5

1.7K 64 5
                                    


From : 01********
Assalammualaikum awak. Ni Daniel. Awak buat apa tu? Dah sampai rumah ke?

Melihat isi dari mesej itu, Fatwa bagaikan kembali kehabisan oksigen. Dia menjerit sepuas hatinya dan melompat-lompat kegirangan. Zati yang terkejut mendengar suara jeritan dari Fatwa pantas berlari ke ruang tamu untuk melihat keadaan Fatwa.

“Ada apa? Kenapa? Kau tak apa ke ni?” tanya Zati cemas. Fatwa pantas berlari mendapatkan Zati. Dipeluknya tubuh sahabatnya itu sepuas hatinya. Zati yang kebingungan melihat Fatwa dengan pandangan penuh tanda tanya.

“OMG HELLO!!! Zati!! Dia SMS aku. Ya Allah, gembiranya aku.” jerit Fatwa sepuas hati.

“Ish kau ni, aku fikir ada apa tadi. Kau ni, janganlah over sangat.” kata Zati geram. Dia berlalu menuju ke kamar mandi untuk membersihkan badannya.

Fatwa kembali merebahkan badannya di atas Sofa. Dengan hati yang berbunga-bunga dia membalas mesej daripada Daniel

From : Fatwa
Waalaikumsalam awak. Dah sampai rumah pun, dari tadi lagi. Tak ada buat apa-apa. Awak buat apa?

From : Daniel
Ohh. Saya tengah fikirkan awaklah. Dah lama kita tak jumpa kan. Hampir tujuh tahun. Tak sangka dapat jumpa awak balik.

From : Fatwa
Ohh ye ke. Saya pun tak sangka dapat jumpa awak balik. Awaklah tu yang menghilang tiba-tiba.

From : Daniel
Maaf awak. Saya tak sempat nak jumpa awak masatu. Saya terpaksa ikut family saya berpindah ke Singapore.

From : Fatwa
Ohh, tak apalah awak. Tak perlu minta maaf. Benda dah jadi nak buat macam mana.

From : Daniel
Tapi awak makin comellah. Awak mesti dah berpunya ni kan?

From : Fatwa
Eh, mana ada biasa saja lah. Mana ada, saya masih single la awak. Awak tu makin hansome dan berkerjaya pula tu. Mestilah awak dah berpunya, kan?

From : Daniel
Tak ada lah. Saya masih single and available tau. Ada peluanglah saya ni kan?

Membaca mesej daripada Daniel, Fatwa menjerit sekali lagi sepuas hatinya. Zati yang baru selesai mandi terkejut mendengar suara Fatwa. Dia hanya menggelengkan kepalanya. ‘Bahagia sangat minah tu.’ getus hati Zati.

Dia pantas melangkah mendapatkan Fatwa di ruang tamu. “Sudah-sudahlah tu. Aku pun pernah juga bercinta, tapi taklah teruk sangat macam kau ni.” kata Zati seraya melabuhkan punggungnya di Sofa yang bersebelahan dengan Zati. Dia mencapai alat kawalan jauh televisyen dan menekan punat on.

Hari ini adalah hari ahad. Selalunya, Zati dan Fatwa akan menghabiskan masa cuti mereka dengan keluar melihat wayang dan bershoping. Tapi hari ini, mereka merancang untuk duduk diam di rumah sahaja.

Fatwa pantas bangun dari perbaringannya dan melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan Zati. Zati hanya fokus kepada televisyennya.

Dengan sengihat Fatwa mencuit lengan Zati. “OMG!!! Kau baca apa yang dia mesej ni.” kata Fatwa seraya menghulurkan Iphonenya kepada Zati. Zati pantas membaca mesej yang di maksudkan oleh Fatwa.

“OMG HELLO!!! Sweetkan?” jerit Fatwa lagi. Zati pantas menekup mulut Fatwa menggunakan kedua tangannya. “Kau ni boleh tak jangan menjerit? Naik bingit telinga aku kau tahu tak.” kata Zati geram.

Fatwa mengangkat kedua tangannya tanda menyerah. Perlahan-lahan, Zati melepaskan Fatwa. “OMG HELLO!!!” jerit Fatwa lagi selepas dilepaskan oleh Zati.

“OMG!!! FATWA!!” balas Zati. “Tolonglah. Dia baru text macam tu kau dah over dramatic bagai nak hilang akal macam ni.” Zati memberikan kembali Iphone Fatwa.

Fatwa mengambilnya sambil mencebik. “Kau belum nampak mesej aku dengan Rezza, jauh lebih sweet dari itu. Setakat puji muka kau yang tak seberapa nak menjadi tu buat apa.” Sambung Zati lagi.

Mendengar kata-kata Zati, Fatwa membesarkan matanya dan menjerit sekali lagi. “OMG HELLO!!! Cakap je lah, kau dengki dengan aku kan. Sebab My Baby Honey Future Husband lebih handsome daripada Rezza kau tu.” balas Fatwa.

“Tak payah nak future husband sangatlah. Adalah lebih baik jika kau pergi mandi. Sebab bau kau ni, boleh membunuh rakyat Malaysia tau tak.” kata Zati sambil menutup hidungnya.

“Biarlah.” balas Fatwa dan mencubit pipi Zati sekuat hatinya. Dia pantas berlari menuju kebiliknya dan meninggalkan Zati di ruang tamu menahan kesakitan. Fatwa menghampaskan badannya di atas katil dan membalas mesej yang dikirim oleh Daniel.

From : Fatwa
Peluang apa? Awak ni ada-ada je la. Okaylah awak, saya nak pergi mandi dulu. Sahabat saya dah bising tu.

From : Daniel
Okay awak. Assalammualaikum.

Fatwa tersenyum sendiri. Dia sungguh tidak percaya yang dia akan bertemu dengan Daniel. “OMG HELLO!!! Daniel, kenapa sih kamu selalu buat hati aku klepek-klepek? Dari dulu sampai sekarang, kamu paling bisa buat aku kehabisan oksigen. OMG!!” Fatwa bermonolog sendiri dengan menggunakan Bahasa Indonesia.

Selepas beberapa minit mengelamun di atas tilam, Fatwa mencapai tualanya dan menuju ke kemar mandi sambil menyanyi. Zati yang melihat gelagat sahabatnya itu hanya menggelengkan kepala.

Dia gembira melihat sahabatnya gembira. Selama mereka bersahabat, belum pernah lagi Zati melihat sahabatnya itu bahagia dilamun cinta.

____________________________________
#Official_WB

Si Gemuk!!!Where stories live. Discover now