Pendosa....

78 5 1
                                    

Assalammualaikum w.b.t.

Pendosa....
Saya,kamu dan semua antara kita adalah pendosa
Tidak terlepas daripada melakukan dosa walau sekali dalam sehari

Kita tahu itu dosa,
Tetapi tangan,mata,derap kaki,lidah, hati tetap tidak mengendahkan
Hati mengatakan 'Jangan'
Tetapi iman yang menipis tetap tergoyah

Allah... Allah... Allah...
Malunya kita dengan Allah.

Pendosa....
Kita mahu lepas daripada dosa kan?

Kerana titik-titik hitam sebagai pendosa
Membuat hati menjadi keras

Kerana titik-titik hitam sebagai pendosa
Membuat kita jauh daripada Allah

Kerana titik-titik hitam sebagai pendosa
Membuat liatnya kita untuk melakukan ibadah

Kerana titik-titik hitam sebagai pendosa
Membuat ketidak tenangan di hati kita

Jadi jom kita berhijrah menjadi seorang pentaubat

Pendosa....
Saat kita berhijrah sebagai pentaubat
Betapa susahnya nak mujahadah
Betapa susahnya nak meningkatkan keimanan
Betapa susahnya nak berpindah ke suasana yang lebih baik
Betapa susahnya nak mendapatkan ilmu yang bermanfaat
Betapa susahnya untuk mencari seorang sahabat yang membimbing kita

Tapi itu tidak beerti kita tidak boleh
Ingat! Allah bersama kita dalam penghijrahan
Teruskan melangkah mengapai cintaNya

Pendosa....
Dimana ingin kita cari kekuatan
Dimana ingin kita dapat bahu untuk bersandar
Dimana ingin kita mendapat manusia untuk meluah

Allah... Allah... Allah...
Baliklah kepada Allah
DIA pemilik kekuatan
DIA pemilik kebahagiaan
DIA pemilik ketenangan
DIA tempat kita merintih
Hanya DIA... Hanya DIA... Hanya DIA...
Tempat yang sepatutnya kita bergantung harap

Pendosa...
Dulu mulut selalu mencarut,mengumpat
Dulu mata melihat kemaksiatan
Dulu telinga mendengar kemaksiatan
Dulu tangan melakar tulisan kemaksiatan
Dulu kaki melangkah ke tempat maksiat

Al-Quran dibiarkan berhabuk
Ibu bapa kita derhakai
Aurat tidak ditutup
Solat tunggang-langgang
Berbagai dosa bersarang dijiwa

Pendosa...
Jom kita jadi seorang pentaubat
Alihkan mulut dengan kalam dan zikir
'SubhanaAllah walhamdulillah walaillahhaillaAllah Allahhuakbar'
Alihkan tangan dengan lakaran kebaikan
Alihkan kaki untuk melangkah itu ke arah kebaikan
Alihkan segalanya dengan kebaikan kerana kita inginkan Syurga

Pendosa....
Ingatlah azab Allah itu pedih
Neraka Allah itu wujud bagi pendosa yang tidak bertaubat
Sakaratulmaut itu sakit yang tidak terhingga
Titian sirat itu perlu kita tempuhi
Alam kubur itu menjadi salah satu antara lubang Neraka atau taman Syurga
Kematian itu satu kepastian
Semua itu pilihan, semua itu pilihan
Pilihan juga yang membuat pilihan
Ingin ke Syurga atau ke Neraka

Pendosa....
Kuatkan imanmu
Bertaubatlah.. Bermujahadahlah..
Allah sayangkan kita semua
Allah masih bagi kita ruang untuk bertaubat
Allah dekat dengan kita
Jangan kita yang menjauh

InsyaAllah muslimah/muslim yang membaca ini adalah muslimah/muslim yang solehah/soleh
Syurga yang indah
Semoga menjadi milikmu

Moga diantara kita semua mampu menjadi pentaubat yang benar-benar bertaubat kepada Allah

Dari: Kak Atikah....


Mari Berubah..Where stories live. Discover now