2

2.1K 81 8
                                    


“Wei, korang nampak dua orang minah dekat sana tu.” kata Amirul kepada kawan-kawannya Azmir dan Daniel seraya menunjuk ke arah yang dia maksudkan. Azmir dan Daniel mengalihkan pandangan mereka kearah yang dimaksudkan oleh Amirul.

Amirul, Azmir dan Daniel merupakan lelaki yang agak tampan dan berkerjaya. Namun, mereka bertiga juga merupakan playboy yang suka mempermainkan wanita. Bagi mereka, cinta memerlukan harta dan rupa yang sempurna. Mereka bertiga juga sering keluar masuk kelab malam. Mereka menyangka bahawa cinta dan wanita boleh dibeli dengan wang dan harta.

“Kenapa?” tanya Azmir yang tidak faham dengan maksud Amirul. “Kamu nampak tak minah yang gemuk tu? Aku ada idea yang bernas.” katanya dengan bangga. Azmir dan Daniel kembali melihat kearah gadis gemuk yang dimaksudkan oleh Amirul.

“Aku rasa, aku kenal dengan minah tu. Tapi aku lupa dengan namanya.” Kata Daniel yang cuba untuk membuka kotak memorinya. ‘Siapa nama minah ni ek? Aku rasa aku kenal dia ni. Dia ni kan jiran aku dulu. Siapa nama dia ek?’ getus hati Daniel yang cuba untuk mengingati gadis gemuk yang dimaksudkan Amirul.

“Apa idea bernas kau tu?” tanya Azmir lagi. Azmir sangat kenal dengan Amirul. Idea yang selalu diberikan oleh Amirul selalunya di luar jangkaan mereka.

“Aku dah ingat!” kata Daniel dengan bangga dan sedikit terjerit. “Minah ni nama dia Maisara Najwa. Tapi kami selalu panggil dia Fatwa. Minah ni dulu jiran aku dan hampir setiap hari dia datang rumah aku. Sebab masa tu, dia minat sangat dengan aku. Tapi, aku dapat lepaskan diri dari dia sebab kami pindah rumah.” sambungnya lagi menceritakan serba sedikit kisahnya dengan Fatwa.

“Bagus kalau macam tu. Apa kata, kau rapat dengan dia. Manalah tahu dia masih suka dekat kau. Kau ada masa sebulan untuk rapatkan diri dengan dia. Lepas sebulan, kau kena bawa dia couple depan kami. Macam mana? Ada berani?” cadang Amirul berserta senyuman nakalnya. Azmir juga turut tersenyum mendengar cadangan Amirul.

“Ish, tak nak aku. Aku dah cukup bersyukur sebab dapat lari dari dia dulu. Tak nak aku perempuan gemuk macam tu. Tak seksi langsung.” kata Daniel cuba untuk menolak rancangan Amirul.

Amirul dan Azmir agak kecewa mendengar jawapan yang diberikan oleh Daniel. Namun, akal Amirul masih ligat mencari idea agar Daniel menerima cabarannya. “Okay, kalau kau berjaya pikat minah tu and bawa dia couple after a month, kami akan bayar kau 10k satu orang. Macam mana?” Azmir dan Daniel terperanjat dengan kata-kata Amirul.

“Wei, kau gila 10k. Untunglah dia.” jawab Azmir yang tidak puas hati dengan cadangan Amirul. “Kau jangan risaulah dia takkan berjaya punya.” bisik Amirul kepada Azmir.

“Okay, I’m in.” jawab Daniel sengan senyuman confident. Amirul dan Azmir tensenyum puas. “But if kau gagal, kau kena bayar kami 10k seorang.” kata Azmir lagi. “Okay, deal.” Jawab Daniel dan mereka bertiga bersalaman.

“Habislah duit kau Daniel.” Amirul sengaja menakut-nakutkan Daniel. Namun usahanya gagal. Daniel adalah lelaki yang ego dan pantang di cabar. Daniel hanya membalas kata-kata Amirul dengan senyuman sinis.

“We will see” Kata Daniel seraya mengatur langkahnya menuju ke meja Fatwa dan Zati.

____________________________________
#Official_WB

Si Gemuk!!!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang