4

1.8K 68 0
                                    


“OMG HELLO!!!” Fatwa menjerit sekuat hatinya. Suaranya yang nyaring cukup untuk membuatkan gegendang telinga Zati pecah. Semenjak Fatwa bertemu dengan Daniel tadi, senyuman kebahagiaan tidak lekang terukir di bibir Fatwa.

Fatwa berasa sangat gembira dengan apa yang terjadi pada hari ini. Dia tidak sangka yang dia akan bertemu dengan Daniel. Pertemuannya dengan Daniel membuatkan Fatwa semakin sukar untuk melupakan lelaki itu.

Daniel Ridzwan Bin Dato’ Hashim
No Tel : 01********
Mentari Holding Enterprise

Business Card yang dibagi oleh Daniel tadi dikucupnya berkali-kali. Hatinya sangat berbunga-bunga dan dia sendiri tidak dapat mengawal rasa gembiranya. Dia tersenyum-senyum sendiri bila mengingati saat indah itu kembali. Dia juga sempat memberikan Business Cardnya kepad Daniel.

“Kau ni dah kenapa. Boleh pecah gegendang telinga aku dengar suara nyaring kau tu.” kata Zati geram sambil menggosok telinganya.

“OMG HELLO!!! ZATI!!! Oksigen! Oksigen! Aku perlukan oksigen. OMG HELLO!!!” jerit Fatwa lagi sambil mengenggam lengan Zati. Dia sangat gembira dan tidak dapat mengawal perasaanya. Daniel benar-benar mengambil kewarasannya.

“OMG HELLO!!! FATWA!!! Kau ni boleh tak jangan over sangat.” kata Zati lagi dengan geram. Dia melepaskan genggaman Fatwa. “Cuba kau bertenang sekejap. Tarik nafas perlahan-lahan dan hembus.” Zati cuba untuk menenangkan sahabatnya.

Fatwa yang masih merasa teruja cuba untuk menenangkan dirinya. Dia cuba untuk menarik nafas, namun gagal untuk bertenang. Dia sangat teruja dan gembira dengan apa yang terjadi hari ini.

“OMG HELLO!!!” jeritnya lagi. “Aku tak boleh lah. OMG HELLO!!! kau nampak tak senyumannya tadi. Manis semanis madu kau tahu tak” katanya lagi girang.
“Senyumannya saja cukup untuk aku buat terbang melayang-layang di syurga you know!! OMG HELLO!! ZATI!!” Jeritnya lagi. Nafasnya juga turut tidak terkawal, dia sangat teruja dan gembira.

“Kau ni boleh tak jangan over sangat. Relax la, kau baru jumpa dia sekejap macam tu dah histeria macam orang gila. Aku tak tahulah nanti kalau dia bawa kau couple, mesti akan pecah semua kaca yang ada di rumah ni dengan suara kau.” kata Zati geram.

Dia dapat membayangkan jika kejadian itu berlaku. Fatwa memang tidak boleh mengawal dirinya bila dia rasa gembira. Dan yang menjadi mangsa mendengar suara nyaringnya itu sudah tentu Zati.

“OMG HELLO!!! Kalau dia bawa aku couple, mungkin aku akan mati sebab kehabisan oksigen you know!!.” jerit Fatwa lagi. Zati hanya menggelengkan kepalanya melihat sahabatnya yang sudah seperti orang kehilangan akal sahaja. “Dah lah. Malas aku nak layan kau. Adalah lebih bagus kalau aku pergi mandi.” kata Zati seraya berlalu pergi.

Fatwa hanya tersenyum-senyum melihat Zati yang berlalu pergi. Dia pantas menghampas tubuhnya di atas Sofa. “Daniel Ridzwan Bin Dato’ Hashim.” dia membaca nama yang tertera pada business card Daniel. Dia tersenyum-senyum sendiri. Dia sangat gembira dapat bertemu dengan jejaka idamannya.
‘Kalau jodoh, memang tak ke mana.’ getus hati Fatwa.

Sedang dia leka menatap business card Daniel, Iphonenya tiba-tiba berdering menandakan ada mesej masuk. ‘Ish siapa pula lah yang menganggu ni.’ getus hatinya tidak puas hati.

Dia membuka mesej yang baru diterima. ‘Nombor siapa pula ni?’ dia berteka-teki sendiri melihat nombor yang tidak dikenalinya.

____________________________________
#Official_WB

Si Gemuk!!!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang