal. Habis tu kalau kami kenal kau, kau nak apa?" tanya Zati kasar. Dia tidak suka dengan lelaki itu.

Fatwa mencuit lengan Zati. Walaupun Daniel pernah melukakan dan menghina dirinya, dia tetap memaafkan lelaki itu. Baginya, tidak ada gunanya jika dia berdendam dengan lelaki itu.

"Mestilah saya kenal awak. Mana boleh saya lupakan orang yang pernah menetap lama di hati saya." jawab Fatwah lagi dengan tenang dan senyuman. Zati mendengus geram mendengar Fatwa menjawab soalan Daniel dengan sopan.

Zati sungguh tidak faham dengan perangai dan sikap Fatwa. Bagaimana Fatwa boleh semudah itu memaafkan Daniel yang sudah menghancurkan hatinya? Hati Fatwa sangat baik dan tidak bersikap berdendam.

"Awak, saya minta maaf. Saya tahu saya salah. Maafkan saya awak." kata Daniel sayu. Daniel benar-benar meminta maaf dengan apa yang sudah dilakukannya. Dia juga berharap agar Fatwa memaafkannya dan memulakan semula hubungan mereka. Dia sangat terpukau dengan kecantikkan Fatwa yang neutral. Dia menyesal kerana pernah menghina gadis itu.

____________________________________
#Official_WB

Si Gemuk!!!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang