The End

2.8K 81 6
                                    


“Awak. Saya dah lupa dengan semua benda tu. Dah lama saya maafkan awak.” jawab Fatwa dengan tenang. Dia benar-benar telah melupakan kejadian itu. Dia tidak mahu lagi mengenang peristiwa itu. Yang sudah terjadi, biarkan saja menjadi pengajaran buat dirinya.

“Awak sangat cantik sekarang. Saya nak mulakan balik hubungan kita dulu. Awak, saya suka dengan perubahan awak sekarang.” kata Daniel cuba untuk memegang tangan Fatwa. Namun, Fatwa mengelak.

Zati yang dari tadi tidak puas hati dengan lakonan Daniel, menolak lelaki itu. “Kau tak perlulah nak pura-pura baik. Jijiklah orang tengok.” kata Zati geram. Dia tidak mahu Daniel menyakiti Fatwa lagi. Apa yang dilakukan oleh Daniel sebelum ini cukup untuk membuatkan Fatwa sakit.

“Tak apalah. Kau ni, boleh tak sabar sikit.” kata Fatwa cuba untuk menenangkan Zati. Zati hanya menjeling tajam mata Daniel. Daniel tersenyum puas apabila merasakan dirinya dibela oleh Fatwa.

“Terima kasih atas pujian awak. Dan terima kasih juga untuk awak, sebab awak dah ubah hidup saya. Disebabkan hinaan awak, saya boleh berubah macam ni.” kata Fatwa dengan tenang namun cukup bermakna.

Senyuman yang terukir di bibir Daniel hilang serta-merta. Dia faham sangat dengan apa yang tersirat disebalik kata-kata Fatwa itu tadi. Zati kembali tersenyum mendengar kata-kata Fatwa.

“Awak saya betul-betul minta maaf tentang apa yang saya katakan pada awak tempoh hari. Saya tahu saya salah. Saya tahu saya bodoh. Saya tak patut cakap awak macam tu.” Kata Daniel lagi dengan wajah serba salah.

“Seperti yang saya cakap tadi, saya dah lama maafkan awak.” kata Fatwa lagi. Daniel pantas memegang tangan Fatwa. Kali ini, Fatwa tidak sempat untuk mengelak.

“Awak. Saya cintakan awak. Kejadian hari itu membuatkan saya nampak betapa besarnya cinta awak pada saya.” kata Daniel lagi. Kali ini, air matanya mula berlinangan membasahi pipi jantannya. Air mata yang ikhlas dari hatinya.

Zati dan Fatwa terkejut melihat Daniel yang mula menglirkan air mata. ‘Sengajalah tu nak buat adegan tangis menangis.’ getus Zati. Sekali lagi, dia menjeling tajam mata Daniel.

“Sudahlah awak. Saya tak rasa yang awak maksudkan kata-kata awak tu.” kata Fatwa cuba untuk menahan air matanya.

“Saya maksudkan apa yang saya cakap tu. Awak tolonglah bagi saya satu lagi peluang.” jawab Daniel lagi dengan air mata yang masih deras.

“Awak tak cintakan saya. Apa yang awak cinta adalah rupa paras saya sekarang.” Balas Fatwa cuba untuk menahan ledakkan tangisnya. Zati cuba untuk menenangkan sahabatnya.

Dia tahu betapa sukarnya Fatwa melupakan dan menyembuhkan luka yang telah diberikan oleh Daniel. Zati tahu didalam hati Fatwa, masih ada sedikit cinta untuk lelaki itu. Namun, Fatwa selalu mencuba untuk menafikannya.

“Tak awak, saya ikhlas cintakan awak. Saya tak kisah dah macam mana rupa paras awak.” kata Daniel lagi. Dia benar-benar mencintai Fatwa. Dia juga menyesal kerana pernah menyakiti gadis yang baik seperti Fatwa.

“Kalau saya masih gemuk dan hodoh macam dulu, adakah awak masih sukakan saya?” pertanyaan itu akhirnya terkeluar juga di mulut Fatwa. Air matanya yang ditahan sejak tadi akhirnya jatuh juga.

“Awak, saya tak kisah awak gemuk ke kurus ke, saya cintakan awak sebab diri awak.” jawab Daniel. Dia sudah tidak kisah lagi dengan bentuk fizikal Fatwa.

Zati benar-benar tidak dapat menahan rasa marahnya. “Lelaki dayus macam kau ni, tak boleh percaya langsung. Kenapa dulu awak tak boleh terima Fatwa? Kenapa? Sebab bentuk fizikalkan?” kata Zati lagi dengan sinis. Hatinya benar-benar panas melihat lakonan lelaki di depannya itu.

“Saya rasa, awak masih tak faham lagi dengan cinta. Saya doakan supaya awak dapat perempuan yang jauh lagi baik dari saaya. Maaf awak, tapi saya mesti pergi sekarang.” Kata Fatwa dengan sisa tangisnya.

Dia tidak sanggup lagi berhadapan dengan lelaki itu. Dia tidak mahu perasaannya kalah dengan rayuan lelaki itu. Pantas dia melangkah jauh meninggalkan Daniel. Zati membiarkan Fatwa pergi terlebih dahulu.

“Aku pernah cakap dengan kaau, aku percaya pada Kifarah. Apa yang aku cakap sudah terbukti. What you give, that what you get back and now, you get what u gave.” kata Zati sinis seraya berlalu pergi meninggalkan Daniel.

Daniel benar-benar menyesal dengan apa yang telah dilakukannya. Dia terduduk lemah dan menangis semahunya. Sungguh dia menyesal kerana pernah menyia-nyiakan gadis yang tulus mencintainya. ‘Ya Allah, mungkin inilah balasan yang kau berikan pada ku.’ rintih hatinya.

Semenjak hari itu, Fatwa memilih untuk move on dan melupakan segalannya tentang Daniel. Dia malas hendak memikirkan cinta. Dia cukup penat melayan cinta yang selalu membuatkan air matanya jatuh.
Dia hanya berserah pada takdir. Biarlah cinta yang mencari dirinya, dia tidak mahu mengejar cinta yang tidak pasti. Apa yang dia harapkan, lelaki yang akan mencintai selepas ini tidak melukakan hatinya yang sememangnya sudah luka parah.

Walaupun sukar untuk Fatwa melupakan Daniel cinta pertamanya, namun untuk menerima Daniel semula di hatinya adalah lebih sukar daripada melupakan lelaki itu. Dia berharap, selepas ini dia dapat memberikan cintanya kepada lelaki yang tepat. Lelaki yang boleh menerima baik buruknya. Lelaki yang boleh menerima dirinya kerana hati, bukan paras rupa.

Dia percaya, Allah pasti akan mengirimkan lelaki yang lebih menghargai dirinya. Kerana dia percaya pada kata-kata;

Perempuan yang baik, untuk lelaki yang baik.
Perempuan yang jahat, untuk lelaki yang jahat.

____________________________________
#Official_WB

Si Gemuk!!!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang