Niqab....

167 7 0
                                    

"Ada perempuan di zaman ini sudah ramai yang pakai niqab. Bagus tak jadi masalah. Itu boleh elak fitnah. Datang duduk dalam majlis ilmu, tutup semua diri mereka yg boleh mendatangkan fitnah. Bagus.

Yang menjadi penyakit di zaman ini adalah perempuan itu sendiri yang membuka fitnah kepada khalayak ramai. Sebagai contohnya berniqab tutup habis semua, tapi bila ke majlis ilmu atau pasar ke apa, mengambil gambar (selfie) dan tunjuk mata untuk semua.

Kata Syeikh lagi, bukan ini prinsip untuk elak fitnah, malah mereka ini sendiri yang membawa diri mereka untuk difitnah. Untuk apa dipertontonkan? Untuk dipuji? .

Ada satu hari, saya pernah didatangi oleh beberapa perempuan yang berniqab sesudah selesai majlis, lalu mereka itu meminta untuk mengambil gambar bersama dengan saya. Saya berkata kepada mereka untuk apa mengambil gambar dengan keadaan kamu semua sebegini (yakni sedang berniqab), adakah untuk dipertontonkan?

Ubat untuk penyakit sebegini adalah pada diri manusia itu sendiri. Sekiranya mereka berilmu, mereka tidak membawa diri mereka ke jalan yang boleh mendatangkan fitnah ke atas diri mereka sendiri. "

-Murobbi Syeikh Abdullah Al Jahaf-

Mari Berubah..Where stories live. Discover now